LAPTOP MUNGKIN TAK LAKU LAGI LEPAS NI

12/22/2015 08:04:00 PM suria lekatlekit 1 Comments

LAPTOP MUNGKIN TAK LAKU LAGI LEPAS NI. Serius seumur hidup aku memang aku tak pernah beli laptop sendiri tapi aku bukan tak reti atau tak pernah guna laptop la. Aku biasa je guna laptop bos, laptop company kat ofis, laptop asben aku, laptop adik beradik aku.. Tapi aku memang tak pernah ada laptop sendiri. Aku lebih suka guna pc.

Sumber Google

Lepas PC, smartphone, lepas tu tablet.. Tu je gadget2 elektronik yang aku ada. Terbaru mungkin sebab simpati asben aku hadiahkan aku sebiji smartphone yang ada fungsi camera yang cantik. Senang di bawa kemana mana.. Tak payah la kalau nak pergi tempat best sikit gigih la aku mengusung dslr walau aku sebenarnya memang malas nak bawak. Almaklum sebelum ni.. Aku guna Tab & Galaxy Y jer.. Camera pun tak cukup megapixels katanya. Ambil gambar pun tak nampak lubang hidung.. Tu yang nak tak nak kena usung DSLR. Sebab aku dok melagukan lirik2 nak beli camera cybershot yang kecik sikit senang nak bawa maka tetiba pucuk di cita ulam siap sambal belacan lagi dapat.. smartphone Galaxy S4 Zoom. Terharu sampai rasa nak menangis bawah bantal. Sebab tak pernah minta tetiba dapat. Aku ni bini yang tak banyak permintaan katanya. Tak sampai hati. hahahaha

Tapi secanggih mana pun smartphone ni tak boleh jugak lawan Tablet yang katanya fungsi dia lebih hebat sebab tablet ni kiranya pakej la.. smartphone plus laptop maka terlahirlah Tablet. Tapi ramai jugak walau memiliki tablet tapi tak berapa tahu nak gunakan sebab mungkin tak tahu banyak fungsi tablet ni. Kalau hangpa baca kat sini, confirm hangpa tak sangka dengan kemampuan tablet >> Tablet Vs Laptop.. Ini bukti ia memudahkan urusan seharian Anda << Habis la lepas ni.. mungkin Laptop akan menjadi bahan sejarah je untuk kenangan di masa akan datang. hahahaha

memang teknologi2 gadget elektronik sekarang memang canggih manggih. Makcik2 macam aku kadang2 tak sempat nak study katanya. Alih2.. secanggih mana pun gadget elektronik tetap la dia pilih desktop nak buat kerja. Senang katanya nak taip guna keyboard. Almaklum.. jari2 pun tak berapa nak ramping sangat dah. Touch screen ni asyik tersalah taip jer.. hehehe.

Moral of the story.. Tak salah nak kejar teknologi tapi ukur la size wallet sendiri yer.. Kalau wallet kembung penuh dengan bill & hutang2 tak terbayar.. tak payah la nak kejar sangat teknologi takut kena kejar dengan Ah long tak cukup tanah nak lari ke bawah tanah pula kau kembali. Peace Yo!

1 comment:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com