MARSHA TAK MAHU KOMEN ISU PELUK ISLAM

4.12.15 Suria Lekatlekit 5 Comments

MARSHA TAK MAHU KOMEN ISU PELUK ISLAM. Kalau betul Alhamdulillah.. Kalau Tak betul takpe la tu hak dia. Dia pun tak di lahirkan sebagai seorang Islam jadi kita tak ada hak memaksa sesiapa untuk memeluk Islam. Yang kita boleh cuma menyebarkan ajaran Islam sahaja.


Tapi artis ni selalunya kalau taknak mengiya atau menidak.. Kadang2 tu memang gosip tu betul. Cuma mungkin soal bertukar agama ni agak sensitif sebab ia bukan melibatkan individu tu sahaja malah mungkin membuat ahli keluarga atau saudara mara mereka berkecil hati. Yelah.. Macam aku cakap soal agama sangat sensitif. Jadi.. Kita hormatilahlah kalau dah mereka tak nak bagi apa2 penjelasan tentang tu.

Sumber Media Hiburan Online

Jangan ada pulak yang buat macam stacy.. Gigih sebar video dia mengucap syahadah. Alih2 orang tu jadi masalah dengan saudara mara sebab Yelah.. perkara tu belum di maklumkan pada saudara mara yang kita sedia maklum mereka bukan Islam. Mesti la bila orang luar yang menyebarkan mereka rasa seakan di pinggirkan. Sepatutnya mereka yang tahu dulu sebelum orang luar.


Jadi hormatilah privacy orang lain. Kita pun ada privacy kita sendiri.. Apapun kepada Marsha, Good Luck. Apapun pilihan anda, Moga memilih yang terbaik dalam hidup. Sapa tak kenal dengan Marsha boleh tengok drama keluarga Pontimau kat TV3.. lupa pulak hari apa tapi malam la.


Tapi yang kelakar suara keith foo buat garang2 dalam drama tu yang ala2 bunyi harimau. Macam ada yang tak kena je hahahaha. tapi suara keith foo dalam drama tu takde la kelakar macam dalam filem2 ni >> 9 Adegan dalam Filem Yang Katanya Suara Pelakon Lebih teruk Dari Chipmunk <<

5 comments:

  1. Betul tu Suria..
    Alhamdulillah ..jika betul dia dah hidayah..

    ReplyDelete
  2. mungkin dia taknak berterus terang sebab nak jaga hati keluarga agaknya..apapun kita doakan yang baik2 untuk dia..

    ReplyDelete
  3. Bab macam ni peminat tu yg over lebih kadang-kadang kan...

    ReplyDelete
  4. Allhamdulillah... kalau betul apa salahnya....

    ReplyDelete
  5. Bagilah peluang dan ruang untuk dia bernafas sebagai seorang saudara baru kalau betul ceritanya. Isu masuk Islam ni sensitif bagi mereka. Kita tak tahu cerita, mungkin mereka sedang memikirkan cara terbaik untuk memberitahu ahli keluarga tapi kita sebagai orang luar yang terlalu teruja dengan perubahan ni sibuk alahai tukang pukul canang. Kesian mereka!

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!