ORANG GILA JE BUAT MACAM NI DENGAN SMARTPHONE

3.12.15 Suria Lekatlekit 2 Comments

ORANG GILA JE BUAT MACAM NI DENGAN SMARTPHONE. Smartphone dengan manusia dah macam qarin. Setiap manusia majoriti mempunyai smartphone atau telefon. Kat mana mana sekarang ni kita boleh nampak orang tak boleh berpisah dengan smartphone. Di bawa ke hulu hilir.. di belek setiap saat dan waktu & di tatang bagai minyak yang penuh.. Betapa istimewanya smartphone dalam kehidupan manusia zaman sekarang. Kadang2 anak pun jatuh nombor selepas smartphone. Dia sanggup membelai smartphone dari membelai anak sendiri.


Manusia dah semakin obses dengan smartphone maka smartphone dia jaga bagai Raja. Kalau hilang sekejab pun dia punya panic macam hilang nyawa. Tapi ada manusia lebih gila dari tu sekarang ni. Kalau orang lain jaga smartphone macam jaga baby pra matang ada jugak manusia yang tak suka buat benda tipikal yang macam manusia lain buat. Gamaknya dia memang tak kisah kot smartphone ada ke takde tu yang sanggu buat benda2 tak masuk akal macam ni >> 10 Perkara Paling Gila Manusia Buat Dengan Smartphone << Seriau beb tengok aksi2 depa ni. Mau yang tersilap langkah memang Innalillahhiwainnalillahhirojiun la.. Tak mampu aku nak buat benda2 extreme macam ni dengan semakpon aku even murah sekalipun.

Kadang2 manusia sanggup buat benda merepek semata mata nak dapat perhatian & populariti jadi tak pelik la kalau ada manusia tergamak nak buat perkara perkara macam tu guna smartphone. Yelah.. maybe depa kaya. Satu smartphone berkecai 10 dia beli sebagai ganti. Ok la kalau smartphone yang berkecai jangan hangpa berkecai dah la sebab nyawa tak ada jual kat farmasi. Peace Yo!

2 comments:

  1. Mengarut je diorang ni...dah kaya bebeno la gamaknye...kalau tanak ipong tu sedekah je kat hakak ni hah...

    ReplyDelete
  2. Ni semua kerja orang takda kerja, tak sayang duit dan most probably tak sayang nyawa. Adventurouslah sangat main-main dengan smartphone macam tu. Jangan lepas buat aksi bukan-bukan terus pi kedai telefon nak beli telefon baru bayar bulan-bulan sudahlah...

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!