BANDAR PELIK & BERWARNA WARNI DI KOREA

30.9.15 Suria Lekatlekit 1 Comments

BANDAR PELIK & BERWARNA WARNI DI KOREA. Sebut pasal korea semua orang fikir artis kpop yang muka comel2 & anti aging katanya.mana tak anti aging kalau dah plastik. Jangankan berkedut ruam pun tak sudi singgah.atas plastik mana subur,ye dak? Hahahaha. Kang ada pulak peminat kpop serang kotak komen aku.



Aku bukan la nak cerita pasal kpop.retis korea yang aku ingat nama pun sorang je Jang nara tu pun pasal dulu aku suka tengok drama my love pazzi. Tapi nak cerita pasal tempat menarik & unik di korea.

Kat korea ada satu bandar yang macam berkonsepkan imaginasi. Bangunan2 kat situ selain dari berwarna warni,design dia pun unik. Jugak terdapat satu perkampungan di kawasan bukit yang pernah menjadi tempat pelarian mendapat perlindungan telah mengalami transformasi & kawasan perkampungan tersebut menjadi tarikan pelancong. Gila kau rak tertarik kalau kampung dah macam dalam kartun disney. Rasa macam di alam fantasi jer. Memang kreatif kementerian kebudayaan,sukan & perlancongan korea ni. Depa ni otak maybe comel2 je hahaha. Yang best ni nama bandar ni ada macam2 gelaran. Ada yang panggil Santorini korea,Machu Piccu korea & Lego Village. Mungkin konsep dia ala2 macam legoland la kot.

Bandar berwarna warni ni terletak di Daerah Busan yang terkenal sebagai bandar kedua terbesar di korea Selatan. Selain bandar unik ni,Busan jugak terkenal dengan pantai,kuil,gunung ganang yang cantik juga makanan laut yang sedap. Korang boleh tengok kat sini macam mana rupa bandar unik berwarna warni di Busan serta banyak lagi tempat menarik kat sana >> Tempat Yang Harus Di jadikan Destinasi Percutian Anda Di Korea <<

Jadi yang ada perancangan nak ke korea tu bolehlah senaraikan Busan sebagai salah satu tempat untuk di kunjungi. Alang alang dah sampai redah je la kesana, ye dak?

1 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

8 FUNGSI MAGIC SMARTPHONE YANG DIPERLUKAN MANUSIA

30.9.15 Suria Lekatlekit 0 Comments

8 FUNGSI MAGIC SMARTPHONE YANG DIPERLUKAN MANUSIA. Manusia sekarang dah jadikan telefon @ smartphone sebagai otak & nyawa kedua. Semua bergantung dengan smartphone. Kalau boleh depa nak hidup depan smartphone je tak payah guna kudrat untuk kemana mana atau buat apa apa. Walaupun teknologi smartphone semakin canggih namun tidak mampu memenuhi kehendak nafsu serakah manusia.


Kalau boleh manusia ni nak clik atau touch jer dari skrin keluar benda yang depa nak. Atau nak smartphone tu detect sendiri anasir2 jahat atau orang yang berniat tak baik atau menyusahkan tanpa perlu depa setting block bagai individu tertentu. Senang cakap smartphone tu boleh scan sendiri niat orang. Atau boleh sentiasa ingatkan mereka perkara perkara yang depa selalu lupa atau kena buat setiap hari.

Sebab Ramai manusia sekarang ada penyakit cepat lupa. Baru kejab tadi dia pegang telefon tak sampai 5 minit dia dah lupa letak kat mana.tu benda yang baru dia pegang kalau orang yang jarang jumpa lagilah susah nak ingat.Ada orang kadang2 punya la ramah dia bersembang padahal dalam rancak dia dok gebang otak dia ligat dok fikir sapalah orang yang dia tengah sembang.

Spesis macam ni kalau bontot dia boleh buka & pasang balik mesti bontot dia pun hilang sebab cepat lupa. Kalau la ada gadget yang mampu menjadi otak kedua untuk orang mudah lupa ni kan best. Masalahnya ada ke?

Walaupun tak semua ciri mustahil yang diperlukan manusia tu ada dalam satu jenama smartphone ni tapi sebahagian ciri mustahil yang di perlukan manusia tu ada direalisasikan fungsinya dalam smartphone ni. Nak tahu smartphone apa meh tengok kat sini >> 8 Perkara Yang Kita Harap Ada Dalam Fungsi Smartphone Kita Guna Sekarang <<
Nak tau apa ciri yang mustahil ada dalam smartphone lain tapi ada dalam jenama smartphone rajin2 la baca yer.

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

PENGAKUAN JUJUR BLOGGER GUNA SUSUK EMAS UNTUK CANTIK

30.9.15 Suria Lekatlekit 3 Comments

PENGAKUAN JUJUR BLOGGER GUNA SUSUK EMAS UNTUK CANTIK. Blogger mana ni yang guna susuk emas pulak. Gamaknya nak dapat banyak job advertorial kot sebab tu dia obses nak cantik. Perempuan mana tak nak cantik. Kalau Allah bagi pilihan orang boleh lukis macam mana rupa yang dia nak, gamaknya takde seorang pun melukis wajah dia supaya nampak buruk. Semua orang lukis muka dia yang dia nampak cantik walau orang lain tengok nampak buruk. Biasa la sebab cantik di mata setiap orang tak sama jadi apa yang kita rasa cantik belum tentu cantik di mata orang lain. Sebab tu Allah tak bagi kita kelebihan membentuk rupa macam kita nak sebab mungkin akan jadi huru hara. Ada orang dah bagi rupa manusia sanggup buat pembedahan supaya nampak rupa binatang gamaknya kalau boleh lukis2 muka macam dia nak tau la apa jadi.

Ni la contoh jarum emas yang di gunakan dalam aktiviti khurafat men'susuk' untuk cantik. Kau bayang benda2 camni tok bomoh cucuk2 dalam muka kau.

Berbalik kepada cerita blogger guna susuk emas nak cantik ni sapa gamaknya gerangan blogger tu. Ni jangan bagitau orang lain yer... Kita2 je tahu. Blogger tu aku la. Mesti ada yang mula muncung.. Rupanya lekat lekit pakai susuk emas. Bukan pakai tapi guna ok! Susuk emas tu bukan jenis cucuk2 masuk dalam kulit tu. Kena guna tok moh bagai.. Ni susuk emas dalam bentuk sabun. Kelas kau jah! Zaman sekarang nak bersusuk2 tak payah dah buat benda2 khurafat & syirik dah. Dah di formulakan dalam bentuk sabun gitu! Apa susah nak bersusuk untuk cantik sekarang kan? Senang & cepat. Tak menyakitkan atau menyeramkan ritual dia. Tenyeh2 kat muka dia segala susuk meresap masuk kedalam kulit. Khasiat dia membantu memulihkan & mencantikkan kulit katanya.


Aku dah guna sabun susuk emas ni lebih kurang sebulan. Selama ni asal bulan mengambang je nak menempek kat muka aku. Selain kat muka aku jugak guna pada tangan sebab ada kesan garu bekas alergik. Pepaham je la kalau alergik ni silap makan jenuh bergaru. Lepas bergaru dah tentu tinggal kesan parut. Alhamdulillah cepat pudar parut bekas garu ni & bila makan seafood pun dah kurang gatal. Kat muka aku ni walau dah tak subur dengan jerawat tapi ada lagi parut bekas jerawat yang serius dulu. Serius parut jerawat ni pun bukan senang nak hilang. Hasilnya selepas seminggu memang bukan setakat jerawat tak tumbuh.. parut2 degil pun nampak pudar & pori2 yang terbuka pun banyak dah tertutup.

Ni bukan lantai jubin bercorak ok. Ni la perbezaan kulit wajah aku bahagian pipi dulu & sekarang. Gambar ni selepas seminggu aku guna sabun susuk emas. Episod sedih muka penuh parut2 jerawat yang mekar berbunga tu kini semakin berakhir. Salah satu produk yang membantu membantutkan jerawat seterusnya tidak menghasilkan parut baru & merawat parut lama adalah sabun susuk emas. Penting ok menghalang jerawat dari tumbuh barulah tak jadi parut. Bila tak banyak parut jimat la concealer & foundation katanya. 

Mula2 pakai tu rasa merenyam (gatal macam resdung) kat bahagian hidung & mata. Lepas dua tiga hari gatal2 tu hilang. Mungkin sebab resdung jugak kot. Almaklum la masalah alergik & jerawat ni memang ada kaitan dengan resdung kan. Jadi aku rasa sabun ni pun boleh menyelesaikan masalah resdung jugak la. Sebab lepas aku pakai memang rasa gatal2 tu dah takde. Mata aku pun tak selalu merah lagi. Mungkin kandungan herba yang ada dalam sabun ni secara tak sengaja mampu merawat masalah resdung. Ni kira bonus jugak untuk aku lepas guna sabun susuk emas.

Antara testimoni yang berjaya menggunakan sabun susuk emas

Sabun susuk emas ni berasaskan kunyit. Kalau korang nak tau khasiat kunyit ni bukan saja mampu menyembuhkan jerawat malah menghalang jerawat dari tumbuh. Sebab tu orang india suka pakai kunyit kat muka. Tapi kita kalau nak pakai kunyit kat muka memang tak la kan?? Tak tau bila kesan kunyit tu nak hilang. So bila di formulakan dalam bentuk sabun macam ni takde la kita was was nak guna sebab tak meninggalkan kesan kuning pada wajah.


Kelebihan produk ni bukan untuk masalah jerawat jer tau... No no.. ia jugak berfungsi untuk mereka yang ada masalah celah ketiak,peha & belakang leher hitam. Boleh juga di gunakan sebagai feminim wash. Korang sabun je guna sabun susuk emas ni Insya Allah ramai yang membuktikan ia berkesan. Kenapa ia di namakan sabun susuk emas sebabnya kalau korang guna muka boleh nampak flawless bersinar bak emas. Tak payah lama2 nak nampak hasil paling lama try seminggu. Selain tu ia jugak mampu mengurangkan kedutan & kesan2 penuaan. Bukan saja boleh di guna pada muka malah seluruh badan. Sabun dia pun bukan jenis cepat cair macam kebanyakkan sabun pencuci wajah yang lain. Lasak macam sabun cap kapak katanya hahahaha. Tapi tetap kena simpan dalam bekas tertutup agar sentiasa bersih. Sesuai di gunakan untuk lelaki & perempuan.


