USTAZ KAZIM ELIAS TERIMA PINGAT DARJAH DATO PADUKA MAHKOTA PERAK

11/27/2015 03:01:00 PM suria lekatlekit 7 Comments

USTAZ KAZIM ELIAS TERIMA PINGAT DARJAH DATO PADUKA MAHKOTA PERAK. Tahniah kepada Dato Paduka Ustaz Kazim Mohd Elias Atas kurniaan Darjah kebesaran dari Sultan Perak Tuanku Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah. Murah rezeki Ustaz Kazim.. Dari Ustaz dapat Dato dari Dato dapat dato Paduka. gamaknya kalau aku tulis blog dengan bersungguh2 boleh dapat Dato tak? hahahaha


tak payah berangan la lekatlekit Ooi.. Melekat la kau kat situ di tepian blog katanya. Bukan kata tak boleh berangan.. Berangan pun orang kata salah satu langkah pertama untuk menuju kejayaan. Langkah pertama jer.. Bukan dah berjaya ok. Kalau setakat kau berangan tapi seinci pun tak gerak masih dok terbongkang atas katil layan angan angan.. Mereput la kau kat situ sampai kiamat. Apapun semua kena di sertakan dengan usaha, doa & tawakal. Yang paling penting kurang merungut & merintih.. Lebihkan tindakkan & usaha.


Ustaz Kazim Elias ni... erkk. dato Paduka Ustaz Kazim Elias ni dulu mula2 nak popular kat youtube je. Tapi tu la.. Sebab dia memang sangat berbakat dengan dakwah yang mampu menarik minat ramai orang maka setapak demi setapak dia melangkah ke level sekarang. Walaupun macam2 kontroversi dia hadapi sepanjang karier dia sebagai pendakwah sampai katanya pernah nak berhenti berceramah. tapi tak sure sekarang dia masih berceramah ke tidak. Apapun.. Dia juga salah seorang contoh yang baik. Sebab dia di lahirkan sebagai seorang anak yatim yang menempuhi hidup yang susah. Kalau korang pernah baca entri aku pasal kisah sedih spender ustaz kazim.. korang dapat bayangkan betapa susahnya hidup dia masa tu. Tapi tu la.. bak kata pepatah arab.. Man Jadda Wa Jadda. Siapa berusaha pasti berjaya. Dengan usaha beliau.. dia berhak menikmati apa yang dia dapat sekarang.

Moral of the story..  Aku dok tunggu sapa gamaknya blogger pertama yang mampu meraih gelaran Dato sebab penulisan blog. Tak mustahil pun kan? Orang berenang pun boleh dapat dato.. inikan orang menulis.

7 comments:

  1. Allhamdulillah... tahniah Dato paduka ustaz kazim

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..syukur..tahniah untuk Dato Paduka Ustaz Kazim Elias..berkat doa ibu..dengan izin Allah..usaha yang gigih..beliau sememangnya layak untuk menerima rezeki ini..

    ReplyDelete
  3. hehe...betul. tak mustahil
    saya doakan ye suria dapat title datuk dan nenek...hehe

    ReplyDelete
  4. TahNiah daTo :)


    JOM JOIN GA LIKE DAN MENANG PS IKEA PERLIS
    BANYAK HADIAH BAKAL DIMENANGI DGN MUDAH :)
    http://ekinrazallibisnes.blogspot.my/2015/11/like-dan-menang-hadiah-misteri-rm1000.html

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah.. Dia masih berceramah cuma tak masuk tv lagi dah.. Dia ceramah secara offline dan beri tumpuan pada tahfiz dia tu... Memang suka dgr ceramah dia juga..

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com