BOLEH PERCAYA KE CAKAP FAZURA PASAL PRODUK NUTOX NI?

2.12.15 Suria Lekatlekit 7 Comments

BOLEH PERCAYA KE CAKAP FAZURA PASAL PRODUK NUTOX NI?. Dulu aku pernah jugak try 1 set produk nutox. Masa tu tengah sale.. Aku beli kat guardian. 1 set dalam RM70 macam tu la. teruja la dengar brand Nutox ni. Dulu kan aku suka pakai produk skincare yang tempatan je. Natasya la.. Tia Ammelia.. bla.. bla.. bagai. Memang produk2 tu takde jual la kat guardian atau farmasi. Kena beli kat salon2 kecantikkan atau booth2 yang jual produk. Sebab malas nak pakai produk yang takde jual kat pasaraya atau farmasi ni.. Nak try la produk2 yang ada kat Guardian & watson. Maka terbeli la 1 set nutox ni.


Alih2 memang pakai sikit je rasa macam tak best & tak menepati keperluan kulit aku yang bermasalah masa tu. Kira tak best la sapu cream ke hapa jadah produk dia ni. Memang tak habis guna pun aku biarkan dia kesepian sehingga sampai saat di kebumikan dalam tong sampah. Sebab rasa dah lama sangat simpan.. Selepas tu memang walau best macam mana pun iklan produk ni.. hati ini telah tertutup buat produk nutox.

Tup tup hari ni ternampak lagi Pasal serum Nutox untuk yang katanya boleh kekal muda. Almaklum la dah masuk zon2 makcik ni kan.. Dia memang obses sikit la dengan produk2 untuk meremajakan kulit. Kekonon nak bila keluar je.. Orang dok sangka budak tingkatan 1. hahahaha.. Katanya pakai serum ni boleh nampak kesan dalam masa 2 minggu. Agak cepat jugak la tu.. Dua minggu dari makcik bertukar jadi adik adik katanya. Sampai pelakon & penyanyi fazura pun cakap macam tu. Dia kata kalau tak caya try guna dulu serum nutox tu. Erkk.. Bukan fitnah. Ni buktinya dia kata macam tu >> Fazura Suruh Cuba Serum Nutox Kalau tak Percaya <<

Apapun kita tak boleh judge betul ke bohong sebelum mencuba ye dak? Yelah.. yelah.. nanti aku try la usya serum ni kat guardian. Kalau dia berjaya membuat hatiku terpaut maka aku rembat la sebotol buat try test tengok katanya. Hahahaha...

Moral of the story.. Korang percaya ke cakap fazura? hahahaha...

7 comments:

  1. dulu penah gak terpedaya ngan cakap fazura sebb tgk die kat iklan ubat gigi colgate white tuh..beria beli..gosok sampai abis satu tiub ubat gigi..hurm...haram xputih..sama je!huhu..tak tau la kalau gigi sy ke yang ketegaq. part nutox ni xtaula nak pecaya ke tak..tgk jenis kulit kot..ade org pakai fair n lovely beli kat mydin pon bole jd putih gebu gebas..

    ReplyDelete
  2. fazura tu juru cakap produk tuk melariskan produk.... huhu....decision in our heart,,,

    ReplyDelete
  3. kalau nak cuba produk kecantikan better opt for company yang telah terbukti berkesan

    ReplyDelete
  4. Bergantung juga pada jenis kulit masing masing..biasanya apa pun produk begitu..ini sekadar pendapat PC...

    ReplyDelete
  5. pernah try..tp xabis guna..hilang masa nk pindah umah..dahlah mhllll...huhu

    ReplyDelete
  6. Pernah beli juga produk ni..setakat ni, belum jadi macam muka fazura lagi :D

    ReplyDelete
  7. Amboi, melampaunya... nak kekal rupa budak Tingkatan 1! Ni memang sama geng dengan Kakak YY aka besan akak tulah. Nak maintain 13 tahun katanya walaupun anak berderet nanti!

    Moral of my comment, akak memang tak percayalah tengok iklan esp testimoni ke apa. Selalunya yang buat akak teruja nak membuang duit tu sebab packaging yang menawan untuk santapan mata. Dan kalau akak pi kedai, memang akak suka cium bau produk kecantikan ni tau. Lagi wangi lagi suka padahal lagi berbau sedap, lagilah jangan dibeli patutnya!

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!