MISTERI TERUNGKAI APABILA MALAM MENJELMA

10.12.15 Suria Lekatlekit 3 Comments

MISTERI TERUNGKAI APABILA MALAM MENJELMA. amboi tajuk entri macam tajuk novel seram jer kan.. Padahal penulisan blog aku ni cukup tak formal. Ala2 mesyuarat makcik2 bawah pokok membincangkan isu anak si Tijah nak berkahwin tiba2 jer.. hahahaha. Biasa la tajuk blog melekit kena berkonsepkan ala2 seram gitu. Walau cerita atau review filem seram bercuti buat seketika waktu. Tunggu Lazada hantar DVD player jab yer.. Nanti kita pergi memancing hantu.


Ingat entri semalam Misteri kehilangan tanpa tanda, Ghaib Di alam Nyata.. Kalau terlepas baca satgi hangpa pi la baca. Tak sampai 24jam.. Misteri tu terungkai apabila malam menjelma ketika aku mengangkat bantal2 untuk mempersiapkan diri tidur... Bertaburan organ dalaman dia atas lantai. Ku kutip satu persatu lalu ku cantum semula menjadi sempurna. Ku cucuk wayar menyambung nyawa yang mati seketika siang tadi.. Ku cuba CPR sehingga dia hidup semula. Maka berkhidmat semulalah Galaxy Y untuk tuannya...

Kempunan la nak merasa enpon baru. Baru dok bincang2 dengan asben aku semalam nak pergi ambil simcard kat Maxis center.. Ada rezeki nak cari enpon baru bagai.. Dah dia pulang kepangkal jalan. Betul la kan.. kejadian ni betul2 macam aku dok cakap dalam entri2 sebelum ni. Kadang2 Allah hilangkan sesuatu.. Bila kita dah tak mencari lagi tetiba dia muncul semula. Sama je macam kes2 ni >> Kejadian Yang Tak Di Sangka Yang Benar Benar Buat Orang Rasa Syukur Sangat. Mesti Korang Pernah Alami Perkara ni  <<

Memang awal2 aku sedar hilang tu aku cari jugak. Aku dah cari bawah katil, atas katil semua tak jumpa. Tak tau terselit celah bantal. Lepas dah tak jumpa aku redha jer la.. Anggap bukan rezeki aku la. So, aku tak cari lagi. Just fikir nak ambil balik simcard je. Bila kita tenang jer... senang je benda tu muncul semula tak payah cari cari lagi. hahahaha

Lepas ni kalau hilang buat rilex sudah.. enpon aku ni zaman pra sejarah maybe ada saka yang jaga. Hilang kang pandai2 dia cari Tuan dia balik. hahahaha. Apapun.. Alhamdulillah. Budget yang konon nak beli enpon baru boleh la di manafaatkan kat Guardian ker.. The store ke.. hahaha.

3 comments:

  1. Akak lagi suria.. rupanya termasuk dalam sarung bantal..
    Jenuh mencari.. anak suruh buat misscall.. menyahut dari dalam bantal hahahha

    ReplyDelete
  2. Memang nak kena babat tau dia ni! Suka guna perkataan 'seram', 'misteri' bagai! Kali ni misterilah sangat handphone termasuk dalam bantal yerk!

    Duh, terlepas peluang nak rembat handphone baru ya dan si 'mamat' tu muncul kembali. Mungkin penat Galaxy Y tu minta diseru tapi tak juga diseru-seru kembali oleh tuannya. Itu yang muncul sendiri tu ^_^

    Takpa, takpa! Guardiankan sale sampai hujung tahun. Cuba belek katalog tu mesti banyak lagi yang belum dibeli. Pi lah pergi beli. Duit tak habis lagikan. Hahaha!

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!