HUKUM UPLOAD GAMBAR MENYUSU ANAK WALAU TAK NAMPAK AURAT

1/11/2016 01:35:00 PM suria lekatlekit 11 Comments

HUKUM UPLOAD GAMBAR MENYUSU ANAK WALAU TAK NAMPAK AURAT. Elok jugak la artikel2 macam ni di tulis semasa kontroversi Amran Fans & Geng Breastfeeding tengah panas meletap letop katanya. Supaya yang mempertikaikan perkara tu tahu hukum kita mengupload gambar tengah menenenkan anak di laman sosial untuk tontonan Umum.


Bukan apa ramai yang masih merasakan benda tu cuma benda kecil. Alah.. bukan nampak 'Buah Betik' pun katanya. Benda tu pun nak kecoh. Sebab tu sebelum ada yang sampai berani tunjuk 'Buah Betik' yang ranum macam minah2 saleh buat kita perlu tegah dari sekarang. Permulaan dia memang tunjuk sipi sipi jer.. Kalau di biarkan tak mustahil masing2 berlumba lumba nak tunjuk nenen sapa paling bengkak penuh susu.

Jadi penting untuk kita tahu samada perbuatan tu di bolehkan atau tidak menurut pandangan Islam supaya kita tak buat pertikaian bodoh yang mungkin kita pulak jadi mangsa untuk di viralkan. Aku ni pun jahil segala sudut jadi marilah kita sama sama belajar yer..

Sumber Astro Awani

Bila dah tahu hukum dia maka terpulang pada pada yang masih nak pertahankan hak mengupload gambar anak tengah menenen di media sosial. Kalau rasa dengan cara tu je boleh membuatkan susu anda tak kering maka buat la.. Manalah tau bila dia tak selfie terus kemarau nenen dia tak bersusu pulak. Kan memudaratkan anak dia pun jadi tak elok jugak. Tapi kalau tak selfie & upload susu meriah macam hujan di musim tengkujuh maka tak payah la nak buat.

Banyak cara kita boleh buat untuk memberi kesedaran pada ibu ibu untuk terus breastfeeding anak selain mengupload gambar. Bukan apa bila makcik2 spesis macam ni >> Inilah Perangai Makcik Makcik Bila Berkumpul <<  tertengok gambar tu bukan takut kecoh kat alam maya jer.. Takut kecoh sekampung halaman pulak lagi haru biru unggu kelabu.

Moral of the story.. Kita tak mampu nak membentuk orang lain jadi baik & berfikiran positif sentiasa tapi kita mampu elakkan diri kita di aibkan. Jadi pilih elak dari jadi mangsa di aibkan. Peace Yo!

11 comments:

  1. setuju tu..mesti akan ada org bg hujah lain plak nanti..huhu

    ReplyDelete
  2. Baru tau pasal ni mummy..
    Hurmmmmm
    Sebab tu malu tu jd separuh daripad iman..
    Semoga keluarga kita dilindungi dr benda2 yg tidak baik dlm kita x sedar mahupun sedar..

    ReplyDelete
  3. saya pun setuju janganlah sampai nak upload gitu kat media sosial

    ReplyDelete
  4. Alahai ibu2 muda ni..
    Baik delete macam PU Rahmat suruh tu..
    Betul suria sebelum mereka jadi macam gambar diatas tu kan hihihi

    ReplyDelete
  5. "Manalah tau bila dia tak selfie terus kemarau nenen dia tak bersusu pulak. Kan memudaratkan anak dia pun jadi tak elok jugak"

    ayat ni win lah..hahaha..lucu sgt...kiki

    ReplyDelete
  6. BF tu bagus...dan sangat digalakkan...PC belum diizin untuk jadi ibu...tapi berazam untuk BF...satu perkara kena ingat....niat tidak menghalalkan cara...kesian suami...kesian ayah...kesian adik beradik lelaki..

    ReplyDelete
  7. benda ni kalau ibu2 normal mmg tak selfie la smbil menyusu kan?
    ntah ape ntah diorang fikirkan masa upload gambar tu ntah
    semua bertudung litup tapi otak cetek .
    kesian.
    harap diorang taubat,

    bukan kita jeles dia BF baby dia tp xperlu kot kan nak shown public.
    haha..

    ReplyDelete
  8. Sama seperti duduk mengcangkung untuk buang air, walaupun kain belum ditarik tapi gambar mcm tu tak senonoh . Gambar menyusu anak, wahai Perempuan cukuplah kongsi perbuatan tak senonoh mcm tu.

    ReplyDelete
  9. Nasib masa mak nenenkan anak anak mak dulu, tak muncul lagi media sosial mcm sekarang

    ReplyDelete
  10. Tak dapat akak nak menahan nafsu gelora nak tahu apa sebabnya. Aduhai, mak-mak budak ni pun pantang ditegur, terus terlupa nak belajar pemahaman! Amran kata jangan selfie tayang nenen, tapi mereka salah anggap pulak jadilah kes serius sampai buat report polis. Tapi itulah, sendiri yang mulakan lepas tu nak salahkan orang lain bila dah aib, kalah gaya retis antarabangsa pulak!

    Dah kata haram tu, haramlah. Tak payah susah hati nak saman malu sana sini. Pokok pangkalnya, siapa yang mula-mula tak rasa malu? Kan!

    ReplyDelete
  11. kata-kata ustaz yg kita kena dgr.
    jgn persoalkan.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com