Cara guna pun senang... macam biasa basahkan muka & tangan. Ambil sabun susuk emas gosok2 sampai jadi buih. Lepas tu gosok2 kemuka biarkan lebih kurang 10 minit kemudian cuci. Lepas cuci korang boleh rasa muka bersih & segar sangat. Sebaiknya guna 2 - 3 kali sehari untuk mendapatkan hasil yang cepat & memuaskan

Sabun susuk emas ada free trial tau kalau korang nak cuba dulu cuma perlu bayar postage. Sekarang ni mereka memerlukan 10 org yang mempunyai masalah kulit untuk test power produk ni & boleh berkongsi gambar testimoni selepas menggunakan. Untuk yang nak beli 25 orang terawal yang order selepas baca entri ni (mention je dari blog lekatlekitstory) akan dapat free postage. Tapi kena mention blog lekatlekitstory tau! Tak mention tak dapat la offer tu.

Kalau korang rasa minat nak cuba free trial, atau nak rebut jadi testimoni untuk 25 orang yang ada masalah kulit atau korang malas la nak tayang2 muka tapi nak try produk ni dengan membeli sendiri  atau nak jadi agen/pengedar korang boleh rujuk di 

Facebook : Sabun Susuk Emas
Call/Sms/Whatsapp : 012 3995719 / 019 2172510

Cepat dapatkan sabun susuk emas ni. Bukan sahaja berkesan pada masalah kulit malah banyak tawaran hebat & menarik.

Moral of the story.. Jom bersusuk tanpa perlu cocok cocok.Susuk tanpa amalan khurafat & syirik katanya. 

3 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

AWAS! 10 BENDA TAMAT TEMPOH YANG KITA GUNA TANPA SEDAR

29.9.15 Suria Lekatlekit 0 Comments

AWAS! 10 BENDA TAMAT TEMPOH YANG KITA GUNA TANPA SEDAR. sapa kat sini selalu suka beli stok telur banyak2. Paling sikit pun selalunya 1 papan kecik yang ada 10 biji tu buat stok dalam peti ais. Yang family besar mungkin lebih banyak. Yang jenis hantu raya stok telur tak risau sangat tak habis sebab memang favourite spesis hantu raya la telur2 ni kan tapi yang jenis sibuk manjang. Jangankan telur kadang2 gas pun setahun sekali baru tukar sebab tak habis habis.


Kita anggap telur yang tak di eram oleh ibu ayam ni dah takde istilah tembelang atau busuk la. Nak2 lagi di simpan dalam peti ais jangka hayat dia jadi lebih panjang. So, bila2 nak makan pun tak risau even telur tu dah 2 @ 3 bulan terperap dalam peti ais. Alah baru 3 bulan katanya.. bila pecah elok je sifat dia, takde hal la nak makan.

Ramai yang tak tahu tarikh luput telur tu berapa lama. ramai yang anggap selagi sifatnya tak berubah selagi tu dia masih elok dimakan. Macam tu jugak dengan barang2 kegunaan harian kita yang lain seperti berus gigi, span mandian, bantal, span cuci pinggan, pisau cukur tu kalau selagi tak tumpul selagi tu la dia guna termasuk alat solek. Benda tu kita guna selagi boleh sampai tak sedar sebenarnya dah melepasi tarikh luput walaupun nampak masih elok tapi sebenarnya sangat bahaya.

Kenapa setiap barang tu ada tarikh luput? Bukan sesaja nak suruh kita tukar untuk melariskan jualan mereka tapi sebab setiap benda tu walau baik untuk kesihatan tapi bila usianya dah terlalu lama ia boleh memudaratkan balik sebab tu setiap benda atau makanan tu ada tarikh luput untuk memastikan keselamatan pengguna.

Jadi penting sangat kita tahu jangka hayat setiap benda yang kita guna termasuk telur. Ramai yang salah anggap dengan tarikh luput telur ni sebab tu ada yang masih makan telur yang dah expired tanpa sedar. Jadi kalau korang nak tahu berapa lama telur boleh di simpan & jangka hayat barang2 keperluan harian yang selalu kita guna setiap hari meh baca kat sini >> Inilah 10 Benda Yang Kita Guna Tanpa Sedar Ia Sudah Melepasi Tarikh Luput <<

Sangat penting kita menukar setiap barang kegunaan harian kita bila sampai tempoh sebab semua barang2 tu melibatkan kesihatan kita. Kalau kita terus guna tanpa tukar tak mustahil kita boleh menyebabkan kita terkena jangkitan yang merbahaya.

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

BUKTI ORANG BANDAR RAMAI YANG MASIH KOLOT

29.9.15 Suria Lekatlekit 3 Comments

BUKTI ORANG BANDAR RAMAI YANG MASIH KOLOT. Zaman sekarang ramai yang mengaku diri mereka urban walaupun tak urban mana pun. Tetiba pindah dok key el terus label depa tu dah kategori urban. Orang key el pun bukan semua jenis urban ada yang masih berpegang teguh pada ajaran agama & adat membuatkan ada yang nampak depa macam kolot. Yelah.. persepsi orang sekarang tak pandai bergaya, tak pandai gayakan anak dengan fesyen terkini & buat aktiviti2 macam orang 'bando' tu kategori kampung @ kolot.


Bila mentaliti kita dah set orang bandar mesti yang nampak trendy & hidup dengan gaya urban sampai kadang2 kita nampak yang jenis kolot tu semua datang dari kampung. Padahal ramai kot yang nampak hidup dengan gaya urban & nampak trendy tu datang dari kampung. Tak semestinya kena pindah duduk bandar baru gaya hidup berubah macam orang bandar. Zaman sekarang info di hujung jari. Apa yang takde kat kampung boleh jer dapat secara online walau hangpa duduk kat ceruk mana sekalipun. So, takde alasan orang kampung sekarang tak boleh ikut trend.

Sebab tu aku kata orang bandar ramai masih kolot bila masih ramai yang anggap kolot itu datang dari kampung. Orang bandar spesis macam tu nampak kolot  sebab sinonimkan orang kampung dengan kolot. Orang yang rasa semua orang kampung ni kolot bagi aku depa double kolot dari orang kampung sebab tak up to date tentang perkembangan orang2 kampung sekarang. Selain tu sekarang ni aku tengok ramai (bukan semua tapi banyak) orang bandar pulak yang percaya dengan bomoh, pawang bagai sampai sanggup cari BOMOH yang kebanyakkan mengamalkan amalan khurafat & syirik ke serata ceruk pendalaman asalkan hajat mereka tercapai dengan cara pantas. Orang2 ternama pun ramai yang suka guna khidmat bomoh ni. gaya hidup urban & trendy tak main la bomoh2 kan. Orang kolot je masih percaya dengan amalan2 kuno macam tu.

Tapi paling aku tak setuju yang kaitan orang yang berpegang teguh dengan ajaran agama tu kolot. Yelah.. cara mereka berpakaian kalau ikut syariat ni memang tak berapa fashionista la katanya tapi tak bermakna mereka dalam golongan kolot. kalau kata orang2 macam ni datang dari kampung maka aku bangga jugak la sebagai orang kampung. Terbukti orang baik2 banyak datang dari kampung hehehe.. Bukan aku kata tapi persepsi sesetengah orang yang kata macam tu walau spesis macam ni nampak golongan ni kolot tapi sebenarnya mereka sedang memberitahu orang lain yang alim2 banyak datang dari kampung.

Yang paling buat aku nak tergelak kadang2.. Ramai para ibu yang mengiktirafkan diri mereka urban mummy. Orang kata tetap trendy walau dah jadi mak mak. konon trendy & up to date padahal aku tengok dari perangai sampai ke gaya hidup takde nampak urban sangat pun. Ada jugak ciri2 kolot yang masih di amalkan. Setakat pakai legging ketat tu belum nampak trendy & urban lagi. Kalau betul yang rasa diri tu urban mummy sangat ada ke buat 5 perkara ni >> 5 Ciri ciri Ibu Yang Trendy & Up to date <<

Moral of the story.. Yang membezakan seseorang tu masih kolot atau sudah moden cuma satu. Cara berfikir & membuat keputusan. Tak guna dressing macam retis tapi berfikir mengalahkan orang zaman paleolitik. Tapi sekarang ramai jugak yang dressing macam orang zaman batu sebab banyak retis sekarang suka berfesyen macam orang zaman batu. hahahaha

3 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

RAHSIA BUANG STICKER ROADTAX TANPA TINGGALKAN KESAN GAM

29.9.15 Suria Lekatlekit 3 Comments

RAHSIA BUANG STICKER ROADTAX TANPA TINGGALKAN KESAN GAM. Sapa yang pakai kereta rasanya mesti ada masalah nak buang sticker yang melekat kat cermin macam sticker wajib lekat roadtax tu. Tak lekat kang kena saman tapi tu la masalah bila renew nak buang sticker lama yang masalah. Sebab kesan gam pada sticker tu susah nak tanggal kalau kita tak tau cara nak buka sticker lama tu.

Kesan gam yang biasanya melekat selepas kita tanggalkan sticker pada cermin kereta.
Walaupun aku bukan spesis manusia yang pandai drive jauh sekali aku ada kereta & kena renew roadtax tapi tak semestinya aku tak boleh nak tolong pengguna2 kereta yang lain. Memang la nak ajar hangpa repair enjin aku tak mampu. Bawa kereta pun tak reti mustahil la pandai repair enjin kan?? Tapi untuk masalah nak membersih kereta ni boleh la jugak aku bagi tips.

