LAKSA HALAL & TAK HALAL MESTI ADA TAHU

11/30/2015 08:01:00 PM suria lekatlekit 3 Comments

LAKSA HALAL & TAK HALAL MESTI ADA TAHU. Majoriti rakyat Malaysia memang suka makan laksa tak kira dari pelusuk mana pun. Nak2 orang utara la kan.. memang terkenal dengan laksanya. tak kurang jugak melaka, sarawak & johor.. Pun ada laksa mereka sendiri. Walaupun namanya tetap laksa tapi setiap negeri tu kadang2 cara pembuatan laksa tu tak sama langsung apatah lagi rasanya. Aku dulu agak bangang sebab tak tau macam mana rupa laksa johor ni. teringin la jugak nak rasa tapi dok anggap dah lama laksa ni mungkin tak jauh beza dengan laksa utara la. Mungkin rasa tu lain sikit biasa la.. Tapi bila sampai menu yang aku order apsal mee pulak ni. Hahahaha.. Punya cempeqa la masa tu.

Laksa ni homemade. Insya Allah halal.. Aku yang masak sendiri hahaha

Tapi zaman google ni.. Orang malas je akan sentiasa bangang. Search je bersepah dia keluar. Macam2 jenis laksa ada. Tak payah nak bayang bayang dah.. seketoi seketoi dia keluar gambar. Jamu la mata sepuas puasnya sampai kenyang. Kalau dulu aku tak tahu pasal laksa johor.. ni sekali lagi aku terkejut dengan laksa hipster.. Amboi laksa pun tak ketinggalan ikut trend sekarang. Mentang2 wak doyok terkenal dengan fesyen hipster... Laksa pun orang nak hispter kan.



Tak tau apa rasa laksa hispster ni. Rasa macam hispter jugak ke. Tapi tu la kena hati hati jugak nak makan laksa ni. Laksa ni bukan makanan tradisi orang melayu je malah cina pun antara penggemar & peniaga laksa yang popular kat Malaysia ni. Kadang2 aku tengok rancangan kat tv yang berunsurkan travel atau makan makan2 ni.. Main makan je. Kita sendiri tengok orang yang jual tu macam tak confident je macam mana depa boleh selamba makan.

Walaupun pork free (bebas babi) tak semestinya halal selagi tiada pengesahan JAKIM kedai/gerai/restoran tu halal. Kat sini korang boleh tengok menu2 laksa yang halal & tak halal walau dinyatakan 'pork free' tapi tidak ada pengesahan halal >> 9 Laksa Paling Popular Seluruh Negeri Di Malaysia << Jadi senang anda membuat rujukan. Manalah tau tetiba tersinggah at least tahu la kan..

Moral of the story.. yelah, walau tak semua peniaga Islam tu apply certificated halal JAKIM at least sesama islam ni takde la meragukan sangat penggunaan ramuan tu walau halal bukan sahaja dari bahan & ramun malah faktor kebersihan juga di ambil kira
. cuma tu la kalau masakan dari restoran non-muslim ni kalau hanya 'Pork Free' ramuan lain belum tentu halal even hanya menu laksa. ye dak.

3 comments:

  1. Tengok gambar terringat pulak ke laksa belut. :P

    ReplyDelete
  2. sy suke gile makan laksa..salu kalau nampak org melayu je memang sy layan je makan...hhuhu..xpenah terpikir plak nak tgk de sijil halal ke tak..tp mudah2an so far sume insyaAllah halal rasanya..:)

    ReplyDelete
  3. Akak suka laksa. Laksa Penang paling sukalah. Laksa Johor pun suka juga dah namanya orang Johor. Oh, laksa kita orang memang western sikit maklumlah kita orang pakai spaghetti gitu. Maklumlah Johor kan kaya! Eh, apa kes ni macam tak bersangkut paut pun! Eh, lantaklah yerk! Jari jemari tengah seronok menekan papan kekunci katanya nih!

    Ya, akak setuju. Selalu tengok rancangan makan-makan kat Channel 737 GoAsean tu. Awat dah terpampang kedai bukan non muslim, tukang buat pun pure non muslim takda sipi-sipi convert ke apa, sedap aje dia melantak! I is confused separuh nyawa tau tak! Walaupun nampak sedap memang tak berani nak cubalah!

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com