RASA NAK TUNJUK KEMALUAN LEPAS TENGOK LELAKI KACAK

4.11.15 Suria Lekatlekit 7 Comments

RASA NAK TUNJUK KEMALUAN LEPAS TENGOK LELAKI KACAK. Aku saja jer biarkan isu yang tengah viral tanpa mengulas kat wall FB macam kebiasaan aku buat sebelum ni atau komen kat mana2 status yang share atau komen pasal isu tu. Malas la.. Almaklum la apa yang keluar dari jari aku ni orang anggap negatif sangat padahal orang yang label aku negatif pun tak sepositif manapun. Kat wall sendiri je dia positif tapi kata2 positif pun banyak berbau sindiran je. Nak tengok warna hati dia sebenar.. cuba tengok kat status mengumpat orang lain. Sama naik je cuma kat wall dia je dia tak tunjuk tanduk. Hipokrit giler bagi aku spesis macam ni. Perwatakkan lembut belum tentu hati tu putih jernih. Ada jugak daki2 yang terselindung di celahan yang kita nampak putih jernih tu.


Jadi aku ambil keputusan untuk baca & biarkan je ia berlalu di news feed FB aku. Sampai masa kalau aku rasa nak mengopek isu tu aku ber warrior la kat blog. Bila dok baca banyak setaz setazah, pakar motivasi,judges awam dok berkomen isu tu. rata2 mengutuk perempuan2 yang mengedik katanya bila hotfm jemput doktor sado yang ensem ke konti untuk di temubual. Katanya ada yang sanggup nak doktor tu bidankan dia bersalin. Kita ni sebolehnya nak doktor perempuan cuma tak berkemampuan je nak buat pilihan.. ada juga sanggup tadah kat doktor laki dengan rela sebab dia ensem jer.

Tu yang terang2 mengaku terpesona dengan kacak & sado doktor tu.. Yang berkias2 sambil share gambar doktor kacak lagi sado tu pun sebenarnya bergetar jugak tulang rusuk walau caption dia laki aku lagi ensem. Kalau benda tu tak bagi kesan tarikkan mustahil la dia share. Aku.. entahlah. Kalau tanya memang la aku kata dia ensem. Tapi tak bagi apa2 makna dalam hidup aku sampai buat aku tergerak hati nak share pasal dia. Rasa bersalah pulak kat laki aku dok share gambar lelaki yang jadi viral sebab dia ensem tanpa sebab.

Memang tengok zaman media sosial sekarang perempuan tak kira apa status macam hilang kemaluan bila tengok lelaki kacak. Tu baru dapat tengok rupa dah bergetar tulang temulang, gamaknya kalau tetiba laki tu lamar terus lupa suami & anak la kot.

Walaupun teruja.. Jagalah harga diri & status kita sebagai seorang isteri. Tolong rasa hormat pada suami. Jatuh air muka suami bila bini dia tergedik2 tengok laki ensem seolah2 muka laki dia buruk sangat. Ye.. kita manusia kadang2 hati kita ni nakal jugak. Tapi tak payah tunjuk sangat. Kawal la tindakkan jangan ikut sangat nafsu tu. Perempuan gedik ni normally lelaki jumpa pun rasa nak buat macam ni jer >> Inilah yang anda perlu buat bila bertemu dengan orang yang anda tak suka <<

Moral of the story.. Terpesona tu satu rasa yang biasa bagi manusia normal tapi tetap kena sedar diri & status kita baru kita boleh kawal apa yang kita rasa agar kita tak berperasaan yang tidak sepatutnya.

7 comments:

  1. ada juga tengok doktor hensem tu... bolehlah. Tapi rasanya lelaki yg paling hensem dalam dunia ni adalah arwah ayah Kathy..1st man in my life.

    ReplyDelete
  2. aku share kerana UV keh keh keh keh ....
    mmg hensem tapi cam ko juga tak la sampai terpesona.... hahhaha
    sbb aku jenis ssh nk kate laki tu hensem tapi klu pompuan mmg mudah mulut aku kate cantiknyaaaaaa hahahahha

    ReplyDelete
  3. disebabkan seorang perempuan tergedik, habis perempuan pregnant yg lain takut nak berdoktorkan lelaki hensem takut niat tersimpang jauh time tgh meneran tu.. spoil sajalah..

    ReplyDelete
  4. ada hasrat nak komen juga pasal benda ni kat FB
    pastu rasa cam tak payah, takut orang salah faham...hehe
    ramai dok ulas, rata-rata yang mengulas tu mengutuk hak yang memuja tu
    memang terang lagi bersuluh yang kena kutuk tu salah buat gitu

    macam suria cakaplah, tak salah rasa terpesona
    lagipun memang semua orang ALLAH dok anugerahkan perasaan gitu
    tapi kita ada maruah diri kan...tak molek sangat buat gitu

    ReplyDelete
  5. Siapa tak suka dengan sesuatu yang cantik, lawa, mempesona.. perasaan normal seorang manusia.
    Tapi.. kalau rasa sakit nak bersalin tu kalau letak 10 doctor hensem keliling katil sikitpun tak heran, takde sikitpun feeling tergedik2 suka, takdan nak fikir.. nyawa sendiri dengan baby lagi penting! Mungkin dia tak kena sakit bersalin tu camane, tu yang gedik puji melambung.. cer tengah sakit.. silap2 make up kat muka cair pun dah tak peduli.

    ReplyDelete
  6. Ya Allah ada gak pompuan camtu ek...malunyeeee...gile hape dia ingat cantikkk sangat ke time seksa nak meneran bagai tu...dia makan kentut ke hari2 sampai berani cakap camtu...hahaha

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!