TIPIKAL RAMBUT PONTIANAK & LANGSUIR

12/01/2015 08:04:00 PM suria lekatlekit 5 Comments

TIPIKAL RAMBUT PONTIANAK & LANGSUIR. On off je cerita seram kat blog lekatlekit.com sekarang ni. Yelah... Bila tak ada mood nak tulis cerita seram aku selalunya biarkan je segmen seram serik bersawang buat seketika waktu. Aku jenis tak suka paksa diri buat sesuatu yang memang aku tak ada hati nak buat. Malam ni walaupun sebenarnya ada cerita seram yang aku rasa macam best nak share tapi mood nak menyunting cerita2 tersebut belum pulang ke pangkal jalan jadi aku tulis je cerita yang tak perlu aku olah. Taip terus je katanya. Yelah.. sumber fresh dari kepala hotak dongga aku ni. Hahahaha

Sumber Google

Selalu je kita tonton atau baca kisah2 seram ni mengambarkan pontianak & langsuir ni spesis yang suka pakai baju putih lusuh & berambut panjang. rambut panjang tu takde la macam model2 iklan syampo bagai apatah lagi macam rambut yang siap di rebonding. Mesti di gambarkan rambut panjang, kusut masai..  tapi kalau hantu nak rasa rambut cantik bersinar, lurus & rapi boleh la buat rawatan percuma kat sini sempena krismas >> Percuma rawatan rambut  & hair revival kit sempena krismas. Cepat tengok << Kalau tersikat rapi dah tak berapa menghantui pulak orang yang tengok kan? So, tak fungsi pulak la dia jadi hantu tapi tak dapat nak menyakat orang. hahahaha.

Tapi sekarang kalau dalam filem seram watak hantu dah tak berapa nak hantu. Walau mata merah, muka pucat tapi rambut tetap rapi terurus... Kira tak comot dari hujung rambut sampai hujung kaki la berbanding cerita seram dulu dulu.. Kalau yang pegang watak hantu tu memang takde part kita tengok yang terurus dah. Bukan takat rambut, gigi pun tak pernah bersih. Tak lekat darah mesti lekat sisa makanan kotor. hahahaa. Almaklum la watak hantu selalunya berdendam. Hantu pun kalau dalam keadaan tak bahagia tak ada nafsu dah nak cantikkan diri. Jangankan nak tenyeh lipstik nak sikat rambut pun rasa macam angkat balak. Berat Ya Rabbi.

Itulah tipikal hantu asia atau melayu yang sampai sekarang pun masih di gambarkan dengan fesyen yang sama. baju putih, rambut panjang kusut masai, bertengek atas dahan pokok, terbang, tumpang kereta/ motorsikal orang. Tapi kalau hantu siam ada jugak yang rambut pendek tersikat rapi.. Tak caya tengok filem nang nak. Memang hantu dalam filem tu rambut pendek ala2 tomboy gitu. Tapi tetap watak hantu nang nak tu seram ya amat walau dia takde rambut panjang mengurai... Kesimpulannya watak hantu tak perlu tipikal dengan rambut panjang pun sebenarnya.. Kekuatan jalan cerita & effect2 lain yang menjadikan kisah seram tu penentu samada filem atau cerita tu berjaya membuatkan orang rasa takut atau sebaliknya.

Inilah filem seram yang aku dok cari dvd dia untuk buat koleksi tapi sampai hari ni tak jumpa orang jual. Filem ni aku memang pernah tengok tapi sebab filem ni filem yang best & seram, rasa best jugak simpan sebagai koleksi. sapa ada.. boleh la pm aku. tak nak la version baru mae nak tu.. Yang tu aku ada dvd dia. Yang tu filem dia walau best tak seseram filem nang nak ni.

Moral of the story.. lepas ni hope tak banyak cerita atau filem seram ni buat watak hantu yang tipikal sangat. Cuba buat kelainan sikit dalam watak hantu tu. Tapi jangan la sampai watak hantu di gantikan dengan asap putih atau bayang bayang jer.. Dah macam tengok filem documentari seram yang melibatkan aktiviti paranormal je. Filem2 camtu tak berapa taste sangat la aku. hahahaha

5 comments:

  1. Biasanya gantu kalau cute miut...comel...haaa tu last2 pontianak...hihi..
    Kalau hodoh...compang camping last2 rupanya orang gila..tak pun polis menyamar...huhu...

    ReplyDelete
  2. Mak mmg suka tgk cite seram Suria tp kalau tgk cite seram sorang sorang....ngeri jugak tu hihi...

    Lepas baca komen awak ni Suria, harus pening kepala tuan direktor filem nak reka cipta rupa pontianak alaf baru hihi..

    ReplyDelete
  3. klu video tape ade la kat kg...nak ke

    ReplyDelete
  4. Disebabkan hantu tu pakai baju putih lusuh, rambut panjang tak teruruslah Suria kita suka tengok cerita seram. Asal nampak dia muncul aje, kita dah terjerit sambil tutup mata dengan bantal busuk. Bayangkan kalau hantu keluar dengan baju jubah, lipstick merah dan kening tinggi tetapi muka maintain putih dek bedak sejuk, dah tentu-tentu kita give up nak tengok cerita seram lagi . Setiap kali hantu keluar, kita terkencing-kencing gelak. Apa kesnya....

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com