Tips kita untuk hari ni cara membuka sticker roadtax di cermin kereta tanpa meninggalkan kesan gam. Sebab ada yang malas nak buka sticker roadtax sebab mesti lekat kesan gam tu depa susun jer roadtax kat cermin kereta sampai yang berpuluh tahun dulu pun dok melekat lagi. Polis nak check roadtax pun jenuh baca satu persatu. Lepas ni tak perlu malas2 lagi nak buka sticker roadtax lama. Caranya korang boleh tengok kat sini >> 8 Cara Paling Senang Untuk Buka Sticker Road Lama Pada Cermin kereta <<

Bukan aku taknak taip cara2 nak buka sticker roadtax tu tapi kalau aku taip confirm la 8 cara tapi cerita macam 80 cara nak buka sticker roadtax. Aku punya mukadimah jer dah boleh buat cerpen katanya. Jadi untuk tak buat korang mengantuk & boleh belajar dengan cepat baca la kat link aku bagi tu yer.

Moral Of the story.. Sesungguhnya kereta yang terlampau banyak tampal sticker yang paling hodoh bagi aku. Bagi pandangan aku yer bukan pandangan biji mata orang lain.

3 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

PERKARA PALING BAHAYA ORANG BUAT MASA JEREBU

29.9.15 Suria Lekatlekit 4 Comments

PERKARA PALING BAHAYA ORANG BUAT MASA JEREBU. Musim jerebu kembali lagi tahun ni. Tak mustahil tahun depan pun still ada lagi. Semalam bacaan IPU berada di paras bahaya & banyak sekolah di tutup atas faktor kesihatan. Aku ada kat kampung yang memang totally bebas jerebu. Rasa bahagia sangat sebab kulim kedah takde jerebu cuma hujan jer. Hujan tu la men Nyah kan jerebu dari muka bumi kulim. Nasib baik sampai ke sini semalam jerebu dah kurang.


Bila jerebu melanda ramai orang mula jatuh sakit, merungut, marah kepada negara yang menyebabkan jerebu. Walau depa tau jerebu tu bahaya untuk kesihatan tapi ramai nampaknya tidak kisah sangat la pasal kesihatan diri sendiri. Buktinya ada orang boleh buat rutin harian macam biasa macam tak ada jerebu tanpa ambil langkah keselamatan untuk mengelakkan risiko jatuh sakit akibat asap jerebu. Inilah 5 perkara yang kalau tak buat di waktu jerebu sangat bahaya pada kesihatan tapi ramai yang pilih untuk tak buat walau bukan susah sangat nak buat. Nak tau apa 5 perkara yang sering kita ambil mudah semasa jerebu meh baca kat sini. Adakah anda tergolongan dalam golongan yang degil suka jugak buat benda ni >> 5 Perkara Paling Teruk Orang Buat Semasa Musim Jerebu <<

Walau macam2 pesanan melalui media massa, elektrik, elektronik di buat untuk memberi tips kesihatan semasa jerebu melanda tapi macam biasa la.. tengok.. dengar & keluar ikut telinga kiri. Bila dah sakit mula la rasa betapa nikmatnya sihat & menyesal tak ambil langkah keselamatan dari awal. Inilah manusia dah terhantuk baru tergedik katanya.

Moral of the story.. aktiviti luar yang tak penting tu tak payah la buat di waktu jerebu ni. Takpe la berkurung dulu dalam rumah macam aku ni. Biar mereput bosan dalam rumah jangan meraung sakit sebab jerebu.

4 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

KISAH BENAR MISTERI SERAM DI SEBALIK PEMBANGUNAN CYBERJAYA

25.9.15 Suria Lekatlekit 5 Comments

KISAH BENAR MISTERI SERAM DI SEBALIK PEMBANGUNAN CYBERJAYA. Raya kedua dah bersegmen seram serik lekat lekit. Mesti la blog puaka kena ada cerita seram nanti peminat lari atau komplen. Jadi sebagai menjaga hati peminat cerita seram di blog lekat lekit ni malam ni den nak membongkar rahsia seram misteri di sebalik cyberjaya.


Mungkin ada yang tak tahu cyberjaya sebelum di bangunkan adalah kawasan ladang kelapa sawit yang berkeluasan 2,890 hektar dan terletak di daerah Sepang, Selangor. Menurut sumber, ladang kepala sawit (Cyberjaya) ini merupakan ‘perkampungan’ bagi makhluk-makhluk lain atau lebih senang paham penempatan makhluk halus @ ghaib la. Tapi dengan rakusnya tempat tu di rampas manusia untuk pembangunan menyebabkan selepas di bangunkan dengan pesat pun masih lagi berlaku kejadian kejadian mistik & seram kat situ. Maybe makhluk tu marah la kot.. abis kampung depa di ranapkan untuk dijadikan penempatan manusia.

Katanya semasa proses nak di bangunkan tempat tu pihak yang terlibat dalam membangunkan cyberjaya ni terpaksa guna khidmat mereka yang bergelar 'Ustaz' untuk memindahkan makhluk ghaib ni ke tempat lain. Masa awal-awal Putrajaya dan Cyberjaya dibuka,agak lama jugak masa di ambil untuk orang datang tinggal kat situ. Katanya ada kaitan dengan kisah mistik yang berlaku disitu yang di sebabkan penghuni tak nampak. macam macam versi kisah seram yang di ceritakan dari mulut ke mulut. Katanya pernah berlaku kejadian seram di salah sebuah sekolah kat situ. Kalau korang nak baca kisah tu boleh baca kat sini >> Kisah Benar..Misteri Yang Berlaku Sebelum Cyberjaya Dibangunkan <<

Ada yang menafikan kejadian seram yang berlaku kat situ tapi sejauh mana kebenarannya hanya Allah sahaja yang tahu. Kita sedia maklum hutan adalah penematan makhluk ghaib mungkin cyberjaya pernah jadi perkampungan mereka & mungkin jugak tidak.

Moral of the story.. Sedarlah manusia berapa banyak hak makhluk lain hendak di rampas untuk pembangunan. Dan berapa banyak manusia nak melakukan kerosakkan di bumi Allah ni? Sesungguhnya manusia tidak akan pernah puas sampai kiamat.

5 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

MAJLIS ANUGERAH UNTUK BLOGGER & PENGGUNA MEDIA SOSIAL

25.9.15 Suria Lekatlekit 0 Comments

MAJLIS ANUGERAH UNTUK BLOGGER & PENGGUNA MEDIA SOSIAL. Kalau nak merasa macam retis berjalan kat red carpet boleh la korang join majlis anugerah ni. Jangan ingat aktif di media sosial tak bawa pengaruh ok! Sekarang ni bukan retis jer ada majlis anugerah untuk mengiktiraf bakat & pengaruh mereka malah sesiapa saja boleh terlibat dalam majlis anugerah termasuk blogger & pengguna laman sosial yang berpengaruh. Kalau blogger rasanya dah tau kewujudan DiGi WWWOW Awards ni. Tapi kalau baru terjebak dalam dunia blog mungkin tak tahu tentang anugerah ni. Sesiapa saja boleh calonkan diri kalau rasa yakin.


Kini DiGi WWWOW Awards kembali mencari calon2 baru. Kalau blogger rasanya untuk kategori Independent Publisher. tapi DiGi WWWOW Awards ni bukan anugerah untuk blogger jer tau, untuk yang ramai pengikut di media sosial macam Facebook, twitter & Instagram pun boleh cuba nasib dalam kategori Social Influencer. Ataupun yang menjalani perniagaan secara online pun ada kategori yang korang boleh calonkan diri. Pendek kata sesiapa saja yang aktif di laman sosial boleh calonkan diri dalam DiGi WWWOW Awards ni kalau yakin. Macam mana korang nak calonkan diri. meh tengok kat sini >> Digi WWWOW Awards 2015 <<

Apa yang menarik tahun ni adalah admin Beautifulnara adalah salah seorang Juri untuk Digi WWWOW Awards tahun ni. Wah Abang Nara


Inilah wajah admin Beautifulnara. memang takde rupa macam Jang Nara Pelakon Korea tu. hahaha

Jadi kalau korang nak rasa macam retis ke majlis Anugerah penuh glemer macam ni boleh je mencuba nasib. Kita tak tahu kan rezeki tu milik siapa tapi tak salah mencuba. Kalau kalah mungkin jadi satu pengalaman yang berharga untuk di jadikan panduan di masa akan datang keranaDiGi WWWOW Awards ni rasanya setiap tahun ada kalau tak silap. Inilah masanya menyerlahkan diri anda kepada umum.

Jangan la tanya aku, calon ke tidak dalam DiGiWWWow Awards ni. Aku almaklum la low profile & tak minat dengan majlis anugerah ni. Kang calon diri menang pulak jadi blogger retis tak sanggup diri ini jadi sasaran papa & mama razi. Mesti statement ni ramai yang rasa nak ludah lutut aku kan? hahahaha... Takde la rasa belum cukup confident lagi nak calonkan diri.

Jadi sesiapa yang rasa nak mencuba boleh jer try. Tak kisah la blogger tahap retis ke atau picisan cuba je bukan kena bayar ye dak?? Jadi selamat mencuba buat semua.

 Yang menarik mesti baca
Nak tengok tempat paling berwarna warni di korea jom baca kat sini >>  INILAH PERUMAHAN PALING BERWARNA WARNI DI KOREA

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

RESEPI LAKSA GORENG KORBAN

25.9.15 Suria Lekatlekit 2 Comments

RESEPI LAKSA GORENG KORBAN. Amboi laksa pun kena korban jugak kan? Yelah.. pengorbanan sebungkus laksa yang tak habis katanya. Nak buang benda elok boleh di makan tapi di sebabkan kuah dia dah habis maka marilah kita cuba resepi baru yang tak berapa baru sangat, laksa goreng. Kenapa korban?? selain sebab bersempena hari raya korban aku goreng laksa ni ia jugak merujuk kepada laksa yang lebih di korbankan dalam kuali untuk di goreng. Apa2 je la nama resepi janji tak sedap ye dak??

Inilah laksa Goreng Korban aku. Aku guna laksa jenis bihun yang kecil even label kat plastik dia tulis laksa beras, Sumpah takde langsung rasa laksa beras. Rasa laksa biasa jer.
resepi ni sangat mudah. Sesuai untuk orang2 bujang, pelajar IPT yang dok menyewa atau mak2 yang busy mengalahkan perdana menteri. Sebab laksa goreng ni boleh di jadikan menu sarapan yang simple,senang & sedap.

