AMARAN! MUNGKIN 6 BENDA NI MEMPENGARUHI KEHIDUPAN ANDA

22.12.15 Suria Lekatlekit 0 Comments

AMARAN! MUNGKIN 6 BENDA NI MEMPENGARUHI KEHIDUPAN ANDA. Filem, drama, kartun.. pendek kata sesuatu yang di tayangkan kat skrin ni memang mampu mempengaruhi manusia. Bukan je kanak kanak malah orang dewasa pun boleh terpengaruh. Tengok filem KL Gangster.. dia mula acah2 gangster.. Tengok filem KL Drift.. dia mula acah2 nak drift.. tengok filem bohsia.. dia acah2 jadi bohsia.. erkk.. Yang terbitkan filem pulak konon nak buat filem realiti yang berlaku dalam kehidupan untuk di jadikan pengajaran pada orang yang menonton kononnya padahal depa pun tau yang berlaku sebaliknya. Pengajaran yang depa ambil macam mana nak rempit.. nak race atas highway.. nak belasah orang gaya samseng2 dalam filem Samsul Yusof. hehehe


Tu baru sebut filem tempatan tak cakap lagi pasal filem luar. Filem luar ni lagi hebat depa punya aksi, sound effect, stunt & idea depa pun lebih di luar kotak maka kadang2 manusia pun jadi pemikiran di luar kotak sampai terkeluar dari logik akal pulak. Apa yang berlaku dalam filem cuma dari imaginasi pengarah tapi yang menonton pulak tetiba rasa nak buat benda yang ada dalam filem tu. Contoh benda2 yang ada dalam kehidupan kita ni yang bagi kita tak ada istimewanya tapi bila dalam filem tetiba benda tu jadi senjata paling canggih & berteknologi tinggi pulak. Mula la terpengaruh menggunakan benda2 yang dia tengok dalam filem macam nampak hebat sangat tu. Terutama budak la. Sebab tu kadang2 6 benda ni >> 6 Alat Ni Nampak Sangat Hebat Dalam Filem << sepatutnya tak jadi bahaya dalam kehidupan kita tapi bila filem menjadikan benda tu satu senjata yang hebat mungkin mempengaruhi orang yang menonton untuk meniru.

Sebab tu kat Malaysia ni ada klasifikasi. Terpulang pada kita je nak menghadkan apa yang di tonton anak anak. Tapi sebab kita ambil sikap lantak la kau nak tengok walau anak kita tu baru 10 tahun tengok filem aksi yang klasifikasi 18sg tu yang dok berlaku buli la.. Bunuh la.. di kalangan kanak kanak. walaupun penggiat filem selalu menafikan filem yang mempengaruhi kelakuan budak budak.. realiti yang berlaku memang banyak benda tu mempengaruhi perangai budak budak.

Moral of the story.. Apapun berlaku kalau setakat tunding sana tunding sini.. Memang takkan ada masalah yang selesai. Semua pihak mainkan peranan. Kita sedia maklum budak2 sekarang dengan Tv memang tak boleh di pisahkan.. So, tanggungjawab bersama untuk pastikan bahan tontonan itu sesuai dengan usia mereka.

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!