INI GOLONGAN YANG BAKAL ANTI JOHOR

4.12.15 Suria Lekatlekit 5 Comments

INI GOLONGAN YANG BAKAL ANTI JOHOR. Johor dah kuatkuasa pengharaman penjualan Vape bermula Januari 2016. Khabar khabar angin jugak katanya Johor akan haramkan rokok, judi, arak & pelacuran.. erk.. sebelum ni aktiviti pelacuran sah ke kat Malaysia ni?? hahahaha.. tanya je sebab selama ni yang aku tahu aktiviti pelacuran memang tak pernah di iktiraf sebagai perniagaan yang sah di Malaysia. jadi memang dah sedia haram sejak dulu lagi kot... Wah memang salute Sultan Johor. Bukan takat hensem, tegas & seorang pemimpin yang berani. tetiba rasa nak mengaku jadi orang johor pulak. hahahaha...


tak lama lagi vapor, kaki minum, kaki judi & perokok tegar mungkin banned Johor dari menjadi salah satu negeri untuk di lawati sebab tak ada jual benda2 yang menjadi favorite depa dah. Benda2 ni semua melibatkan ketagihan yang mustahil boleh di hilangkan dalam masa sehari. Kalau perokok ni nak skip sehari rokok pun susah apatah lagi berhari hari. Mungkin jugak peniaga2 atau pengedar semua produk tu akan mula berhijrah ke negeri negeri yang masih menghalalkan penjualannya. yelah.. dah tak boleh meniaga secara sah la kalau di haramkan. Kalau meniaga di kira macam salah satu aktiviti penyeludupan ke Johor jugak la kan.

Tak lama lagi Vape akan menerima nasib macam ni >> Katanya Makmal Untuk Produk Ni Sama Level Dengan Reban Ayam << Di aibkan secara besar besaran tanpa belas kasihan. Kalau yang buruk, yang kotor, yang bahaya dia je la. Padahal spesis dia yang ber title sikit macam bagus jer. Hahahahaha

Apapun yang baik kita sokong la kan.. Yang buruk kita tegah. Haramkan Vape tu bagi aku tak jadi masalah besar dari kenaikkan harga tambang erl, pengangkutan awam, minyak, barang keperluan harian. Yang tu mungkin rasa macam nak cubit2 je Pak Jib.. Dugaan tersebar untuk Malaysia sepanjang pemerintahannya.

5 comments:

  1. Tahniah Sultan Johor. Daulat Tuanku.

    ReplyDelete
  2. Tahniah Sultan Johor satu langkah kehadapan.
    Tiada yang eloknya dengan vape tu

    ReplyDelete
  3. Terbaiklah.. Moga Allah rahmati dengan sedikit usaha Sultan Johor untuk memelihara Johor...

    ReplyDelete
  4. Tengoklah sultan siapa ^_^ Well, kalau tak sanggup tak hisap rokok/vape dan seangkatan dengannya, tak payah-payahlah datang Johor.

    Ish, sukanya alahai dengan sultanku yang satu ni! Dahlah masa muda hensem, masa tua pun terserlah kehenseman walaupun dah berisi katanya. Erkk!

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!