Tak susah nak masak dia.. Bahan2 yang di perlukan jugak tak banyak. Aku cuma guna
Laksa yang siap rebus & dah lembut
Cili giling yang ready made (boleh beli kat mana2 pun ada jual)
kicap manis
kicap masin
serbuk perasa (tak wajib)
telur
Timun
bawang besar
bawang putih
Daun Selom (lebih masa buat laksa berkuah haritu)
telur

Inilah rupa daun selom. memang orang utara kalau masak laksa akan makan bersama daun ulaman ni sebab susah nak cari orang kebanyakkan ganti dengan daun salad. Tapi lebih sedap makan laksa dengan daun selom. Sumber Google

Cara2 nak buat dia pun sangat senang..
Tumis bawang merah & putih
Masukkan cili giling tu ikut suka la banyak mana nak masuk. Agak2 cukup bagi rasa.
Masukkan kicap manis & masin
serbuk perasa
Pecahkan telur. Kacau hancur
Masukkan laksa rebus & gaul hingga sebati
Last sekali masukkan timun yang di hiris memanjang macam nak makan dengan laksa berkuah,bawah mentah,daun selom (yang biasa orang makan dengan laksa berkuah)
Gaul sekejab & tutup api. Jangan lama2 masak bila dah masuk sayuran ulaman tadi. Kalau boleh dah siap masak laksa baru gaul sebati bahan ulaman tu

Dah siap..

Kalau korang spesis pemakan pedas tahap macam ni >> Ciri2 orang yang suka makan pedas giler << Boleh tambah cili padi. Yelah.. jenis pemakan pedas ni kadang2 makan roti pun depa nak ada rasa pedas inikan makan benda2 goreng macam ni. Tu sebab stok perasa2 yang pedas sentiasa ada dengan mereka atau kalau makan kat mana2 even makan western food pun dia request cili padi. Kalau nak tahu korang betul2 penggemar makanan pedas baca la kat link tu. Sebab setakat makan sambal tumis belum kategori orang yang obses dengan makanan pedas.

Apapun kalau ada lebihan laksa yang dah rebus tu tak tau nak buat apa jangan buang. Transferkan dia menjadi laksa goreng yang sedap, cepat di masak & sedap di makan.

Yang menarik mesti baca
Nak tengok tempat paling berwarna warni di korea jom baca kat sini >>  INILAH PERUMAHAN PALING BERWARNA WARNI DI KOREA

2 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

PENGALAMAN TENGOK HIGHLAND TOWER SECARA LIVE

25.9.15 Suria Lekatlekit 1 Comments

PENGALAMAN TENGOK HIGHLAND TOWER SECARA LIVE. walau aku dah lama bermastautin kat sini tapi tak pernah sekali pun aku tengok highland tower secara live. Selain dok baca cerita dia kat internet.. hanya tengok tv jer bangunan highland tower yang terbiar usang & menyeramkan. Tapi semalam hari raya pertama rezeki dapat tengok highland tower secara live dengan 2 bijik mata aku ni.

Mesti ramai nak tanya ada nampak apa2 entiti yang menyeramkan ke kat highland tower tu. Tak dan aih.. nak memburu entiti seram kat situ. Depa pun tak dan sempat menunjukkan diri untuk dapat publisiti kat blog lekat lekit ni sebab aku tengok pun dari jauh ja dari atas jalan. Husband aku la tunjuk tu la highland tower. Ada dua lagi bangun yang tak menyembah bumi yang aku nampak dari jauh. Punya la excited sebab selama ni memang aku tak pernah tengok secara live bangunan highland tower ni. tak tau la laki aku tak pernah bawak aku lalu jalan tu atau aku yang spesis memang tak pernah ingat jalan & maybe aku pernah lalu cuma aku tak perasan highland tower tu.

Views macam ni je aku nampak dari atas jalan

Menurut geng2 paranormal katanya highland tower dah tak berapa menyeramkan sebab kehadiran makhluk2 halus semakin kurang dah kat situ. Depa pun cemuih gamaknya nak menyakat orang dok mencari sangat depa. Tak adventure sangat dok tunjuk kelibat kat orang2 yang memang nak tengok depa kan?

Tapi setakat hantu kat Malaysia ni dah tak rare. Bersepah dok ada. Dari hutan belantara gunung ganang sampai kat bandar besar macam KL,merata dia ada. Lain la tetiba star wars yang ada kat Malaysia ni tu baru rare. Gamaknya kalau star wars bertempat kat Malaysia ni la yang jadi kan?? >> Inilah 13 Perkara akan berlaku kalau Penempatan Star Wars di Malaysia << Memang tak boleh blah sungguh sapa yang buat artikel ni. Ada ke dia kata kalau star wars bertempat kat Malaysia confirm Yoda ada berjaya menjadi penasihat Dato Seri Najib. Kojaq sangat tau. hahaha

Moral of the story.. tak kira la hantu ke star wars kita tak boleh taksub sangat even kita minat dengan perkara2 mistik & pelik ni. Orang nampak aku macam taksub jer tapi sebenarnya lebih kepada sekadar hiburan cuma apa yang wujud kita tak boleh menafikan kewujudannya kalau dalam Al Quran pun dah tercatat kisah kewujudan mereka. Tak payah nak rasa urban sangat dengan menolak dari mempercayai makhluk ghaib. Sesungguh tak urban tapi nampak banggang.

Yang menarik mesti baca
Nak tengok tempat paling berwarna warni di korea jom baca kat sini >>  INILAH PERUMAHAN PALING BERWARNA WARNI DI KOREA

1 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

INILAH RUPA SAMBAL BELACAN ORANG BRUNEI

24.9.15 Suria Lekatlekit 1 Comments

INILAH RUPA SAMBAL BELACAN ORANG BRUNEI. Hari raya pun kau ada masa nak beronline & update blog yer lekatlekit. Biasa la kalau tak balik kampung banyak free time. Siang tadi dah keluar beraya rumah mertua, selayang mall, guardian,round jalan2 kat KL.. lalu depan highland tower & makan kat subways. Malam balik rumah siap2 mandi semua habis kan laksa sotong aku buat untuk menu raya haji lepak2 depan pc maka merayau la jari clik sana sini. Kebetul terbaca artikel best nak share, maka terjadilah entri ni.


Kalau dah nama melayu ni kan tak kira warganegara dia punya citarasa memang tak jauh beza. Orang Melayu ni memang terkenal dengan makanan bercili, berbelacan & pedas. Nak2 lagi jenis melayu kawasan utara katanya. Tak pedas tak utara la. Orang brunei pun majoriti orang melayu jadi kalau depa pun suka makan sambal belacan tak pelik sangat cuma resepi sambal belacan orang brunei ni lain sikit.

Kita buat sambal belacan takde masak2 atas api dah. main belasah sampai lumat dalam lesung batu jer tapi orang brunei lain sikit sambal belacan dia ada step kena masak atas api jugak. Kalau nak tau macam mana orang brunei buat sambal belacan & resepinya sekali boleh tengok kat sini >> Cara nak buat sambal belacan & 9 jenis sambal yang lain << Bukan je ada resepi sambal belacan brunei malah ada 9 jenis lagi berbagai resepi sambal. Nak masak tak payah google banyak2 dah. Kau clik je kat link aku bagi bersepah resepi sambal dari utara,pantai timur, selatan & luar negara.

Sambal Belacan Brunei. Menyelerakan tak??

Manalah tau.. hari raya nak buat masak2 jamu tetamu yang datang takde idea boleh la list kan sambal2 ni sebagai salah satu menu. Makan nasi dengan sambal memang membangkitkan selera katanya

1 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

WATAK YODA FILEM STAR WARS JADI PENASIHAT DATO SERI NAJIB

23.9.15 Suria Lekatlekit 2 Comments

WATAK YODA FILEM STAR WARS JADI PENASIHAT DATO SERI NAJIB. Malam raya gigih update blog kelas sangat kau lekatlekit. Biasa la kalau raya kat bando katanya takde apa sangat nak buat. Masak sikit2 dah settle. Tak balik raya haji kali ni sebab minggu depan nak balik sebab adik den nak nikoh. So, raya sini dulu la..


Bila tak balik raya maka banyak masa terluang la aku kat rumah ni. Bila masa terluang rajin pulak membaca. Almaklumlah membaca kan jambatan ilmu. Tapi terbaca satu artikel ni buat aku tergelak sorang sorang. Aduhai... kesah dogeng jer tapi kelakar pulak. Kesahnya kalau Malaysia adalah tempat tinggal star wars.

Yang paling tak boleh blah.. katanya watak Yoda mesti jadi penasihat pada Dato Seri Najib, PM kita tu. kojaq sungguh lawak kak Shah rukh katanya. Kenapa Yoda?? Sebenarnya aku tak tahu sangat pasal filem star wars ni. Tak tau watak makhluk biru bernama Yoda macam mana. Kenapa dia sesuai jadi penasihat PM pun aku tak sure tapi macam kelakar sangat.

Tu salah satu contoh kalau Malaysia sebagai penempatan makhluk2 dalam filem star wars. Ada 12 lagi perkara yang akan berlaku kalau star wars bertempat di Malaysia. Serius boleh hilang sedih sekejab tak balik raya bila baca artikel ni. Serius lagi kelakar dari Amran fans. Tak caya korang baca kat sini >> 13 Perkara Akan Berlaku Jika Penempatan Star Wars adalah Di Malaysia <<

Sapa lah punya kerja buat artikel merapu ni kan??? Ada2 jer nak buat orang pecah perut. Apapun artikel2 macam sekadar untuk hiburan jer. Hidup kita memang perlu sesuatu yang boleh buat kita gelak.

Moral of the story.. Masa kita sedih kita perlu cari perkara yang mengembirakan. Jadi sapa2 sedih tak dapat balik raya meh baca artikel ni. Selamat Hari Raya Aidiladha. Maaf Zahir Batin

2 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

CIUM DAHI AWEK SAMBIL SELAWAT & NIAT PETUA HUBUNGAN KEKAL

23.9.15 Suria Lekatlekit 6 Comments

CIUM DAHI AWEK SAMBIL SELAWAT & NIAT PETUA HUBUNGAN KEKAL. Zaman budak budak semakin kreatif ni kita yang dah masuk zon makcik makcik pun jadi seriau dengan amalan amalan baru depa cipta. Nak2 lagi zaman media sosial yang mudah nak sebarkan sesuatu. Kalau yang tersebar tu baik.. maka baik la jadinya tapi bila yang tersebar tu bunyi macam islamik jer tapi sangat menyesatkannya cara tu yang bahaya.


