BILA SEORANG IBU MENDOAKAN ANAKNYA MATI DAHULU

6.12.15 Suria Lekatlekit 6 Comments

BILA SEORANG IBU MENDOAKAN ANAKNYA MATI DAHULU. Menjadi seorang ibu ni secara automatik di anugerahkan satu perasaan yang sangat istimewa. Sayangnya seorang ibu memang tiada sempadan. Sebab tu ramai ibu2 media sosial sekarang suka caption gambar anak dia dengan 'nyawaku' bagai.. Yang mengambarkan itulah kekuatan hidup mereka. Tapi adakala sebab terlampau sayang.. Seorang ibu terpaksa mendoakan anak nya pergi dahulu.

Gambar sekadar hiasan

Nak2 lagi mereka2 yang ada anak anak kurang upaya ni.. Memang kebanyakkan ibu2 yang ada anak kurang upaya harap anak mereka yang di jemput Allah sebelum mereka. Bukan kerana rasa terbeban tapi kerana risau nasib anaknya tidak terbela. Andai dia yang pergi dulu siapa akan menjaga Amanah istimewa tu. Ibu ni ada satu perasaan yang sentiasa rasa orang lain takkan mampu jaga anak dia sebaik dia jaga.. lebih2 lagi yang istimewa. Sebab dia lebih rela menanggung sedih meratap pemergian dari terfikir apa nasib anaknya bila dia dah tak ada.

Kasihnya Ibu.. membawa ke syurga

Menjadi seorang ibu.. Sayang kepada seorang anak tu kadang2 hanya terbayang anak dia takde depan mata dia lagi pun dia boleh menangis macam mati anak. Tu baru terbayang apatah lagi benda yang di bayangkan tu benar2 jadi kenyataan. Bila dok tengok update gambar2 sekitar upacara istiadat pemakaman Almarhum Tunku Jalil anakanda sultan Johor.. Melihat gambar Sultan Johor kesat airmata aku terus terbayang ibu yang melahir & membesarkannya. 10 kali ganda rasa tu ibu rasa. Sebab aku percaya beliau juga harap anak beliau kembali sembuh & hidup dengan sihat. Tapi.. Janji Allah tu pasti. Anak yang pernah membesar dalam rahimnya.. Di lahirkan dengan risiko nyawa hujung rambut.. & terpaksa menyaksikan bagaimana anak yang di tatang bagai minyak yang penuh, pernah ketawa,tersenyum & menangis depan matanya menjadi sekujur jenazah yang akan hilang dari pandangan mata. Melihat anugerah yang di pinjamkan kembali kepada pemiliknya. Dan terpaksa melihat kesan2 tinggalan seseorang yang pernah wujud dalam hidupnya. Sesungguhnya.. Amat berat untuk di lalui sesiapa sahaja. Tak mudah untuk membiasakan diri tanpa orang yang pernah kita sayang. Ya Allah.. Kuatkanlah hati2 mereka yang di Uji dengan kehilangan anak ni. Aku sendiri pun rasa sebak dah... Ok nangis jab!

Gambar Yang paling Menyentuh Hati sekitar upacara pengebumian Almarhum Tunku Abdul Jalil. Kasihnya Ayah.. tiada sanggup berpisah.

Sayangnya seorang ibu kadang2 terlalu takut anaknya hilang... Dan kadang2 dia harap anaknya pergi dulu bila dia merasakan anaknya tidak selamat bila dia tiada disisi. Sayang seorang ibu kadang2 tak terjangkau akal kita memikirkannya. Yang masih ada ibu & seorang ibu.. Sejauh mana anda sayangkan mereka jom uji kat sini >> Sejauh Mana Anda Menyanyangi <<

Moral of the story.. Ibu & ayah hanya datang & pergi sekali dalam hidup. SEKALI. Pemberian yang hanya sekali tu.. hargailah sebaik mungkin

6 comments:

  1. Kathy pun sedih tgk gambar2 ni td. Sebak tgk kesedihan seorang ayah dan ibu bila anak kesayangan di pisahkan dari mereka. Walau tak rela harus redha.

    ReplyDelete
  2. sedih kan sis.... bila tgk gambar mereka terus menitis air mata...

    ReplyDelete
  3. betul tu kak suria.. ramai ibu2 yang ada anak-anak istimewa mengharapkan anak nya pergi dulu. pergi dulu bunkan kerana tak sayang. tapi memikirkan kelansungan hidup selepas ketiadaan si ibu amat merunsingkan..

    ReplyDelete
  4. sedih...sy pn mcm tu...anak2 ada dua org...kalo mentua dok pinjam anak2 sy sehari dua, sy dah x keruan...mlm nak tido pn nangis sbb rindu

    ReplyDelete
  5. Sedih pulak hati ni bila membaca entri ni. Apatahlagi bila melihat gambar Sultan Johor dan isteri baginda yang kesedihan kehilangan TJ. Ibu mana yang tak sedih bila terpaksa menghadap situasi begini. Anak hilang sejam dua pun kita dah tak keruan merindukan anak inikan pulak yang pergi selamanya, mustahil untuk bertemu kembali di dunia ini ...

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!