UNTUK PEREMPUAN YANG DAH AKIL BALIGH & ADA MASALAH BOCOR

14.11.15 Suria Lekatlekit 2 Comments

UNTUK PEREMPUAN YANG DAH AKIL BALIGH & ADA MASALAH BOCOR. Amboi laju ja abang2 clik bila baca tajuk pasal perempuan yer.. tapi bagus jugak la abang2 ambil tahu. Yelah.. bila dah berbini nanti atau memang dah berbini lebih faham keperluan wanita ni. Jangan fikir semua benda tu sama jer.. Tak sama cik abang Ooi.. walau fungsi dia sama tapi kelebihan & kekuatan dia tak sama. Silap pakai boleh terkena jangkitan tang tut tu tau.. So, kena faham setiap wanita walau setiap bulan datang bulan tapi keperluan dia masa datang bulan walau sama benda tapi tak sama jenama.


Sebab tu la sekarang Macam2 jenama tuala wanita ada. Kelebihan dia memang berbeza beza setiap jenama tu. Memang tak sama. Kalau jenis perempuan yang suka cuba macam2 jenama tuala wanita ni dia tahu la sama ke tidak. Orang sekarang memang dah tak pakai jenama sanita yang bentuk macam roti planta tu. Selain tebal dia tak berapa protect sangat la. Bila bergerak benda tu kadang2 lari dari paksi & menyebabkan kebocoran. Orang sekarang pilih yang bersayap kat tepi. Sebab yang bersayap ni fungsi dia untuk memastikan pad/tuala wanita kekal di tempat strategik walau kita bergerak aktif sekalipun. Tapi tak semua yang bersayap tu mampu protect jugak dari kebocoran. Ada yang tak mampu nak menyerap cecair dengan baik. Nak2 lagi waktu aliran banyak. Macam first day period. Time tu memang dia mengalir bagai air sungai perak katanya.

Ada yang tak bocor, mampu menyerap cecair dengan baik tapi menyebabkan jadi kurang selesa sebab serapan tu rasa lembab2. Tak kering. Tu pun boleh menjadi penyebab jangkitan kat alat sulit jugak. Jadi penting untuk semua wanita tahu & memberitahu wanita wanita lain yang mengalami masalah sering bocor bila datang bulan. Bila benda tu berlaku.. akan buat kita jadi kurang selesa & hilang keyakinan nak buat apa2. Asyik2 dok tengok bontot jer.. jadi untuk mengelak kita kaum wanita bila datang bulan jalan pun cover bontot meh tengok ni. Ia dapat membantu dari anda rasa kurang yakin setiap kali datang bulan >> Yang Perempuan Perlukan Setiap Bulan Untuk Elak Bocor <<

Tetiba teringat zaman sekolah dulu.. member2 aku memang banyak yang terbocor. Kadang2 sampai melekat atas kerusi.. Orang lain terduduk melekat pulak kat baju depa. Bila dah bocor jalan mesti cover dengan beg sekolah.

2 comments:

  1. thanks for the info. maklumlah kan anak2 abam kie pompuan belaka..harap yg dlm perut ni boboi...

    ReplyDelete
  2. Gud info. Memang kena cari yang sesuai utk lebih selesa

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!