RUPANYA DATO ALIFF SYUKRI TERLAJAK LARIS SEORANG DISLEKSIA

17.11.15 Suria Lekatlekit 5 Comments

RUPANYA DATO ALIFF SYUKRI TERLAJAK LARIS SEORANG DISLEKSIA. Sambil santai tengahari aku memang suka jugak tengok rancangan talk show macam Wanita hari ni. Sebab banyak jugak topik2 yang best di bincangkan dalam rancangan tu. Topik hari ni 'Apa Saja Demi Anak'. Best dengar Dato Terlajak Laris ni berkongsi cara & pengalaman dia membesarkan anak. Walaupun dia jutawan kosmetik tetap dia membesarkan anak secara sederhana. Dia lebih menekankan pendidikkan agama & akademi. Yang best tu katanya mainan anak anak dia pun dia beli kat kedai2 2 ringgit atau kedai2 borong biasa yang murah2 je. Paling mahal pun dia kata RM10 je mainan anak anak dia. Sangat2 low profile. yelah.. dia pun membesar sebagai orang susah kan.


Dalam celah2 perbincangan topik terkeluar pulak pengakuan Dato Aliff Syukri bahawa dia seorang disleksia. Dia yang mengaku ok bukan aku yang buka rahsia dia. Katanya ada seorang anak dia juga mewarisi genetik tu. Dia sendiri pun sebenarnya tak faham apa tu disleksia sampai dia pernah tanya doktor tu penyakit terencat akal ke hapa.. Memang slamber sungguh Dato terlajak Laris ni kan? hahahaha... Tapi dia positif terima kekurangan dia terus berusaha sampai dia di level sekarang. Yang lawak tu.. dia nak sebut disleksia pun tak reti. Bini dia yang kena tolong explain. Betul2.. ting tong Dato terlajak laris ni tau. Gelak aku tengok dia dok pot pet kat Wanita Hari ni. Selalu dok tengok dia cakap pasal produk dia jer.

Kalau dato Aliff Syukri tak cakap tak siapa tahu dia seorang pengidap Disleksia sebab seorang pengidap disleksia memang takkan nampak dengan pandangan mata kasar. Ciri2 dia bukan nampak dari fizikal pun.. Kalau yang tak tahu apa tu disleksia ni secara ringkas tentang disleksia..

Disleksia bukannya satu penyakit, tetapi merupakan salah satu gangguan dalam pembelajaran yang biasanya dialami oleh kanak-kanak. Lazimnya, masalah pembelajaran yang dihadapi adalah seperti membaca, menulis, mengeja, dan kemahiran mengira. Oleh itu dyslexia merujuk kepada mereka yang menghadapi masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal.

Mereka yang mempunyai Disleksia bukannya menghadapi kecacatan malah sebahagian daripada orang-orang yang terkenal juga mempunyai disleksia. Sesetengah mereka yang mempunyai keadaan disleksia mempunyai kesukaran untuk menyebut perkataan yang panjang, dan ada yang sukar mempelajari turutan seperti nama bulan, dan sifir. Setiap orang dengan disleksia mempunyai masalah yang tidak serupa dengan orang lain dengan disleksia.

Disleksia bagi aku bukan kecacatan cuma kekurangan kecil yang bukan penghalang pengidapnya untuk hidup normal macam orang lain. Saiful Nang juga seorang disleksia.. dia juga kategori orang yang berjaya. Jadi pada mereka yang ada anak disleksia atau pengidap disleksia tak payah rasa rendah diri sangat. Anggap je ia satu anugerah dari Allah..

Tu la kan.. Nak berjaya atau nak jadi kaya tak semestinya kena cemerlang dalam akademi jer tapi kena rajin berusaha untuk capai matlamat. Hidup tanpa matlamat memang takkan berjaya & matlamat tanpa usaha takkan kemana. Contoh mereka2 yang gemuk ni.. Jadi kaya hanya kerana berjaya kuruskan badan. Boleh baca kisah macam mana mereka boleh kaya hanya dengan kuruskan badan kat sini >> 6 Kisah Benar Bagaimana Individu ini jadi kaya hanya kerana berjaya turunkan berat badan <<

Moral of the story.. Setiap kekurang & kelebihan dalam diri seseorang tu Allah jadikan tidak ada yang sia sia. Ia sebenarnya melengkapi kehidupan kita. Manusia takkan mungkin jadi sempurna 100%. Jadi jangan rasa rendah diri dengan kekurangan yang kita ada..

5 comments:

  1. aku mmg suka dgn die ni ... tatau nape wlupun iklan die tu agak pelik
    aku kagum tau ngan die ni .... humble sgt2 ... datin pun ...

    ReplyDelete
  2. kemewahan tidak menghanyutkan dia ke lembah keangkuhan..alhamdulillah..

    ReplyDelete
  3. Ye...pelakon orlando bloom yg ensem tu pun dyslexia

    ReplyDelete
  4. diklesia ~ masalah, bukan penyakit. ada cara atasi nya.
    apapun, aida x brape suka tgk program yg tetamu nyer org kaya raya.
    apa yg dia nak buat, atas pilihan dia. dia mampu buat pe je. takkan dia nak citer.
    aida prefer citer org biasa dan dpt didik anak dgn sempurna hingga berjaya dgn 1001 dugaan.
    tu baru la syok diceritakan, compare citer org kaya raya ni.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!