KALAU ADA SMARTPHONE NI TAK PERLUKAN DSLR LAGI

12/11/2015 10:51:00 AM suria lekatlekit 0 Comments

KALAU ADA SMARTPHONE NI TAK PERLUKAN DSLR LAGI. Aku ada sebiji DSLR.. camera gedabak tu. Kualiti gambar dengan DSLR ni walau tahap amatur yang ambil gambar pun cantik. Macam aku memang tak pandai nak manual setting aku guna yang auto setting jer.. Selalu aku guna close up untuk ambil gambar produk ke atau gambar anak aku. Ntah la aku nampak cantik. Aku memang tak pernah belajar untuk ambil gambar cara profesional guna DSLR. Malas pulak.. DSLR tu pun bukan aku punya sebenarnya.. asben aku punya. Masa mula2 beli dia excited la jugak dok ambil gambar sana sini.. lama2 DSLR terbiar macam tak bertuan aku take over la. Tapi aku pun jenis malas jugak nak usung DSLR tu kemana mana.. Sebab dia besar.


Jadi DSLR aku banyak berfungsi dalam rumah je la. Kalau ada produk2 yang aku nak review... maka khidmat dia la aku guna. Sebab gambar dia lebih terang & sharp katanya. Kalau gambar blur2 tu ketahuilah aku ambil dari camera tab. almaklum la tab aku pun dah masuk zon pra sejarah jugak.. camera pun tak cukup megapixel katanya. Aku tengah berkira kira nak beli satu camera cybershoot jenama sony. Digital Camera kecik yang boleh campak dalam handbag jer.. Senang nak ambil gambar cecantik kat luar. Manatau lepas aku jadi blogger food review pulak kan.

DSLR ni tu la satu kelemahan dia.. Size besar even gambar cantik. Tapi aku rasa aku tak payah beli kot Sony Cybershoot tu.. Sebab yang tu hanya camera jer. Kalau rembat satu smartphone ni yang ada fungsi camera yang di perlukan terutama orang yang suka travel. Sebab camera dia hangpa tak payah nak susah2 bermonopod Azwan Ali bagai dah.. Fungsi dia memudahkan hangpa berselfie. Siap boleh ambil gambar bergerak lagi. Macam gambar dalam format GIF tu. Kalau nak pergi bercuti pun senang bawak je smartphone tu.. dah tak payah bawak camera. Nak buat live update pun senang. kalau guna DSLR mana boleh nak berselfie katanya. Rasanya aku kena pintal2 rambut sambil buat gaya macam iklan manja kasih depan laki aku untuk dapat sebiji Smartphone ni. Kalau hangpa pun rasa nak meh tengok sini >> Selain Tak perlu Monopod, Smartphone ni mempunya fungsi Camera Yang Semua Anda Perlukan Untuk Ambil Gambar <<

Atau aku buat2 je enpon aku hilang sekali lagi.. Kot2 dapat smartphone tu. Hahahaha... Apapun. smartphone sekarang memang canggih2 kan. Semua dalam satu. Jimat ruang kalau nak kemana mana tak payah bawak banyak gadget elektronik. Semua include dalam 1 smartphone.

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com