FOOD COURT IKEA DAMANSARA TIADA SIJIL HALAL JAKIM

30.12.15 Suria Lekatlekit 2 Comments

FOOD COURT IKEA DAMANSARA TIADA SIJIL HALAL JAKIM. Sekali lagi jadi kontroversi status halal foodcourt Ikea Damansara.. Dulu pernah sampai tutup buat sementara waktu untuk melakukan kerja2 menyamak sebab katanya ada bahan tidak halal di gunakan. Tup tup terbaca post dari Page Sahabat Halal katanya Food Court Ikea yang tak pernah apply pengesahan halal JAKIM.


Yelah.. takde sijil halal tak semestinya haram.. Tu aku tahu. Kak Leha dok jual kuih muih tepi jalan pun tak pernah apply sijil halal JAKIM tapi elok je orang makan tanpa was was. Insya Allah bahan2 mentah kak leha guna tu status halal tak di ragui, tapi macam ikea yang terkenal dengan Meatball yang bukan dari Malaysia kalau tak ada pengesahan halal JAKIM macam mana kita nak pastikan benda tu betul2 bebas bahan2 haram. Almaklum la datang dari negara bukan Islam.. memang patut was was jugak.


Kontroversi demi kontroversi pasal food court Ikea ni.. Tapi tetap jugak ramai umat Islam makan kat situ tanpa was was. yelah.. tak was was tak jatuh haram kan. Cuma tu la.. Kat malaysia ni kita bergantung pada pengesahan halal JAKIM pada produk yang di hasilkan oleh orang bukan Islam atau datang dari negara luar.. Nak2 negara bukan Islam ni. Kan mencari yang halal tu Fardu.. Apa masalah food court Ikea tak nak apply sijil halal pun tak tau la. Takkan tak mampu.. Keuntungan depa rasanya bukan level2 kak leha yang jual kuih muih tepi jalan nak bagi alasan tak mampu kan? Apply je bagi menyakinkan pengguna status makanan & minuman kat situ halal. Tapi takde pengesahan halal JAKIM pun bersepah orang Islam makan.. apa ada hal.. ye dak?? maybe tu salah satu faktor kot depan tak apply sijil halal JAKIM. Ada tak ada tak bagi apa2 kesan pun pada perniagaan mereka.

Tapi Kalau dah asyik kontroversi pasal status halal je ada lagi bagus tak payah makan dulu. Banyak lagi makanan best2 kat Malaysia ni.. Sampai jadi viral seantero alam maya macam makanan & Minuman ni >> Mungkin Anda Tak Pernah Tahu Inilah Makanan & Minuman Yang Pernah Jadi Trending Di Media Sosial Sepanjang 2015 <<

Hope food court Ikea cepat2 la mohon sijil halal JAKIM supaya tidak mengundang spekulasi & persepsi negatif orang ramai. Kalau takde masalah apply je la. Ye dak?? Apa nak takut kan..

Apapun aku tak kata makanan & minuman kat food court ikea tu haram.. cuma bila premis tiada sijil halal.. dah tu makanan pula di import dari negara bukan Islam kita perlu semak betul2 jugak Ingredient dia. Manalah tau... Yang haram bukan babi jer tau! renung renungkan selamat beramal

2 comments:

  1. betul..yang haram bukan babi sahaja..banyak lagi yang perlu dikemaskini dalam bab makanan ni..

    ReplyDelete
  2. Semenjak dua menjak ni dah tak makan kat sushi king and secret recipe.. :(

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!