Terjumpa satu post yang mula di viralkan seorang budak perempuan belasan tahun bagi petua hubungan kekal. Mula2 memang rasa nak gelak tapi bila terfikir sejenak bahaya jugak post dia ni. Boleh memesongkan rakan sebaya. Dari mana dia dapat petua sesat macam ni gamaknya. Mencampur adukkan yang betul dengan yang salah. Selawat tu bagus tapi bukan la di susuli dengan perbuatan yang salah macam mencium dahi awek. Nama pun awek confirm la tak ada hubungan yang sah & halal untuk bercium macam tu.

Tak tau la apa yang mendorong dia confident sangat post benda benda macam tu. Ni kalau mak dia baca confirm berbirat kaki kena sebat ke mak dia tak kisah tak tau la. Sebab mak bapak sekarang dah open minded katanya. Apadahal anak2 cium dahi dengan couple memasing.


Cuma tu la akak nak pesan pada hadik2 yang comel... Sebelum percaya ajaran2 atau amalan2 pelik yang di sampaikan oleh rakan sebaya sila rujuk ustazah dulu. Kalau dah budaya bercouple pun tidak di galakkan apatah lagi petua bercium dahi sambil selawat & niat. Umur muda takpe tapi jangan otak jadi terencat yer percaya benda2 mengarut macam tu.

Apa yang berlaku mungkin salah didikan jugak sebab tengok dari perwatakkan macam budak sangat minah ni. Sebab tu pentingnya kita tahu cara yang betul untuk membetulkan atau memberitahu sesuatu pada anak anak dari peringkat kanak kanak lagi untuk mendidik mereka cara berfikir dengan betul. Tapi jangan kata orang lain aku sendiri pun banyak buat salah bila bercakap dengan anak & aku yakin 100% semua kita memang buat kesilapan yang sama bila menjawab atau memberitahu sesuatu pada anak walau kita anggap cara kita selama ni dah betul. Ini terbukti dengan artikel ni. Korang boleh baca kat sini >> Bukti cara kita bercakap dengan anak salah selama ni <<

Moral of the story.. Mungkin budak ni dapat petua mengarut dari kawan kawan dia sendiri & tak mustahil dia sendiri yang ciptakan petua tu berdasarkan logik akal dia sendiri. yelah.. maybe dia fikir kalau niat yang baik di sertakan dengan bacaan selawat tu Allah perkenaankan hajat mereka kot untuk kekal couple. Yelah.. boring2 tak tau nak buat apa mula la dia mengarut bukan bukan.

6 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

BILA BLOGGER DI PERGUNAKAN OLEH BLOGGER..

22.9.15 Suria Lekatlekit 4 Comments

BILA BLOGGER DI PERGUNAKAN OLEH BLOGGER.. Jadi blogger ni memang adakala kita di pergunakan. Tapi ada dua konsep mempergunakan blogger... ada untuk keuntungan kedua dua belah pihak & ada untuk kepentingan sebelah pihak jer. Sejak berkecimpung dalam dunia blog secara serius dah macam benda aku tengok & ada yang berlaku sendiri kat diri aku.


Blogger mempergunakan blogger lain.. bukan perkara pelik sangat kot cuma bukan semua blogger jenis mempergunakan blogger lain. Yang jadi kes mempergunakan blogger ni bila dia dah popular sikit, nama dia dah jadi satu jenama di kenali sikit mula la dia rasa kepala dia lagi besar dari perut. jadi nak seimbangkan supaya perut dia sama2 membesar dengan kepala dia terpaksa la cari makan lebih. Time tu la berlakunya kes mempergunakan orang lain untuk kepentingan sendiri.

Sebab spesis macam ni dia bukan bodoh sangat nak memperguna orang macam tu jer.. dia umpan la sikit dengan upah yang tak setimpal kemudian dia kerah la orang jaja nama dia seantero alam maya bagi mengkukuhkan kedudukkan & populariti dia. Yang anak2 itik tokwi kat bawah ni bila dah terjebak & rasa macam teraniaya takut pulak nak bersuara. Terpaksa pendam & cari solution untuk keluar dengan cara selamat agar tak menyakiti hati mana2 pihak. Tak macam aku ni suka luah sampai habis. Senang orang tahu apa terbuku dihati katanya. Orang pun meluat. hahaha

Politik kotor bukan hanya wujud dalam dunia politik tapi wujud di mana2 saja termasuk dunia blog. Yang ada kuasa gunakan kuasa untuk terus berkuasa. Mungkin dia lupa kuasa yang lebih besar ada sedang memerhati. Dia terus bertahan bukan kerana dia hebat tapi Yang Maha Kuasa sedang memberi dia peluang demi peluang untuk membetulkan kesilapan.

Apapun entri ni tak merujuk atau menyebut mana2 pihak. Sekadar sebuah cerita cereka tentang dunia blog katanya hahahaha. Tapi sapa makan cili dia rasa pedasnya. Cuma bagi yang ghairah nak tumpang populariti orang agar tempias popular terkena jugak kat depa nasihat aku tak payah la nak kejar populariti sangat. Belajar usaha sendiri macam mana nak jadikan blog sumber pendapatan sampingan dari dok harap kena jilat tapak kaki orang semata mata nak dapat job.Kalau rasa tulis blog tak mampu jadi sumber pendapatan jadikan blog sebagai perniagaan pulak. Kalau tak reti sangat mai la tengok kat sini >> 5 Rahsia untuk jadi usahawan berjaya << boleh jugak di gunakan untuk berjaya dalam blog sebab blog pun boleh jadi satu perniagaan kalau kita bijak gunakan blog ke jalan yang betul.

Moral of the story.. Dalam hidup kita penting untuk kita pandai membela diri. Jangan harap orang lain untuk backup kita setiap masa. Jangan tadah je kepala untuk di pijak kadang2 kita perlu bangkit berjuang untuk diri sendiri. Jangan biar sampai diri di pergunakan macam orang bodoh. Sesia mak bapak bagi didikkan & hantar ke sekolah.

4 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

KALAU TAK BOLEH TAMPAR BERHENTI KERJA JAGA ANAK SENDIRI

22.9.15 Suria Lekatlekit 2 Comments

KALAU TAK BOLEH TAMPAR BERHENTI KERJA JAGA ANAK SENDIRI. Inilah masalah  ibu yang bekerja. Kena hantar anak pada pengasuh atau pusat2 asuhan yang ada. Yelah.. takde pilihan. Lainlah boleh bawa anak pergi kerja. Tapi bukan semua company yang boleh kerja santai macam tu sambil jaga anak.Majoriti mana ada boleh bawa anak pergi kerja walau kakitangan kerajaan pun walau ada jugak yang seludup bawa anak pergi ofis.

Bila dah bagi orang jaga anak kita ni.. Kita pun kena la ada tolak ansur & timbang rasa. Sikit2 punya hal tu tak payah la kecoh sangat. Macam semalam aku tertengok satu video caption konon macam mendera sangat la budak tu padahal pengasuh taska tu cuma sekadar tampar2 manja jer budak tu. Tengok berita kat tv tadi katanya pengasuh tu pukul sebab budak tu gigit budak lain. Cara dia pukul pun kalau kita kategori pukul2 manja.Aku pun pukul jugak anak aku macam tu. alah tampar tangan, tampar kaki.. gitu je la. Tengok cara dia menampar tu takde la macam sekuat kudrat yang ada. Memang takde nampak budak tu tergolek ke atau terpelanting ke dinding kena smash dengan pengasuh tu. Pukul sekadar bagi pengajaran je kepada budak kecil yang masih belajar untuk tahu apa yang salah & betul. yelah.. kang biar mak bapak yang anak dia kena gigit pulak komplen. Asyik kena gigit jer manjang.

Tajuk kat video tu memang buat orang panik jer tau. Perkataan dera tu bagi aku tak sesuai sebab takde unsur dera pun melainkan berlaku kat sweedden je perilaku macam tu mungkin di kategori sebagai mendera. Tapi pengasuh please jangan tepuk belakang.. erkk tapi maybe dia tepuk tepi lengan jer tu bukan belakang.

Aku pelik apa yang nak jadi isu sangat tapi sebab video tu di sebarkan oleh bekas pekerja kat situ ni mesti kes tak puas hati kena buang kerja atau berhenti kerja tu yang beriya dia confident sebar & viralkan video yang takde sebarang unsur jenayah & penderaan pun kalau kat Malaysia ni. Lain la sweeden memang cuit hujung jari pun tak boleh kalau niat memang nak ajar dengan cara pukul. Mak bapak budak tu pun katanya dah selesai secara tertutup ogos lepas. Dan mak bapak dia pun tak rasa benda tu patut jadi kes polis. Alah kalau aku mak budak tu pun benda macam tu sampai nak jadi kes polis.. elok la kau berhenti kerja jaga anak sendiri nak tengok kau tahan tak jaga anak tanpa sebarang pukulan manja sekalipun. Kalau aku memang tak mampu la. Anak tengah membesar ni kadang2 menggugat jugak kesabaran. Pukul tu bukan tahap mendera pun. Tapi nampak garang sikit kot. Tapi Aku memang tak boleh kalau orang sentuh anak aku dengan pukulan sebab tu aku tak kerja. Aku je boleh pukul anak aku hahahaha.

Video yang jadi viral semalam

Apapun nak mendidik anak ni memang ada caranya. Kalau nak pukul pun ada tempat2 yang boleh pukul & tidak. Nak bagitau apa yang betul & salah pun ada caranya Tapi kita selalu sangat buat cara salah dalam memberitahu perkara salah yang anak kita buat. Nak tahu apa kesalahan kita yang selama ni kita rasa betul sangat dah meh baca kat sini >> Bukti cara kita bercakap dengan anak selama ni banyak yang salah <<

Kesimpulannya.. Kita sendiri pun kadang2 tak betul cara mendidik anak inikan orang yang kita amanahkan jaga anak kita sementara kita pergi kerja. kalau tertampar sikit macam tu, kira normal la tu. Selagi tak mendatangkan trauma atau kecederaan serius sehingga meninggalkan kesan pada fizikal & mental Insya Allah niat dia bukan nak sakitkan anak kita sekadar mengajar je.

