9 BABAK FILEM YANG SUARA PELAKON LEBIH TERUK DARI CHIPMUNK

1.12.15 Suria Lekatlekit 2 Comments

9 BABAK FILEM YANG SUARA PELAKON LEBIH TERUK DARI CHIPMUNK. Sapa kat sini tak pernah dengar suara kartun chipmunk.. Suara dia memang cute sesangat. Sebab chipmunk ni suara dia ada di gunakan dalam lagu kadang2 memang kelakar bunyi dia. Sebab lagu tu untuk filem chipmunk so tak jadi apa2 pertikaian tapi kalau ada orang yang menyanyi macam chipmunk.. Bukan je kena kutuk malah mesti mana2 audition dia pergi confirm kena reject.

Kalau yang tak tahu ni la rupa watak kartun chipmunk

Manusia zaman sekarang sebab dia selalu menyanyi sambil dengar lagu melalui earphone @ headphone so dia rasa macam suara dia sedap sangat tu yang confident dia boleh nyanyi lunak merdu sweet like kencing manis bagai. Sampai kadang2 tak boleh terima hakikat kena reject masa audition apa2 rancangan realiti tv. Sebab dia rasa suara dia cukup power. Bila orang kritik mula rasa orang tu tak reti menilai, takde taste, pilih bulu bagai.. kita boleh tengok tiap kali ada audition untuk rancangan realiti tv untuk nyanyian.. Mesti ada spesis yang high confident level dia melebihi kemampuan suara dia. Bagus.. ada keyakinan diri tapi yang tak bagus sebab jadi sampai tak sedar diri. Kadang2 kena juga minta pendapat orang lain baru kita tau kita ada talent atau tidak.

Tapi yang ni lagi kesian... Katanya babak babak dalam 9 filem ni suara pelakon dia lebih teruk dari suara chipmunk. katanya better guna suara chipmunk dari suara asal dalam babak filem2 ni. babak yang sepatutnya nampak ganas tapi nampak kelakar sebab suara pelakon dia yang memang teruk. Nak tahu babak dari filem mana & siapa pelakonnya meh tengok kat sini >> 9 Babak dalam filem Yang Lebih Baik Guna Suara Chipmunk Dari Suara pelakon <<

Sampai macam tu sekali depa kena kutuk. Tu semua pelakon popular dari filem yang tak kurang hebatnya. Tapi manusia ni dia nak kritik dia korek sampai ke akar umbi. Ada saja dia jumpa perkara2 nak jadi bahan story kan? hahahaha...

Moral of the story.. Suara juga satu anugerah. tak semua orang di kurniakan suara yang lunak merdu bak buluh perindu sebabnya kalau semua orang bersuara lunak gamaknya kat dunia ni ramai pilih kerjaya yang menggunakan suara je. Kerja2 lain dah takde orang nak buat. Sebab tu Allah menjadikan kelebihan & kekurangan setiap manusia tu tak sama untuk kita saling lengkap melengkapi dalam hidup. Yang sedap jadi penyanyi, yang suara tak sedap jadi peminat & pengkritik je. hahahaha

2 comments:

  1. Ialah Allah tu maha adil kekadang ada orang bersuara sedap rupa pulak kurang sikit. Ada pulak rupa cun habis bila keluar suara hancur!!. Tapi bila tengok cerita alih bahasa semua suara hancur tak pernahnya best. Mungkin sebab kita dah tahu suara pelakon asal tu macam mana. Tu yang bila anak alih bahasa rasa annoying tu

    ReplyDelete
  2. Dulu-dulu punya ceritalah, akak ni kan kalau menyanyi dalam bilik air terasa suara tu sedap betullah di pendengaran. Kalau nyanyi lagu artis antarabangsa, memang boleh pergi ke peringkat nasionallah kiranya. Tapi bila keluar aje bilik air, hilang terus suara lunak merdu akak. Padanlah dulu-dulu masa akak rajin menyanyi dalam bilik air sambil main air selama 1 jam, tak pernah sekali pun kakak akak puji suara akak sedap tau! Now I realize, maybe suara akak masa tu kedengaran macam chipmunk tapi akak tak sedar diri. Oh, malunya sekarang kalau diingat kembali!

    Tapi suara chipmunk comel apa ....

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!