ORANG PERASAN CANTIK JE SUKA KUTUK ORANG GUNA CAMERA 360

11/09/2015 04:31:00 PM suria lekatlekit 5 Comments

ORANG PERASAN CANTIK JE SUKA KUTUK ORANG GUNA CAMERA 360. Aku pernah tulis pasal isu sindir menyindir orang yang tak perlukan application camera untuk cantikkan muka depa yang katanya natural beauty tu. Ambil gambar muka tengah teran nak berak pun tetap nampak cantik. So,apa kelas nak guna camera effect ni. Berbanding orang yang mungkin muka tak la comel sangat,kulit pun tak gebus gebas.. Dah la tengok muka sendiri dalam cermin asyik terkejut je. Nak jugak tengok muka sendiri dalam gambar sambil tersenyum.


Yelah.. bila tengok applikasi camera yang mampu buat beast jadi beauty at least bagi motivasi jugak depa untuk menjaga kebersihan, kesihatan & kecantikkan diri. Aku pun macam tu. Bila tengok gambar yang editing cantik nak mampus.. Aku pun semangat sikit nak menghabiskan duit kat guardian beli skincare katanya. Bukan apa nak jugak suatu hari nanti jangankan jerawat.. ruam sebijik pun tak ada kat muka. Gebu macam emma maembong katanya. Boleh la main lempang2 manja kat tempat awam dengan laki sendiri sambil minum est cola.

manusia mana tak mengimpikan wajah yang menarik.. Kalau tak cantik pada pandangan mata orang pun cukup la cantik kat pandangan mata sendiri & pasangan. Beruntung la hangpa yang lahir dengan kecantikkan semulajadi. Kulit tak sensitif. Takde masalah jerawat,jeragat,sopak,kurap,panau bagai walau bangun tidur pun kadang2 sampai mandi baru muka tu kena air. Apatah lagi nak beli skincare penuh meja solek.. memang tak la. tapi tetap jugak cantik walau ambil gambar guna camera dari sematpon galaxy Y yang dah masuk kategori ketinggalan zaman tu. Sebab Allah dah bagi kelebihan kat hangpa walau cuci muka pakai sabun cap kapak pun lawa tak abis jangan dok kutuk sangat orang yang gambar nampak cantik sebab camera effect. Kalaupun hangpa lawa tak payah la perasaan sangat hangpa paling lawa dengan dok kutuk muka orang tanpa camera effect macam celaka bagai. Bukan tak ada yang buat status menghina macam ni kat FB. Aku sendiri pernah baca & komen kat status macam tu. Padahal aku tengok gambar dia pun tak macam original sangat. Macam ada jugak kesan2 editing.

Ingat.. sebab Allah bagi muka hangpa cantik je hangpa rasa macam hangpa berhak hina orang bagai. Sekali Allah nak uji muka jadi retak seribu.. Time tu tengok sapa yang gelabah dok search applikasi camera kat playstore.

Orang akan upload gambar yang dia rasa cantik je sebab tu aku kata orang yang perasan cantik tak guna camera effect ni sebab selama ni walau orang tak puji pun dia rasa muka dia lawa tahap dewa dewi bintang tiga dah walau guna camera standard dalam smartphone tu. padahal kadang2 smartphone tu memang dah cipta camera dia bila ambil gambar nampak cantik dah tak perlu nak install applikasi camera gebu gebas.dah include effect tu dalam standard setting camera tu. Sebab tu dia rasa walau tak payah edit gambar nampak cantik. tapi tetap namanya effect camera jugak. Yang rasa lawa pun kadang2 sebab dia guna teknik macam ni je tu gambar dia nampak cantik >> Ini Sebenarnya rahsia gambar nampak cantik << Padahal kalau face by face sama level je muka dia dengan watak hantu kak limah.

Moral of the story.. Orang yang cantik sebenarnya orang yang bijak. Sebab kebijaksaan sahaja boleh membuatkan sesiapa saja nampak cantik

5 comments:

  1. Macam-macam ragam manusia untuk kelihatan cantik, ada juga buat editing mahu kelihatan seperti hantu. ha..ha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. gambar macam hantu takpe orang tak sakit hati. dah tentu gambar macam hantu tak lebih cantik dari orang perasan cantik hahaha

      Delete
  2. Yang penting happy..tak kisah la nak buat macam mana pun.

    ReplyDelete
  3. Syukur apa adanya..cantik itu anugerah jadi jaga cantik dengan akhlak yang molek..

    ReplyDelete
  4. Ye,tak perlu la kot nak hina org lain. Biarlah dia nak guna apps apapun janji tak ganggu kita. Hehe.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com