2 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

INILAH UBAT UNTUK ORANG YANG SELALU RASA STRESS

22.9.15 Suria Lekatlekit 4 Comments

INILAH UBAT UNTUK ORANG YANG SELALU RASA STRESS. Aku tengok dari laman sosial ramai orang Malaysia yang ada penyakit stress sepanjang tahun. Hari2 stress..Hari2 ada je benda dia tak puas hati, tak senang hati & tak tenang diri. Asal update jer mesti dengan rintihan yang tak berkesudahan. Kesian kan.. Hidup dia memang hari2 tak bahagia kot. Asyik ada je benda yang buat dia stress.

Kadang2 aku tak faham.. adakah orang yang sentiasa rasa tak puas hati dalam hidup mereka mengharap sepanjang hayat mereka hanya ada keseronokkan & kebahagian jer. Yelah.. kadang2 aku tengok benda remeh je pun kau nak stress separuh nyawa. Tapi tu la kan.. tak boleh nak judge jugak sebab level kental & ketahanan setiap orang hadapi stress tu tak sama. Remeh bagi kita mungkin besar bagi mereka. Sebenarnya tak elok jugak selalu stress sebab boleh bagi kesan pada mental & fizikal. Sebab stress ni la punca dok datang macam2 bisikan misteri suruh buat benda2 tak elok. Bisikan misteri tu kadang2 bukan sebab ada gangguan makhluk ghaib tapi sebab terlalu stress otak dah tak mampu berfikir secara waras maka berlakulah halusinasi.

Stress yang berpanjangan dalam tempoh yang agak lama boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan. Stress yang kronik menganggu hampir setiap sistem dalam badan. Stress boleh menyebabkan tekanan darah tinggi, kelemahan sistem imunisasi badan, mandul dan penuaan (aging). Stress yang tidak kenal penyudahnya boleh menyebabkan kegagalan sistem otak, menyebabkan kita berterusan beremosi, menjadi gila, kerosakan minor/major terhadap fizikal (dalaman & luaran) akibat sistem badan tidak di regulasi secara normal.

Jadi kalau korang jenis yang benda kecik pun boleh jadi stress yang melampau elok la cepat2 cari ubat untuk melegakan stress tu. Antara ubat yang mujarab untuk stress ni adalah ubat ni. Cuma perlu tengok jer lukisan ni, Insya Allah mampu menyembuhkan & membantu anda menghilangkan stress >> Ubat Untuk Mereka Yang Selalu Stress & confirm anda akan tersenyum <<

Dengan cara ambil ubat tu mungkin buat anda kembali tersenyum & rasa ceria. Jangan risau tiada penyakit yang tiada ubat kecuali mati termasuk stress. Stress boleh di atasi & di kawal cuma perlu kerjasama dari diri sendiri jer. Kalau kau sendiri memang enjoy layan stress tu memang takkan ada ubat selain mati jer baru stress ko pun turut mati. hehehe peace!

4 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

TENTANG KOREA YANG MUNGKIN ADA TIDAK TAHU

22.9.15 Suria Lekatlekit 3 Comments

TENTANG KOREA YANG MUNGKIN ADA TIDAK TAHU. Kat Malaysia ni ramai peminat korea penangan Kpop & drama2 cinta tangkap leleh korea. Trend korea kat Malaysia ni masih lagi meriah. Yelah.. orang korea kan comel2 dengan plastik di wajah sapa tak gila. Tapi kebanyakkan anak2 dara je la. Tapi minat jer tak guna kena jugak ambil tahu apa yang ada di korea. Bagi peminat2 korea yang mungkin ada impian nak kesana ini patut korang tahu.

Musim Luruh di Busan,Korea

Kat korea ada satu tempat bernama Busan tapi tempat dia tak membosankan la walau kalau kita baca dalam ejaan melayu bunyi macam bosan jer kan. Sebab apa dia tak bosan? Ada retis korea yang comel2 dengan muka plastik lepak kat situ ke? Mungkin la korang boleh jumpa retis korea kat situ tapi bukan jaminan... Tapi yang di jamin ada kat situ adalah khazanah alam yang tersembunyi disitu selain boleh menikmati makanan yang sedap.

Ini mungkin korang tak pernah tahu tentang Busan.. Busan di iktiraf sebagai bandar raya bertaraf dunia yang terkenal dengan laut biru yang cantik, makanan laut yang segar & bunga kamelia yang cantik. Burung camar menjadi simbol bandar tu. Setiap kali berubah musim Busan akan nampak berbeza pada setiap musim. Itu jugak salah satu tarikan bandar tersebut. Nak kesana pun senang sebab di sediakan bas untuk pelancong dengan harga yang berpatutan.

Banyak lagi tempat yang best di Busan kalau anda nak tahu lebih lanjut berkenaan busan atau nak tau kenapa anda kena pergi korea sekarang boleh tengok kat sini >> Menarik di Busan,Korea Yang Ramai Orang Tak Tahu <<

Elok la siapa2 yang merancang ke korea cuti sekolah ni senaraikan Busan sebagai salah satu tempat untuk di kunjungi. Alang2 sampai korea ye dak??

3 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

MISTERI DI SEBALIK TULISAN TANGAN YANG BELUM TERBONGKAR

21.9.15 Suria Lekatlekit 3 Comments

MISTERI DI SEBALIK TULISAN TANGAN YANG BELUM TERBONGKAR. Dalam kehidupan kita ni kadang - kadang ada perkara yang takde jawapan walaupun apa yang berlaku ada tujuan & sebabnya cuma tak semua berjaya di rungkai oleh manusia biarpun misteri tu di cetuskan oleh seorang manusia juga. Kekal menjadi rahsia mungkin sampai kiamat kot sebab takde siapa berjaya merungkai misteri di sebalik peninggalan seorang manusia yang dah mati. Mustahil la kau mampu gali kubur dia & tanya apa maksud di sebalik peninggalan dia tu, kan? Kang dia bangun menjawab lari tak cukup tanah pulak.

Begitu jugak dengan beberapa tulisan peninggalan individu ni yang masih kekal misteri sehingga kehari ni. Takde seorang pun tahu apa yang mereka ingin sampaikan atau apa maksud di sebalik tulisan mereka tu. Kebanyakkan kod kod yang menyimpan sesuatu rahsia sa. yelah orang dulu nak tulis apapun memang pakai tulisan tangan. Time tu tak wujud lagi keyboard warrior.. Warrior2 dulu semua berperang secara manual guna kudrat tak kira melalui senjata atau penulisan. Antara tulisan2 yang di buat orang yang dah mati & kekal misteri adalah..

Voynich Manuscript 
Perkara ni pernah menjadi topik perbincangan dalam Misteri Buku Manuscript Dunia. Voynich Manuscript di tafsirkan sebagai manuscript (dokument tulisan tangan) paling misteri di dunia. ia mempunya 240 mukasurat yang mengandungi ilutrasi berwarna,diagram,kejadian & tumbuhan yang tiada siapa pernah tengok atau kenal. Ia berkemungkinan berkenaan tentang herba,astronomi,biologi,kosmologi,rawatan & pelbagai resepi. Ada beberapa individu yang percaya bahawa jika kod rahsia ni berjaya di rungkai ia mungkin memberi satu ilmu & info baru kepada manusia. Ada jugak yang anggap cuma satu kod palsu yang tidak ada apa apa makna di sebaliknya. namun tiada siapa tahu apa sebenarnya yang ada di sebalik kod rahsia tu sampai sekarang samada ada sesuatu di sebalinya atau sekadar tulisan tangan yang memang tak membawa maksud apa apa. tapi yang menariknya Voynich Manuscript ni telah menjadi bahan kajian oleh banyak cryptographer(seorang pengaturaca aplikasi) profesional mahupun amatur.  Malah seorang Pakar codebreaker Amerika ternama semasa perang dunia kedua pun pernah mencuba memecah rahsia kod tersebut tapi tidak berjaya. Ia kekal di kenali sebagai Manuscript bersejarah paling misteri.

Tamam Shud Case

 Pada tahun 1948, sebuah mayat lelaki tidak dikenali ditemui di pantai Somerton, Adelaide. Walaupun kelihatan seperti lelaki sifatnya, tapi setelah pelbagai ujian seperti cap jari dan nota gigi tidak menunjukkan dia milik seorang manusia yang pernah hidup, Bila bedah siasat dilakukan, didapati bahawa isi badannya benar-benar berbeza daripada manusia biasa. Sebuah beg pakaian miliknya berisi kertas yang bertuliskan "Taman Shud".  Kertas itu seperti sebuah buku yang tak pernah di lihat. Di belakang buku tersebut ada 5 baris Huruf besar yang kelihatan seperti kod rahsia. Akhirnya kes mayat tersebut menjadi kes paling aneh & kod tersebut kekal menjadi misteri sampai sekarang.


D'Agapeyeff Cipher

Alexander d'Agapeyeff bukanlah seorang cryptographer tapi hanya kerana ia pernah menulis buku mengenai pembuatan peta (kartografi), ia memutuskan memasukkan kriptografi (mengenai laluan) ke dalam buku keduanya. Pada halaman terakhir buku itu, ia memasukkan sebuah kod yang dikatakan ringkas dengan bertujuan untuk "menguji pembaca & menguji keahliannya." walaupun ringkas kod pembayang yang di beri D'Agapeyeff, sampai sekarang belum dapat di rungkai maksudnya dan masih menjadi misteri selama 70 tahun. d'Agapeyeff sendiri pun mengatakan bahawa ia lupa cara menyelesaikan kod tersebut, oleh kerana itu banyak orang yang rasa itu hanyalah kod palsu. Kalau dah orang mencipta pun lupa kod apa dia tulis.. memang rare la misteri ni. takkan ada siapa tahu termasuk orang yang cipta kod tu hahahaha.

