RESEPI SAMBAL TELUR PECAH BERDERAI PALING MUDAH

12.12.15 Suria Lekatlekit 3 Comments

RESEPI SAMBAL TELUR PECAH BERDERAI PALING MUDAH. Masakan jenis sambal sambal ni memang orang malaysia la paling win. Sebab orang malaysia tak kira apa bangsa sekalipun memang suka makan pedas. Sambal telur pecah ni memang senang nak buat cuma kalau tak kena cara dia kau akan berkampung dalam jamban la. Sebab bila guna cili kena masak betul2. Kalau cili tu kurang masak memang la dia ganggu sikit sistem penghadaman. Mau kering badan di buatnya hahaha... Tapi sebelum ada yang tanya kenapa sambal telur pecah berderai.. saja je nak bagi lain sikit nama menunya. Yang berderai telur putih jer.. hehehe


Aku ni kalau share resepi memang target aku untuk bebudak baru belajar masak atau bebudak bujang yang masih belajar yang boleh cut cost bila masak ni. Jadi pada anak anak dara yang baru di pinang tu nak buat persediaan untuk menjadi suri di dapur bila dah kahwin nanti.. Elok jugak la mula belajar resepi simple2 dulu. tak susah nak buat sambal telur pecah ni walau keenakkan dia sehingga menjilat pinggan. Bahan2 dia pun tak banyak..

Bahan dia cuma...
Cili kering
Telur Ayam
Belacan
bawang Besar
Asam Jawa
Minyak masak
Garam sebagai perasa

Cukup la tu...  Tak payah banyak2 kalau nak save budget katanya. Cara nak masak pulak

Rendam cili kering dalam air panas. agak kembang baru toskan. Pastikkan biji cili tu di asingkan yer. Kisar cili kering bersama bawang besar & belacan. Dah siap kisar halus bahan2 tadi panaskan minyak kemudian masukkan bahan kisar tadi. Tunggu sampai pecah minyak baru masukkan air asam jawa & garam. Dah sebati rasa pecahkan telur masukkan dalam kuali. Biar telur masak sekejab & hidangkan.

Kalau aku masak sambal ni cili memang aku masak lama sikit. Sebab nak pastikkan dia betul2 masak. Sampai hilang rasa cilik mentah tu. Tu baru betul cili betul2 masak. Senang kan nak masak sambal telur pecah ni.


Moral of the story.. Boleh la sapa2 yang tak pergi mana hari minggu sebab budget takde try masak sambal telur pecah ni. Tapi yang mana join perhimpunan AMENO tu hari ni makan mewah sikit la sebab dapat gaji limaploh hengget katanya. Boleh makan cikencop hari ni hehehe

3 comments:

  1. tajuk resepi comelnya..... teringin makan laksa dengan sambal sotong tu... tak rasa2 lagi camne rasanya...

    ReplyDelete
  2. saya selalu fail nak masak sambal sampai pecah minyak..huhu..pakai bawang hiris je cepat sikit..hehe

    ReplyDelete
  3. Amboi, sempat tu mengumpat kat bawah-bawah tu ^_^ Hahaha...

    Akak sukalah sambal tumis telur berderai mahupun tak berderai pecahnya. Paling win kalau kuning telur tu separa masak. Marbeleslah oi...

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!