MISTERI DI SEBALIK CCTV VICTORIA HOSPITAL

3.11.15 Suria Lekatlekit 4 Comments

MISTERI DI SEBALIK CCTV VICTORIA HOSPITAL. Makin meriah pulak minggu ni cerita seram kat blog lekat lekit katanya. Yelah.. bagi mengisi segmen seram serik lekatlekit katanya. Kena la cari stok cerita hantu yang mencukupi. Aku tahu ada yang gelarkan blog aku blog takde pekdah dok share cerita hantu. Well.. minat orang tak sama. Tak kisah la orang nak mencebik.. sebab blog aku ni bukan tulis kisah seram je. Macam2 kisah ada. Ada ku kesah? hehehe


CCTV sekarang ni canggih2 belaka. Boleh rakam makhluk yang kita tak nampak dengan mata kasar. Sebab tu banyak orang share rakaman cctv yang berkaitan dengan makhluk halus yang terakam secara tak sengaja. Macam tu jugak dengan pengamalan seorang juruteknik cctv ni. Nak di jadikan kisah pada satu malam.. sepatutnya dia dah habis kerja. Dah dalam perjalanan nak balik rumah. tetiba dapat call dari bos dia katanya ada cctv urgent nak kena repair di salah sebuah hospital lama. Atas desakan terpaksa jugak dia kesana membetulkan cctv yang rosak. Dalam perjalanan tu dia hampir terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori. Sampai je kat victoria hospital dia pun macam biasa la mulakan tugas. Tapi semasa dia sedang melakukan tugas tu... tiba2 tangga yang di gunakan untuk panjat & betulkan cctv terbalik. Menyebabkan dia jatuh & cedera di belakang kepala & kaki. Semasa kejadian dia pengsan. Sedar je atas katil wad. Semasa dia di wad tu macam macam kejadian pelik dia boleh nampak. Boleh melihat kelibat yang menyeramkan dalam rupa kanak kanak yang sedang terbakar. Sehinggalah berlaku satu kejadian membuatkan juruteknik cctv ni ke bilik kawalan cctv & melihat rakaman yang menampakkan makhluk2 menyeramkan. Akibat tertekan dia telah menyebabkan bilik kawalan cctv tu terbakar seterusnya seluruh hospital jugak terbakar. Semua yang berada di situ tidak dapat menyelamatkan diri kecuali dia. Dia melarikan diri sejauh mungkin dari hospital tu akhirnya bertemu dengan van yang di gunakan untuk datang membaiki cctv kat hospital lama tu. Bila di lihat satu jasad tak bernyawa dalam van yang terbabas di tepi jalan itu adalah dia.. maka cerita pun habis.

Done!

Syukur ke hadrat ilahi setelah dua kali aku cuba menghabiskan dvd filem cctv akhirnya berjaya jugak aku tengok dengan penuh sabar sehingga ending. Kalau tak membazir je duit beli dvd yang tak tengok kan. Sesungguhnya hanya Tuhan saja yang tahu betapa bosan, tak best & mengecewakan filem ni. Aku kadang2 malas nak review filem seram melayu ni sebab aku taknak di katakan mengagungkan filem luar terutama Thailand yang kebanyakkan filem seram dia tak mengecewakan aku. Tapi sebab aku nak jadi penggemar filem seram yang support juga filem tempatan aku beli juga satu dua dvd filem seram melayu. Bukan takde langsung yang tak best tapi.. tu la. Best giler tu memang takde la cuma setakat boleh tahan tu ada la. Sedih aku dengan filem tempatan ni terutama filem seram. Sebab filem2 genre lain aku jarang tengok so aku tak boleh la nak nilai.

Maka ada lagi 3 lagi dvd filem seram yang belum aku tengok dalam koleksi aku. Satu filem Thailand, satu filem english & satu lagi telefilem seram melayu. Tu pun tak tau la masih tergamak aku tengok ke tidak. Aku dah tahap tak sampai hati nak kritik filem seram melayu ni. Serius sebab aku pun orang melayu tapi kalau puji nampak sangat aku membohong pembaca blog lekatlekit. Serba salah jadinya. Hahahaha

Bila gamaknya filem kita nak capai standard seram macam filem dari luar ni. Nak hasilkan video macam ni pun rasanya kita masih tak mampu >> Video! 2 lelaki terkejut melihat rakaman dalam video tape 20 tahun lalu yang menyeramkan << Walau filem berkonsepkan dokumentari seram yang melibatkan aktiviti paranormal tetap masih tak best. Mungkin banyak sangat kena tapis atau memang penggiat seni filem tempatan dah ketandusan idea & kreativiti. Cuba adaptasi cerita dari novel seram pulak. Asyik2 dok buat cerita dari novel cinta yang kisahnya naik muntah orang nak tonton.

Moral of the story.. Memang kalau kualiti filem kita masih macam ni tak pelik la hanya mampu di tayangkan di pawagam tempatan je.

4 comments:

  1. Tak suka tengok cerita2 seram. Takut teringat ingat...huhu

    ReplyDelete
  2. huhu..kalau semua tu hanya khayalan, cam bosan gak..
    tp sy mmg takut nak tgk citer hantu tak kiralah melayu, ke thailan ke, indon ke..huhu

    ReplyDelete
  3. ulasan tu dah buat saya rasa seram. dah buat rasa nak tengok
    sekali baca part kata tak best...terus kata tak mau tengok. hehe

    ReplyDelete
  4. Bagi akak filem seram melayu yg bole tahan best ada dua je kot...pontianak sundal siang dan malam dgn jangan pandang belakang...tapi cite puake tebing biru pon cam seram2 gak kan dgn cite karak...mungkin daya rasa seram kite tak sama jadi ni kira cite seram yg ada membuatkan akak rase seram...hahaha...panjang pulak komen ko linda....hahaha...kadang2 ada gak cite seram thailand yg merapu2 seksi je lebih sampai hantu pon seksi dah kenapa....hahaha

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!