BILA RAMAI YANG MENGUTUK DATO VIDA ITU BUKAN LAGI DENGKI

20.1.16 Suria Lekatlekit 5 Comments

BILA RAMAI YANG MENGUTUK DATO VIDA ITU BUKAN LAGI DENGKI. Dari stadium pink.. melarat ke jersi pink.. sekarang dia nak duduk kat kerusi pemain pulak. Jangan nanti tetiba dia rasa macam tak menyerlah kat kerusi pemain dia minta nak duduk tengah padang dengan referee pulak. Mau haru biru KAFA di buatnya... hahaha. Aku tak tau la bola sepak jadi apa kalau banyak lagi pasukan dia taja. Gamaknya tak jadi perlawanan bola sepak jadi iklan produk je gamaknya.


Permintaan dia bagi ramai orang dah melampaui batas. Jangan anggap semua komen berunsur kritikan tu dengki.. Pada yang menyokong tu minta kaji balik la. Kalau dah ramai mengkritik syarat dia bagi tu takkan la semua orang dengki. Sebelum ni tak ada pun orang nak dengki. Bukan baru bulan ni dia jadi kaya raya kot. Dah lama dia bergelar orang kaya. Kalau apa dia buat tu tak melanggar tradisi & budaya bola sepak.. Maka tak ada la peminat bola sepak menyalak. Melibatkan maruah pasukan dia taja.. Sekarang orang nampak The Red Warrior dah jadi macam badut pink dah.. Terpaksa turut sebab tak ada sponsor untuk menampung pasukan mereka. Kesian kan.. dah nampak macam ambil kesempatan atas kesempitan orang lain.

Memang duit dia.. dia boleh buat apa dia suka. Tapi ada perkara yang perlu dia hormat & jangan guna kuasa duit mengubahnya sesuka hati. Bila di ubah benda tu mungkin mencabar tradisi atau budaya yang selama ni di amalkan. Bagi sesetengah orang mungkin ia di anggap perbuatan yang agak biadap la.

Sesekali cuba buang persepsi orang yang mengkritik tu Dengki. Ingat semua orang hadap sangat la harta dia ada.

Yer betul.. Dia orang meniaga. Dia melabur bukan menderma. So dia harap keuntungan dari pelaburan dia. Tapi jangan la buat benda yang nampak janggal sangat. Nak ubah sukan bola sepak jadi barbie boy.. Memang la jadi bahan kritikan orang je. Dah tu minta yang bukan bukan.

Kalau nak letak syarat merapu apa kata Dato Vida Taja je Amran Fans.. dia pun banyak follower. Merapu la sepuas hati. hahahaha

Jadi Dato Vida.. Kalau dah ramai sangat mengutuk syarat yang di kenakan. renung renungkanlah sejenak. Takkan semua orang yang kutuk tu dengki sangat dengan harta melimpah ruah Dato tu. Ada orang tak hadap pun.. Cuma tak puas hati cara dato meletakkan syarat pada pasukan The red warrior je. Tak semua kritikan itu membunuh & kita kena ignore. Kadang2 kritikan itu macam peringatan pada kita yang semakin lupa daratan. Kita je dok rasa orang dengki konon sebab kita kaya.. Padahal orang tak heran pun dengan harta kita ada. Mati bukan boleh bawak ke dalam kubur pun. Yang nak bawak sampai ke hari kiamat nanti apa yang kita manafaatkan dengan harta yang Allah kurniakan je..

Nak berjaya ni tak perlu nak buat kontroversi atau tagih publisiti murahan even jual produk sekalipun. Semua orang tahu Dato Vida ni memang suka buat benda yang boleh jadi kontroversi.. sebab tu dia suka buat benda2 yang orang akan kritik. Kat situ satu bonus bila nama2 produk dia turut mendapat tempias untuk di promosikan. Tapi sampai bila nak cari publisiti murahan macam tu ye dak? Nak berjaya tak perlu kontroversi murahan hanya perlu buat ni jer >> 5 Rahsia Penting Yang Selama ni Tersimpan Oleh Orang Yang Berjaya <<

Moral of the story.. Orang yang dok rasa orang sentiasa dengki dengan dia ni selalunya orang yang rasa diri dia ada segalanya yang orang tak ada walaupun orang tak hadap pun apa yang dia ada.

5 comments:

  1. Sedih bila timbul situasi sebegini...kerana semuanya yang ada pada kita....sementara...yang sementara itu jangan digunakan untuk kepuasan diri kita semata...kesian orang lain juga...jangan ambil kesempatan ketika ada kepincangan orang lain takut kelak balik pada diri sendiri...percayalah..kita lebih rasa bahagia jika lillahitaala bantu tanpa syarat..

    ReplyDelete
  2. Aku suka sikap over dia... tapi tak berkenan pulak cara dia nak takluki semua... sian pulak kat penaja lain... makin ramai pulak yang henta, Dato Vida ni...

    ReplyDelete
  3. bila dah sponsor memacam pulak pemintaan dia...kadang2 kalau pikir memang cam lawak...sian pasukan kelantan

    ReplyDelete
  4. Takda maknanya nak dengki kan sis? Cuma memang sedih dgn mengenangkan apa yg blaku skrg pd team yg di taja tu.Takut hilang jati diri gara² penaja tak sensitif tentang hal yg sepatutnya.

    ReplyDelete
  5. tulah kan..saya setuju pendapat doktor khairul tu
    setiap pasukan tu mempunyai identiti tersendiri
    kalau takat stadium, logo mungkin bukan isu besa
    ni sampai warna jersey pastu nak dok bangku pemain
    agak melampau

    betul dia ada hak untuk tentukan sape pemain
    dia suka dan tak suka
    tapi kena relevalah, bukan ikut suka hati

    macam gegar vaganza dulu, beria dia nak suh zul handy black masuk balik
    sebab dia kata dia minat, anak beranak suka pada zul handy black
    kena tegur dengan datuk ramli ms, dia kata mana boleh suh
    orang yang lama keluar masuk balik walau dia ada kuasa
    nak masukkan, ambik yang baru terkeluar...dengan terpaksa dia suh achong masuk

    apa yang pasti...bila banyak duit, mula merasakan dia mampu buat apa aje
    citt...poddahhh!

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!