KISAH SERAM DI SEBALIK KRISMAS

14.12.15 Suria Lekatlekit 2 Comments

KISAH SERAM DI SEBALIK KRISMAS. Bersempena krismas yang tak lama lagi, haruslah segmen seram serik lekatlekit pun bertemakan krismas jugak la. Apa ingat sale je ada tema2 ni. Cerita seram pun ada jugak tau! Maaf la pada mereka yang merayakan krismas. Bukan niat nak menakutkan korang sekadar berkongsi cerita je.


Nak raya pun susah katanya. Ada benda2 yang menakutkan menghantui perayaan mereka rupanya. tapi ni cuma cerita lagenda seram rakyat Australia jer.. Aku ingat benda ni cuma ada dalam filem yang sedang di tayangkan kat pawagam rupanya memang ada cerita ni di kalangan rakyat mereka pasal hantu atau syaitan Ke-Ram-Puss ni.

Lagenda seram Ke-Ram-Puss atau lebih senang di sebut sebagai Krampus terkenal dalam cerita lagenda seram rakyat Australia. Krampuss di katakan sangat membenci Krismas. Dia adalah spesis syaitan yang akan menangkap & menculik kanak kanak yang jahat & nakal.

Menurut lagenda, Krampus akan bermalam di setiap rumah menjelang krismas. Dia akan meninggalkan seikat kayu kepada kanak kanak yang nakal atau dia akan memukul mereka dengan kayu. Kemudian memasukkan kanak kanak tersebut dalam karung dan membuangnya ke dalam sungai. Atau ada yang percaya kanak kanak tersebut di bawa terus ke neraka.

Kejamnya hantu Krampus ni kan?? Dengan budak2 pun nak berkira.. budak biasa la kalau nakal. Apapun kat malaysia katanya selamat dari syaitan Krampus ni. Krampus takkan berani datang ke Malaysia.. Inilah sebabnya >> Krampus Takkan Ada Di Malaysia Kerana Kat Malaysia je Ada Perkara ni <<

Untung la mereka2 yang merayakan krismas di Malaysia kan.. Tak payah nak takut2 hantu krampus ni. Tu la hangpa tak percaya.. Malaysia masih aman. Jangankan orang jahat, hantu pun tak berani masuk malaysia. hahaha

2 comments:

  1. Sebab itulah Krismas kat Malaysia ni meriah, siap ada sale bagai lagi. Pokok Krismas merata-rata. Krampus memang tak berani nak datang menyelinaplah. Baru aje tengok Christmas Horror ke apa namanya movie ni. Pasal si Krampus ni lah! Kalau tengok muka memang kelakar tapi tak sangka pulak jahat makhluknya!

    ReplyDelete
  2. Rupe bentuk hantu tu cam dlm filem seram insidous kan...bebudak pon ko nak naya...ce pi tangkap pak2 menteri malaysia yg vangang2 tu campak dlm sungai ada gak pekdah....kikiki

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!