PENJELASAN DOWNY SELEPAS PRODUK MEREKA DI VIRAL ADA BABI

11/21/2015 11:54:00 AM suria lekatlekit 5 Comments

PENJELASAN DOWNY SELEPAS PRODUK MEREKA DI VIRAL ADA BABI. Orang suka sangat la viral benda2 yang tak tahu sejauh mana kesahihannya. Walau di tipu banyak kali nampaknya tak ramai pengguna media sosial yang serik untuk berkongsi sesuatu cerita atau berita yang tidak sahih. Asal berita tu sensasi nak2 melibatkan halal & haram.. share je la katanya. Nak berkongsi info dengan orang lain. Yelah.. depa kan masyarakat media sosial yang prihatin. Kesian katanya yang guna downy.. tak pasal2 nak kena sertu balik semua pakaian yang pernah di bilas dengan downy yang wangi tu.


Aku jenis ambil sikap tunggu & lihat. Setakat pakar2 tak bertauliah media sosial yang sahkan benda tu ada babi bagai. Sapa2 pun boleh membabikan apa - apa. Orang pun boleh di babikan apatah lagi produk. kadang2 benda tu cuma fitnah mungkin sebab produk ni jadi pilihan ramai. Bagi menjatuhkan reputasi produk tu maka di sebarkan benda2 yang tak betul. Kalau betul bahan2 di gunakan dalam produk tu tidak halal untuk umat Islam guna.. sepatutnya JAKIM, KKM kena sahkan. Selagi tidak keluar apa2 laporan rasmi, jangan sebar dulu. Bagi yang ada maklumat tentang sesuatu produk laporkan pada pihak sepatutnya supaya mereka boleh menyiasat. Yer betul.. Zaman sekarang bila jadi viral baru cepat sikit actionya tapi tu la kalau betul benda tu seperti yang di sebarkan ok la.. Kalau tak betul. Tumpang la sorang sikit dosa fitnah tu.

Terbaca kat FB page Downy Malaysia yang menafikan produk mereka mengandungi bahan berasaskan babi. Tu dari pihak Downy Malaysia. Dari pihak yang memberi sijil halal & selamat pun kena ada jugak. So, tunggu je la sejauh mana kes ni akan di siasat.


Tapi kat Malaysia ni apa nak pelik.. Bukan babi je haram tapi benda2 ni pun jatuh hukum haram jugak walau hanya sepasang seluar jeans. Nak tau kena jadi haram benda2 ni kat Malaysia meh tengok kat sini >> AMARAN: Sesiapa pernah atau bakal beli benda-benda ni, korang wajib tahu perkara bahaya ni! <<

Moral of the story.. Bagus keprihatinan kita terhadap halal & haram ni tapi perlu jugak siasat sebelum kita menerima sesuatu khabar atau berita tu. Jangan semborono je share. Nampak sangat macam pandirnya kita ni. Orang buat kita pun  nak buat padahal kita sendiri tak ada bukti atau tak tahu sejauh mana kebenarannya.

5 comments:

  1. Betul2.. tunggu dan lihat keputusannya. Dorang ni cpt nau melatahnya.

    ReplyDelete
  2. Bab viral ni memang pantas sangat..menakutkan,.

    ReplyDelete
  3. Betul tu... Kena sahih betul.. Jangan main hentam saja... Fitnah di mana-mana...

    ReplyDelete
  4. Ada juga dapat info macam ni, kes yang meragukan better bagi pihak yang berkenaan buat siasatan, jangan main fitanh saja kan..buat aduan dulu

    ReplyDelete
  5. haah pernah terbaca. Macam2 sekarang. Jadi was2 pulak, apapun tunggu pengesahan.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com