KISAH SERAM APARTMEN YANG TIDAK BOLEH TINGGAL LEBIH DARI 14 HARI

20.1.16 Suria Lekatlekit 9 Comments

KISAH SERAM APARTMEN YANG TIDAK BOLEH TINGGAL LEBIH DARI 14 HARI. Amboi semalam dah up entri seram.. Hari ni ada lagi. Kalau dah start menyeram.. dah berderet pulak entri seram katanya. Yelah.. kang tak tulis hilang identiti blog seram katanya. Nanti orang lupa pulak aku antara blogger yang suka cerita seram.


Jadi untuk mengekalkan identiti seram tu.. Maka marilah kita sama2 menggigit jari sambil membaca kisah seram ni. Pastikan kuku ada cukup panjang untuk di gigit supaya jari tak terluka. hehehe... Almaklum la ada orang dia kalau takut habis kontot kuku dia gigit.

Oklah.. bagi memulakan upacara menyeramkan diri di blog marilah kita sama sama menyelami sebuah kisah satu unit apartmen yang mana setiap penyewa yang duduk kat situ mesti tak boleh bertahan lebih dari 14 hari. Nak tau kenapa... Jom kita bongkarkan misteri nusantara ni..

Alkisahnya seorang penulis buku tentang alam ni. Walaupun dia menulis buku tentang alam tapi dia tak percaya kepada perkara mistik & ghaib. Katanya selama dia menulis buku tentang alam.. dia tak pernah berdepan dengan kejadian kejadian mistik. Maka seorang pembaca buku dia ni cadangkan dia untuk menyiasat tentang sebuah apartmen seram. Apartmen ni katanya memang tak ada orang boleh tinggal lebih dari 14 hari. macam macam gangguan mistik akan berlaku. Jadi sebab dia nak rasai sendiri pengalaman seperti yang di ceritakan dia menyewa apartmen tersebut.

Dia cuba la meletak camera untuk merakam kehadiran apa2 entiti.. Malangnya camera tersebut di jatuhkan oleh sesuatu yang tak dapat di lihat dengan mata kasar. Dia mula di ganggu dengan gangguan bunyi ketukkan pintu & melihat kelibat2 yang seram sehingga sampai satu hari.. Dimana terbongkarnya satu rahsia besar. Roh yang menganggu penyewa apartmen tersebut adalah roh seorang perempuan yang dibunuh suaminya kerana cemburu. Kepalanya dia potong. Selepas membunuh si isteri.. si suami terjatuh dalam tab mandi selepas terlihat susuk tubuh tanpa kepala di belakangnya. Kepalanya terhantu & dia hilang ingatan.

Rupanya.. lelaki yang membunuh isterinya dengan cara kejam tu adalah penulis itu sendiri. Sebab dia hilang ingatan jadi dia lupa semua kejadian tu.. sampai la dia berpindah ke apartmen tersebut baru la dia ingat semula kejadian tu. Ending cerita dia di bunuh oleh roh isteri dia dengan cara lehernya di kelar. Maka.. dendam roh perempuan tu pun terbalas. Tamatlah sebuah filem bertajuk Apartmen.

Kalau dah filem seram melayu tu.. Walau hero filem ni antara pelakon peberet aku pun kalau dah jalan cerita bosan, tak best.. lembab.. slow & bla bla.. mengutuk dot com maka tiada pujian la untuknya. Filem paling boring untuk awal tahun 2016 yang aku tonton. Tapi ada jugak part aku terkejut rasa nak maki jer.. Cuma effect hantu takde kepala serius tak real langsung. Murahan betul filem ni.

Bukti pembelian. Original lagi so aku layak nak kritik kalau tak best. ahaha

Kalau nak bandingkan filem Apartmen dengan pembunuh kecil ni >> Inilah Pembunuh Paling Kecil paling seram & Sangat Merbahaya Yang Namanya Bermula Dari Huruf M <<.. aku rasa pembunuh kecil ni lebih seram kot dari tengok filem Apartmen ni. Walaupun rupa dia cute jer.. Tapi ramai yang seriau dengan dia. Buat malu je filem seram melayu dengan makhluk kecil ni. Makhluk ni takde akal pun mampu menakutkan orang.. Ni buat filem seram tapi tak mampu menakutkan orang menonton. Mana nak feel ye dak.

Moral of the story.. Kualiti cerita filem seram melayu aku rasa semakin hari semakin parah & low class sangat. Tak tau la bila filem seram melayu ni nak ada anjakkan paradigma. hehehe

9 comments:

  1. jalan cerita macam dah best tapi ada betolnye cakap2 ko tu dik...cerita seram melayu ni memang selalu meleret2 je kan...akak paling suka cerita seram melayu ni pontianak sundal malam,jgn pandang belakang dengan karak...

    ReplyDelete
  2. haaaaaaaaaaaa... akk tak tahu pun wujudnya cete ni. dah lama tak pi kedai dvd

    ReplyDelete
  3. yg paling x suka pelakonnya suka sangat teriak. sikit-sikit teriak. sound sistem selain soundtrack yg boleh didengar adalah teriakan. x best la...

    ReplyDelete
  4. Make sure kuku tu bersih kalau nak gigit. Kalau penuh daki, aduhai... cerita tak seram pun jadi seram!

    Alahai, filem seram Melayu ni kalau dianjakkan paradigmanya pun belum tentu menyeramkan. Akak ni teringinlah nak tahu apa perasaan bila dah beli original punya dvd tetiba lepas tengok terasa hampa, tidak ke Dik Suria kita mengamuk bagaikan langsuir?

    ReplyDelete
  5. jalan cerita cam dah best
    tapi cite pula tak best ye
    sape pelakon cite ni?

    ReplyDelete
  6. wahh suria peminat cerita seram rupanya. sy nk tgk citer seram pon xberani. takot teringat2. ahahah

    ReplyDelete
  7. Cerita x seram langsung.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!