Tu antara kesan tinggalan tulisan2 tangan yang di hasilkan oleh manusia yang menjadi rahsia & misteri sehingga kini. Tu yang misteri ni pulak tulisan tangan yang paling cantik & sempurna dia dunia. Adakah korang memiliki tulisan tangan macam ni meh tengok kat sini >> 22 Tulisan tangan Paling Sempurna & cantik << Manalah tau tulisan tangan jenis korang tu terkategori dalam tulisan tangan paling sempurna & cantik tanpa korang sedar selama ni.

Yang pasti tulisan tangan aku kekal misteri dengan rupanya yang puaka hahaha.. Aku takde seni dalam tulisan tangan setakat cikgu boleh baca jer katanya.

3 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

INILAH BENDA PELIK YANG ORANG CAMPURKAN DALAM KOPI

21.9.15 Suria Lekatlekit 2 Comments

INILAH BENDA PELIK YANG ORANG CAMPURKAN DALAM KOPI. Lain tempat lain cara orang menikmati kopi. Kalau kita biasa minum kopi dengan gula,susu,krimer bagai ada orang minum kopi dengan cara yang kita tak pernah sangka atau tak terfikir nak buat. Malah kita tak sanggup nak campur kopi dengan benda2 pelik tu. Salah satu benda pelik yang orang campur dalam kopi adalah arang.




Aku ingat dalam filem nujum pak belalang je ada orang minum air arang ni rupanya dalam kehidupan seharian kita ada jugak yang minum kopi arang. Mungkin dapat Inspirasi dari filem nujum pak belalang la kot hahaha.

Tapi tak di nafikan jugak arang memang ada khasiat dari sudut kesihatan & kecantikkan. Kalau keracunan makanan pun doktor akan bagi pil arang yang hitam untuk memulihkan keracunan kita tu. Unsur yang ada dalam arang dapat mengeluarkan kotoran seperti minyak dan benda asing di dasar kulit. Ia juga menyingkirkan bakteria dan toksin lantas membuatkan ia sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah kulit berjerawat.

fakta khasiat arang dalam perubatan..
Penggunaan arang sebagai ubat bukanlah sesuatu yang baru. Sejak 1500 SM, masyarakat Mesir menggunakan arang sebagai penyembuh luka dan pembersihan usus halus selepas makan. Hippocrates (460 SM – 377 SM) iaitu salah seorang pakar perubatan Yunani, yang digelarkan "Bapa Perubatan", menggunakan barang kelam itu untuk rawatan pengidap epilepsi, klorosis, dan Antraks. Pada 1831, di depan pelajar di French Academy of Medicine, Profesor Touery melakukan demontrasi dengan minum racun strychnine yang dicampurkan butiran hitam asal pembakaran. Hasilnya, ia masih hidup dan menjelaskan arang penawarnya.
Jadi itu sebab kat Indonesia ada orang minum kopi hitam yang di celupkan arang panas. Mungkin ada alasan untuk faktor kesihatan jugak la kot. Kalau korang nak tengok macam mana kopi arang panas ni & banyak lagi benda2 pelik yang orang campur dalam kopi boleh tengok kat sini >&gt; 7 Benda Pelik Yang Orang Campur Dalam Kopi <<

Apapun setiap apa yang pelik tu ada alasan termasuk bahan pelik yang di campurkan dalam minuman. Takde orang akan buat benda tu saja2 nak cari penyakit kecuali orang tu memang ada niat nak bunuh diri atau mencederakan diri dia.

2 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

8 KISAH BENAR MEREKA YANG TERSELAMAT DARI KEMALANGAN PELIK & NGERI

21.9.15 Suria Lekatlekit 1 Comments

8 KISAH BENAR MEREKA YANG TERSELAMAT DARI KEMALANGAN PELIK & NGERI. Kadang2 kemalangan boleh berlaku dalam keadaan yang kita tak sangka akan berlaku. Jangan ingat nama kemalangan ni atas jalan raya jer.. Dalam jamban pun boleh berlaku kemalangan. kadang2 benda tu berlaku di luar logik akal manusia. Sebab tu ia di kategorikan kemalangan pelik.


Terbaca satu artikel pasal 8 kisah benar kemalangan pelik & ngeri yang pernah berlaku kepada manusia. Kalau baca kisah & macam mana kemalangan tu berlaku ada macam susah nak percaya penyebab perkara tu menjadi satu kemalangan yang menyebabkan mangsa kemalangan tu dapat kecederaan parah & serius. Benda yang kadang kita tak sangka boleh menjadi bahaya yang memang kita guna dalam hidup kita seharian. Kalau korang nak baca 8 kisah benar kemalangan pelik ni korang boleh baca kat sini >> 8 Kisah Benar Mereka Yang Terselamat Dari Kemalangan Pelik & Ngeri<<

Sebab tu setiap peralatan yang kita guna tu kita perlu ambil langkah keselamatan dari awal walau sudu yang kadang2 kita rasa alah.. sudu jer. Mustahil la sebab sudu kita boleh dapat kecederaan serius. Lain la garfu tajam. Berhenti berfikir macam tu hokay! Jari kita pun boleh jadi objek yang mampu mencederakan diri sendiri apatah lagi sudu. Sentiasa fikir takde apa yang mustahil boleh mencederakan kita walau benda tu nampak selamat & tak berisiko.

Moral of the story.. Dalam hidup walau kita berhati hati pun boleh berlaku kemalangan. Kalau bukan kerana kelalaian kita mungkin sebab kelalaian orang lain cuma tak salah kita ambil langkah mengelak dari berlaku kemalangan. Kalau dah nak jadi tu mungkin ada hikmah di sebalik kejadian. Yang penting sentiasa ambil langkah keselamatan awal & bersangka baik dengan Ujian Allah, Insya Allah kita akan dapat yang baik dari musibah yang kita terima.

1 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

SUARA MISTERI SEMAKIN KEJAM DAN SERAM

21.9.15 Suria Lekatlekit 3 Comments

SUARA MISTERI SEMAKIN KEJAM DAN SERAM. Awal sungguh segmen seram serik bersiaran hari ni yer. Pepagi lagi dah muncul di kaca skrin anda. erk... dah masuk zon tengahari. Hari ni lambat sikit lepak depan pc. Ofis lambat buka. Almaklum la semalam Ahad hari berjimbaraya makan Isnin hari bekerjayaraya la. Ok.. ok.. aku tahu korang tak berminat nak tau kisah rutih harian aku yang korang nak cuma menyibuk pasal kisah2 misteri kat blog aku je kan. Aku sedar aku bukan retis, kisah hidup aku takde value hahahaha. Jadi marilah kita mulakan..

Sumber Google. Sekadar Hiasan

Sekarang rasanya negara paling seram adalah negara Malaysia kerana banyak suara misteri yang menyebabkan jenayah berlaku. Terbaru di sebabkan suara misteri seorang lelaki warganegara india (kashmir) menampar Iman Masjid negara atas alasan suara misteri suruh dia buat macam tu. Kalau di imbas balik banyak jugak kes2 berkaitan suara misteri yang menyebabkan seseorang individu melakukan jenayah membunuh atau mencederakan orang lain termasuk ahli keluarga sendiri. Kalau korang masih ingat kes pemuda yang menikam adik perempuan dia & memenggal kepala bapak. Pun dengan alasan ada suara misteri yang suruh dia buat macam tu. Tu salah satu contoh tapi banyak lagi kejadian bunuh yang di kaitkan dengan suara misteri.

Masalahnya milik siapakah suara misteri tu? Of course la syaitan Nirrojim. Kalau bisikan2 jahat ni memang takde dari makhluk lain dah selain iblis,jin & syaitan. Kenapa suara tu boleh mempengaruhi manusia sehingga melakukan perkara salah. Kita semua tau sebab dalam hati seorang manusia sangat kurang imannya. Taknak la bercakap dari sudut agama.. sebab tak pandai cuma kenapa berlaku gangguan suara2 misteri ni. Banyak faktor.. mungkin dia belajar ilmu salah, mungkin kerana sihir, pengaruh dadah atau ubat2 terlarang & tak mustahil masalah gangguan mental.

Bila banyak kes berlaku sebab gangguan misteri ni seram pulak aku. Yelah.. kadang2 bukan sebab orang tu ada masalah moral ke hapa tapi sebab tekanan di sekeliling dia mungkin jugak menyebabkan dia berhalusinasi & seterusnya mendorong dia melakukan perkara yang kejam terhadap orang lain. Bahaya bila gagal mengawal tekanan ni. Sebab tu aku selalu cuba happykan diri aku & cuba sehabis baik untuk tidak mempedulikan benda2 remeh dalam hidup aku. Setakat orang nak sindir & mengumpat belakang aku.. lantak pi la. Taknak ambil port sangat sebab taknak benda2 remeh macam tu bagi tekanan dalam hidup aku. Nak2 lagi lagi pasal kawan.. rasa ingat aku carilah. Kalau rasa dah lupa tu kau punya hal! Bagi aku hidup memang ada fasa perubahan. Bila masing2 ada kehidupan sendiri kita tak boleh harap untuk seorang kawan sentiasa ada dengan kita sedangkan kita sendiri pun tak mampu nak ada dengan kawan setiap masa bila status kita dah berubah.

Kalau rasa macam stress atau tension sangat tapi takde tempat nak luahkan perasaan. Untuk mengelakkan anda jadi hilang kawalan & berhalusinasi cuba cari perkara yang boleh buat anda tenangkan fikiran macam minum kopi ke? Minum kopi pun antara perkara yang boleh buat kita tenang jugak. Kadang2 minum kopi macam tu je tak mampu buat kita rasa cool down. Kena ada cara jugak nak nikmati kopi tu. Ada orang kena minum kopi sambil tengok permandangan yang indah baru dia rasa tenang. Jadi kalau korang rasa tak tau nak nikmati secawan kopi macam mana meh tengok lelaki lelaki seksi, hot & spicy ni nikmati kopi dengan cara mereka sendiri untuk cari ketenangan. Ada yang sanggup panjat atas bumbung untuk cari ketenangan sambil minum kopi. Mungkin korang boleh tiru cara depa ni minum kopi. Meh tengok kat sini >> 20 Cara Seorang Lelaki Kacak Menikmati Secawan Kopi << Penting sangat kita pujuk diri sendiri bila kita rasa tertekan sangat sebab kita tak boleh harap orang sentiasa ada di sisi kita setiap masa untuk pujuk kita setiap waktu.

