LEPAS EMAS PUTIH, FARID NOR PULAK KOMPLEN RESTORAN FIZO OMAR

10.1.16 Suria Lekatlekit 7 Comments

LEPAS EMAS PUTIH, FARID NOR PULAK KOMPLEN RESTORAN FIZO OMAR. Isu restoran Fizo Omar yang tak memberikan service & menu yang terbaik mula jadi Viral mesti ramai nak cuba sebab nak siasat sendiri betul ke tidak apa yang di viralkan tu. Satu publisiti buat restoran retis kaki sentap ni. Tapi kalau tak ada tindakkan drastik mengatasi masalah ni dalam masa yang terdekat tak mustahil ramai lagi akan meluahkan perasaan tidak puas hati tentang restoran FizoMawar ni. Benda ni mungkin memberi impak pada perniagaan mereka.


Tu la Fizo orang tegur bebaik kau sentap macam anak kena bunuh.. Bila dah kau sentap maka jadi isu besar la. Bila jadi Isu besar maka bersedia la hadapi malapetaka alam maya. Kalau dah tau memang restoran kau ada masalah macam tu just perbaiki bukan salahkan pelanggan yang tak puas hati.

Semalam aku dah nampak orang mula viralkan pasa satu post di buat oleh individu bernama Farid Nor yang turut meluahkan perasaan tak puas hati dia dengan restoran Fizo Omar ni. Ni luahan hati seorang lelaki bernama Farid Nor..


So Fizo.. tengah nama restoran awak tu panas hot & spicy sila ambil tindakkan yang sepatutnya supaya pelanggan yang datang nanti tidak mengalami pengalaman makan yang mengecewakan seterusnya membuat post di media sosial bagi mengukukuhkan lagi bukti bahawa perkhidmatan di restoran anda agak teruk.

Jangan risau rakyat Malaysia ni walau suka memviral depa jugak sentiasa memberi peluang jika anda akui kesilapan, tak ego atau tak menyalahkan pelanggan & memperbaiki apa yang kurang pada restoran anda.

Tapi kalau yang jenis cerewet ni jangankan restoran fizo omar mana2 restoran pun dia rasa ada je tak kena.. Orang macam ni rasa dia masak sendiri je lagi perfect. Jadi kalau jenis spesis macam ni elok la makan kat rumah je. Boleh try resepi2 pelik ni >> 9 Resepi & Masakan Yang Confirm Korang tak pernah cuba makan atau Masak Menggunakan Laici <<

Moral of the story.. Kalau kita yang salah, mengaku je la. Jangan nak salahkan orang balik sebab dengan cara tu tak dapat nak betulkan keadaan malah menjadikan ia lebih teruk. Jadikan pengajaran.. kalau nak buat bisnes makanan ni pastikan anda memang mampu menyediakan masakan yang sedap & mampu berdepan dengan kerenah pelanggan. Nak meniaga mana boleh sentap sangat, ye dak??

7 comments:

  1. Alaaa teringin pun nk p merasa juga... naseb jauh jaa.. kalau dekat dh p dah...

    ReplyDelete
  2. kritikal adakala membawa kebaikan.... terima ajer la...

    ReplyDelete
  3. owh..again...kadangkala kita perlu akur..untuk menerima teguran biarpun pahit untuk kebaikkan jangka panjang dan masa masa mendatang...dan diharap juga yang menegur itu sememangnya kerana untuk bantu baiki kekurangan yang ada bukan beremosi..kesimpulannya memberi pandangan dan terima pandangan berlapang dada tanpa campur adukkan emosi..

    ReplyDelete
  4. kalau husbnd akk baca ni memang dia black list terus

    ReplyDelete
  5. sejak awal lagi akak tak penah terlior pon nak pi makan kat restoren abang pijo dan kak rose ni...selain jauh akak kureng sikit makanan thai ni...moga dia terus maju jaya dengan bisnes makanan ni...

    ReplyDelete
  6. betul tu..kena terima kritikan dengan positif la kan :)

    ReplyDelete
  7. Suria rasa patut ke akak try makan kat FizoMawar ni? Akak ni tak reti ampu, kalau tak sedap tulis aje tak sedap. Kalau sedap, akak datang lagi dan lagi sampai kena halau sebab bosan tengok muka pelanggan ni dok kat meja yang sama! Hahaha!

    Wah, hari tu sebelum buka kata pelanggan sampai tidur di kaki lima nak tunggu restoran buka! Dah buka ni apa ceritanya jadi macam ni. Nak berniaga kalau tak tahan panas telinga, susahlah. Cuba contohi Dato Bedah. Kita dok membebel pasal dia, dia juga yang makin murah rezeki dek kerana sifat selamba pekak aje dia dengan umpatan orang! Itulah baru ada pengalaman berniaga katanya!

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!