TERMASUK ALAM GHAIB AKIBAT MEMPERSENDA CERITA LAGENDA SERAM

21.11.15 Suria Lekatlekit 5 Comments

TERMASUK ALAM GHAIB AKIBAT MEMPERSENDA CERITA LAGENDA SERAM. Budak2 sekarang depa anggap perkara mistik tu sesuatu yang kuno & tak relevan dah nak percaya. Hantu memang tak pernah wujud tapi Jin & syaitan memang ada ceritanya dalam Al Quran. Sebab orang dulu2 gelarkan jin & syaitan ni sebagai 'Hantu' sampai ke zaman media sosial ni budak2 jadi kurang paham dah. Ditambah lagi dengan momokkan tahyul yang tak masuk akal bertambah la budak2 sekarang rasa benda ghaib tu tak wujud. Yang ada cuma silap mata. hahahaha.. Bila dah tak percaya tu yang jadi perkara tak menghormati makhluk lain. Duduk tengah2 hutan atau tempat2 yang mungkin jadi penempatan Jin cakap besar & kurang ajar. Apa ingat jin tak tacing ke? Sekali Jin tacing hangpa yang terkencing. hehehe


Jauh sangat dah aku merepek rasanya.. Ok Ok.. berbalik pada cerita sekumpulan budak sekolah ni yang suka sangat la buat benda merepek yang melibatkan aktiviti paranormal. Padahal depa ni bukan percaya sangat dengan benda2 mistik, hantu bagai. Saja.. suka buat benda mencabar. Di jadikan kisah. satu hari ketua kumpulan budak2 ni yang memang tak percaya dengan kewujudan satu enttiti dari sebuah kisah seram yang menjadi lagenda ketawakan seorang kawan dia yang percayakan benda tu. Sebab keputusan exam depa tak berapa baik & tak layak nak masuk universiti ni kawan dia ajak la minta restu & pertolongan dari seorang erkk.. seekor.. hantu lagenda ni. Sebab ketua kumpulan ni tak percaya dia ejek la dengan mempermainkan nama hantu tu. Akibat dari sikap biadap ketua kumpulan pelajar tu tiba2 mereka seolah2 di bawa ke alam hantu tersebut. Mereka bertemu dengan hantu lagenda tersebut. Mereka di beri syarat yang perlu di laksanakan supaya mereka boleh balik ke tempat asal mereka. Antara syarat tersebut mereka perlu mencari suami dia yang waktu tu berada di medan perang. Selepas task pertama selesai.. depa minta nak balik tapi tetap hantu tu taknak lepaskan. Macam2 cara depa cuba buat dan akhirnya bila hantu tu sendiri yang ada kesedaran baru dia lepaskan mereka pergi.

Tu la secara ringkas sinopsis filem Make Me Shudder 2, Mae Nak horror. Mae Nak @ Nang Nak ni memang cerita seram lagenda Thailand. Kalau ikut version Nang Nak ni mengisahkan percintaan sepasang suami isteri. Bila Suami dia ke medan perang.. Isteri dia mati bersalin. Sebab terlalu sayangkan suami dia, dia tak boleh terima diri dia dah mati. Dia terus hidup dengan suami dia bila suami dia kembali ke kampung. Sesiapa sahaja cuba bagitau suami dia bahawa dia dah mati dia akan bunuh. Tapi Dalam filem Make Me Shudder 2 ni, dari cerita seram lagenda tu di jadikan satu lagi filem seram yang ada unsur komedi. Memang tak rugi sangat tengok cerita ni walau dia seram komedi. Sebab dua2 unsur dalam filem ni, seram & komedi memang menjadi. Filem Thailand memang win la kalau cerita seram. Filem seram komedi pun memang enjoy tengok.

Ok Selesai. rekemen untuk tonton. Memang best

Filem ni tak silap aku filem tahun 2014. Filem ni ada 3 episod.. Make Me Shudder, Make Me Shudder 2 & Make Me Shudder 3.. yang pertama & kedua aku dah tengok tinggal yang ke 3 belum jumpa dvd dia. So, aku memang berniat nak lengkapkan koleksi Make Me Shudder ni. hehehe

Moral of the story.. Kalau filem seram nak cari yang logik & alasan benda tu berlaku dengan hukum akal memang susah sangat la. Benda mistik & ghaib ni kadang2 tak ada alasan berlaku kalau dari sudut pandangan sains. Sebab tu kalau orang terkena penyakit misteri doktor pun suggest cuba rawatan alternatif. Memang sains takkan mampu merawat penyakit berkaitan perkara mistik. Jadi bila tengok cerita seram tak payah pertikai sangat la pasal logik.. hahahaha. Nak yang nampak macam mistik & Magik tapi ada alasan dari segi logik akal pi try main benda ni kat petrosains >> Permainan Ilusi Paling Tak Masuk Akal Kat Petrosains << Biar bersimpul sel sel otak fikir macam mana benda tu berlaku. hahahaha.

5 comments:

  1. Filem seram Thailand memang debaiklah.. takut2 pun nak jugak layan.. hehehe

    ReplyDelete
  2. lebih suka filem seram thailand...lbh real tkutnya..huhuhu

    ReplyDelete
  3. Kalau cerita melayu akak paling suka cite rasukan ablasa ke hape ntah tajuk dia...bini farid kamil belakon tu...dia di culik oleh si remy ishak ke alam bunian...best gak ar cerita dia...akak tengok kat cd sampai 3 kali kot....hehehe...

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!