Moral of the story.. Misteri suara kejam akan terus jadi misteri yang menyeramkan kerana ia hadir dengan berbagai sebab & punca cuma suara misteri tak mampu jadi suspek walau ia mendorong seseorang melakukan jenayah. Jadi kawal emosi, kawal perasaan.. jangan ambil benda terlarang atau jangan amalkan sesuatu yang salah, Insya Allah suara misteri takkan muncul di telinga anda.

3 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

GAMBAR TERKINI HEROIN FILEM GILA GILA REMAJA

20.9.15 Suria Lekatlekit 6 Comments

GAMBAR TERKINI HEROIN FILEM GILA GILA REMAJA. Yang lahir pada tahun 80an memang tahu filem ni. Filem yang di tayangkan pada tahun 1986 antara filem popular era tu. Hero era tu Faizal hussin. Masa aku kecik filem ni aku tengok kat tv jer. Yelah time aku dah pandai tengok tv filem ni antara filem yang dah lama keluar panggung la. Pantang tengok filem ni lepas tu mesti pergi main dengan kawan2 lakonkan semula filem ni. Masing2 mula la ambil watak pilihan masing2. Memang kengkawan aku masa kecik kami suka lakonan semua filem yang kami tengok. Kemain masing2 berangan hahahaha

Poster filem Gila Gila Remaja

Tapi dalam filem tu korang boleh tengok lakonan pertama pelakon Rosyam Nor kalau tak silap. Cara dia berlakon memang dah nampak bakat masa tu tapi paling tak boleh blah cara berdialog dalam filem time tu. Dialog paling aku ingat rosyam nor..  "oh! peperiksaan!" memang skema giler. Kalau sekarang tengok balik filem tu memang rasa kelakar pelakon pelakon time tu berdialod. 100% ikut skrip.

Rosyam Nor Awal kemunculan dalam filem

Filem tu mengisahkan tentang kehidupan remaja kolej yang nakal. Watak utama dalam filem tu Azroy (lakonan faizal hussin) yang di gandingkan dengan watak Suzana Lakonan Rehana Yassin. Watak heroin memang kaku giler dalam filem tu. Totally memang kayu watak suzana tu tapi boleh di maafkan la sebab tahun tu memang tak banyak persaingan sangat. Rasanya kalau watak suzana tu bagi Ogy Ahmad daud pegang time tu lagi feel & gempak filem tu.

Pemegang watak suzana, rehana yassin

Pengambaran filem tu jugak ada babak yang di buat kat tempat yang sekarang dah jadi tempat aktiviti paranormal. Kira kategori tempat seram kat Malaysia la sekarang iatu mimaland. Time tu mimaland memang tak menyeramkan lagi tapi meriah karipapusing dengan manusia yang berkunjung di taman tema air berlokasi di gombak. Sekarang kalau korang nak pergi kayuh sampan kat mimaland memang tak jumpa dah la tasik. Yang jumpa hutan semak samun & peninggalan sisa2 mimaland tanda tempat tu pernah beroperasi. Yang dok beriadah kat situ hantu je sekarang hahaha. Tapi takpe kalau mimaland dah takde nak beridah korang boleh try buat benda2 ni kat genting. Pun syok jugak walau ada macam tak senonoh jer. Nak tau buat apa meh tengok kat sini >> 15 perkara yang Syok boleh buat dalam cuaca di Genting <<

salah satu babak di Mimaland

Mesti ramai nak tahu macam mana la rupa terkini Rehana Yasin sekarang yer. Dulu tengok dalam filem gila2 remaja memang comel giler dengan kening tebalnya. Muka pulak macam pan asia jer. Cuma time tu dia tak pandai berlakon sikit. Sekarang tak tau la pandai ke tidak berlakon sebab rasanya dia pun dah tak berlakon lagi.

Geng Azroy bila dah habis kolej katanya. Hahahaha

Kalau korang nak tengok inilah rupa terkini pemegang watak suzana heroin filem gila gila remaja tahun 1985 tu. Walau chubby sikit tetap cantik.

Biasa la dah berumur berat badan maybe bertambah bersama usia yang penting muka tegang,cekang & awet muda lagi. Kekal cantik gitu cuma kening je tak tebal macam dulu

6 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

PEGANG BABI & ANJING TIDAK SUCI HANYA DENGAN SAMAK

19.9.15 Suria Lekatlekit 2 Comments

PEGANG BABI & ANJING TIDAK SUCI HANYA DENGAN SAMAK. Ramai yang sebenarnya tak tahu maksud sertu & samak termasuk aku. Yelah.. salah faham kita selama ni samak tu sama jer dengan sertu tapi sebaliknya samak & sertu ada perbezaannya. Sebab aku ni kategori buah cempedak di luar pagar serius benda ni pun salah satu perkara yang aku tak tahu & salah faham. Nak tahu kenapa samak tidak menyucikan najis mughalazah.. jemput baca dengan tenang & minda yang terbuka.

Sekadar hiasan

Kita faham samak tu bila terpegang anjing ke babi ke dalam keadaan yang menyebabkan kita perlu bersihkan untuk menyucikan anggotan badan kita, basuh dengan air bercampur tanah 1 kali & 6 kali basuhan guna air mutlak. Sebenarnya salah. Bila kita nak membersihkan anggota badan kita yang terkena najis mughalazah kita kena sertu bukan samak sebab perbuatan sertu & samak jauh beza & tujuan sertu & samak tidak sama.

Sumber Google

Samak
Samak ialah menyucikan sesuatu daripada kulit binatang dengan menggunakan bahan-bahan yang bersifat tajam (peluntur) seperti tawas, bahan kimia dan sebagainya. Bahan-bahan tersebut dapat menanggalkan dan menghilangkan semua kekotoran dan lendir yang mengandungi kuman ­kuman penyakit yang melekat pada kulit binatang tersebut. Sabda Rasulullah S.A.W. yang mafhumnya: Setiap kulit yang disamak menjadi bersih.
(Riwayat Muslim)  Contoh : Kulit kambing akan disamak terlebih dahulu untuk menyucikan daging tersebut untuk dibuat kompang atau kegunaan yang lain.

Sertu
Sertu ialah menyucikan sesuatu daripada najis mughalazah iaitu menyentuh anjing, babi dan keturunannya yang sedang basah akibat terkena hujan, ataupun terkena air liurnya/Najis Mughalazah hendaklah disucikan dengan membasuhnya dengan 6 basuhan air mutlak dan 1 kali basuhan air yang dicampurkan tanah. Jumlah basuhan adalah 7 kali. Menyucikan najis mughalazah dengan mengguna­kan tanah bertujuan untuk menghilangkan kuman-kuman penyakit yang terdapat pada badan binatang najis mughalazah. Mengikut ilmu kedoktoran, kuman-kuman penyakit yang terdapat pada najis mughalazah tidak dapat disucikan melainkan dengan menggunakan tanah. Contohnya : Anda terpegang seekor anjing, dan anda hendaklah sertu tangan anda mengikut cara yang ditetapkan syarak.

Sumber : Indahnya Agama Islam

Kat Malaysia ni najis mughalazah paling popular anjing dengan babi la. jadi saja la aku buat tajuk macam tu sebab kalau sebut najis mughalazah satgi ada yang tak tau apa benda najis mughalazah tu tapi kalau sebut babi dengan anjing semua orang Islam tahu tak boleh di sentuh tanpa sebab & kalau tersentuh dalam keadaan tertentu perlu di sucikan dengan cara menyertu tapi selama ni kita faham sebagai menyamak.

Penjelasan Ustaz Azhar Idrus tentang Sertu & Samak

Tu la kan.. sebenarnya banyak perkara dalam hidup kita kadang2 kita salah faham semenjak dari kita lahir sampai kita besar. Kadang2 ada orang terpesong pemahaman dia sampai mati. Mati2 kita ingat benda yang kita tahu atau faham tu betul. ending dia alih2 salah pemahaman kita tak kira dari sudut hukum agama atau pemahaman kita dalam perkara lain. Sebab ia di sampaikan dari generasi ke generasi tanpa rujukan apa - apa. Semuanya berdasarkan pemahaman sendiri je. Contoh perumpamaan Harapkan Pagar, pagar makan padi.. walau logiknya mana ada pagar makan padi. Pagar tu bukan spesis benda hidup pun. Tapi kita tetap tak pernah rasa perumpamaan tu salah sampai lah kita tahu sebenarnya bukan pagar tapi pegar.. sejenis burung yang makan padi. Macam tu jugak dengan perkataan Lepaking.. kita fikir perkataan tu cuma bahasa santai budak2 sekarang yang suka sangat rojakkan bahasa. bahasa melayu campur bahasa inggeris Lepak+ing. Tak rasa perkataan tu di iktiraf & ada tercatat dalam mana2 kamus tapi tak sangka pulak perkataan lepaking memang ada dalam kamus oxford. Sumpah aku tak tipu. Hangpa boleh tengok kat sini >> Ini bukti perkataan Lepaking ada dalam kamus Oxford << banyak benda yang kita tak sangka berlaku dalam hidup kita kan? Tak sangka perkara tu salah.. tak sangka benda tu ada.. tak sangka dia macam tu.. erkk!

Apapun.. Memang tak salah cara kita membersihkan najis mughalazah selama ni cuma yang salah adalah panggilan pada perbuatan tu je yang kita salah faham. Tapi penting jugak kita tahu perbezaan perbuatan samak & sertu untuk kita tidak menyebarkan fakta yang salah. Aku bukan setazah, hokay! Sebarang komen nak tunjuk berlagak pandai & memperbodohkan orang tak di layan tapi kalau nak sama2 menyebarkan ilmu silakan. Kalau aku salah memberi info tegurlah dengan fakta yang betul  dengan rujukan yang sahih secara berhemah. Semoga perkongsian ilmu yang sedikit ni memberi manafaat pada semua.

2 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

Kongsi Kisah Seram Anda Disini

Name

Email *

Message *