PERMAINAN HARGA BARANG DI LAZADA YANG MESTI ANDA TAHU

9.12.15 Suria Lekatlekit 7 Comments

PERMAINAN HARGA BARANG DI LAZADA YANG MESTI ANDA TAHU. Amboi baru reti online shopping dah berlagak nak bagi tips bagai. Orang lain bertahun tahun shopping bukan je kat lazada.. Zalora.. Nile.. bagai tak bising nak ber tips bagai. yelah.. orang lain kedekut info aku ni pemurah. Berpegang dengan konsep sharing is caring. Aku sangat2 menyanyangi pembaca blog lekatlekit.com ni.

Sepanjang sale Online Revolution kat lazada yang bermula dari 11 November dan akan berakhir pada 12 december 2015 dah 4 barang aku beli. Bulan lepas 3 barang. Semalam terrrrrrrrrr order katanya sebiji Samsung DVD player. Almaklum la yang ada dah nazak. Hidup pun macam orang bela saka yang dah nyawa nyawa ikan tapi tak mati mati. Nyawa ada tapi dah tak boleh berfungsi macam biasa. Sebab aku ni memiliki hobi paling menyeramkan iatu tengok filem seram & kumpul koleksi dvd filem seram apalah erti dvd tanpa dvd player, ye dak. Tu pun aku peram dalam draft lazada lebih dari seminggu item tu baru aku kuatkan semangat untuk proceed & bayar guna online banking. Ingat senang je aku nak buat keputusan bila beli barang online ni. Susah tau.. Kira ni dalam sejarah aku membeli belah sampai 4 barang secara online di lazada la. hahaha

Aku ni serius nak beli barang survey bagai nak rak kat lazada. Compare berminggu2. Macam dvd player ni.. Jenama & model yang sama tapi lain supplier lain harga dia. Tu korang kena tahu even jual dalam lazada jugak. Satu lagi shipping.. Barang yang sama tapi lain supplier ada yang kena bayar kos shipping ada yang free & ada yang lebih murah. So kena rajin sikit la kalau nak jimat. Tu la permainan harga yang ada kat lazada. Bukan menipu.. tapi dah lain supplier maka biasa la jadi lain harga kita sebagai pembeli jangan malas.

Yang aku beli yang ni. Paling murah & free shipping
Yang ni harga sama tapi ada kos shipping
Yang ni memang lebih mahal dari harga kedua dua di atas. Yang penting semua brand & model yang sama. Walau yang kat atas tu gambar macam lain sikit tapi dalam description dia gambar & detail produk semua sama jer. Depa copy kat website samsung kot hahahaha

Nak beli 1 dvd pun berminggu aku bertapa kat lazada.. compare satu persatu. Almaklum la orang tak berapa kaya gitulah cara membelinya. hehhehehe.. Meh tengok hasil kajian aku..

Barang yang sama, harga berbeza. Dan nak jimat lagi beli la masa sale.. Tak kira nak beli barang elektrik ke, elektronik atau gadget. Nak2 lagi hujung tahun macam ni sampai barang2 ni pun boleh dapat dengan harga RM12 je >> [X'mas PROMO] RM12 Super Deal + Hadiah PERCUMA & Rebet Sehingga RM200! <<

7 comments:

  1. fikir banyak kali nak byr tukan..huhu

    ReplyDelete
  2. Betul dik..akk pnh beli kat lazada..free je delivery...pastu ada akk bli brg lain dia ada kos utk shipping..pelik jugak memula...skang akk dh faham bila baca entry sis ni...

    ReplyDelete
  3. aah..diorang mmg main trun naik hrga cm ni :)

    buyer tegar je tau ..heheh




    DAH JOIN GA PS IKEA PERLIS?
    KALAU BELUM JOM JOIN GA
    BANYAK HADIAH YG MUDAH BAKAL DIMENANGI :)
    http://ekinrazallibisnes.blogspot.my/2015/11/like-dan-menang-hadiah-misteri-rm1000.html

    ReplyDelete
  4. dari vendor yang sama ke gambar2 di atas? atau vendor2 berbeza?

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan baca caption pada gambar tapi sila baca entri

      Delete
  5. sama la... sebelum beli memang berminggu survey harga dulu..

    ReplyDelete
  6. Amboi, dah pandai 'main-main' kat Lazada sekarang yerk ^_^ Akak kalau nak beli apa pun memanglah cari offer paling murah untuk jenama yang sama. Tapi akak suka beli banyak-banyak sikit dan pilih yang COD aje semuanya.

    Jomlah kita main shopping-shopping online, Dik Suria! Kita kumpul banyak-banyak lepas tu kita proceed ^_^

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!