HADIAH PALING LELAKI SUKA YANG RAMAI PEREMPUAN TAK TAHU

12/31/2015 10:51:00 AM suria lekatlekit 4 Comments

HADIAH PALING LELAKI SUKA YANG RAMAI PEREMPUAN TAK TAHU. Hadiah ni sinonim lelaki memberi perempuan menerima. Nak bagi hadiah untuk perempuan memang tak susah.. Majoriti perempuan suka benda2 tipikal yang kebanyakkan perempuan lain suka kecuali aku je. Bab hadiah ni kadang2 benda tipikal yang perempuan suka tu memang aku tak berapa minat tapi kalau orang bagi terpaksa terima jugak la sebab ia satu pemberian tanda ingatan.


Bila nak bagi hadiah pada seorang lelaki ni normally perempuan suka bagi jam tangan, baju, wallet, tali pinggang.. Yang tu rasanya hadiah untuk lelaki paling popular yang kadang2 lelaki ni tak rasa benda2 macam tu hadiah yang buat mereka rasa teruja sangat bila dapat. Sebab lelaki adalah golongan yang agak susah nak di fahami berbanding perempuan yang kebanyakkan apa ada dalam hati semua tulis kat Facebook.. So, tak susah sangat la nak kenali apa yang depa suka & tak suka. Berlainan lelaki.. Hati depa umpama peti besi yang perlu code untuk kita buka & fahami.

Mungkin sebab lelaki ni terlalu perahsia maka kadang2 keinginan mereka terhadap sesuatu tu kurang di tunjukkan jadi perempuan mungkin tak tahu apa yang mereka suka sebenarnya. So, kat sini mungkin dapat membantu kaum perempuan yang berniat nak bagi hadiah kepada lelaki kesayangan mereka.. Mungkin ini yang boleh buat lelaki kesayangan suka bila di hadiahkan pada mereka. Nak tahu apa benda meh tengok kat sini >> Hadiah Yang Paling Cool bagi Lelaki Mungkin Perempuan Tak Tahu <<

Apapun jenis hadiah tu bergantung pada minat & faktor umur jugak. Jangan la pakcik dah umur 70an dok bagi hadiah kat dia hoverboard pulak.. Kang patah tulang temulang orang tua tu pulak dok naik benda alah tu. Nak berdiri tegak pun dah tak berapa mampu macam mana dia nak mengimbang badan naik hoverboard ye dak??

Kalau yang tak tau pejadah menatang hoverboard tu ni la hoverboard yang tengah trend sekarang. Orang lelaki memang suka la benda2 alah macam ni

Moral of the story.. Hadiah satu pemberian tanda ingatan.. Kadang2 mungkin apa yang di beri bukan citarasa kita tapi tak salah kita hargai & tunjuk rasa terima kasih tu masa menerima sebab pemberian kita tak boleh beli kat mana mana.. Ia datang dari orang yang berniat memberi.

4 comments:

  1. Smartwatch tu menarik juga..gud idea. Thanks :)

    ReplyDelete
  2. bersyukur..terima apa adanya daripada pemberi..hihihihi..

    ReplyDelete
  3. huhu.. pening pk hadiah untuk lelaki kan..

    ReplyDelete
  4. Akak selalu pikir hadiah yg akak mampu beli je dik...kikiki...maklum la tak koje asyik dok menanam anggur je... :p

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com