MALU BULU KEMALUAN DI CUKUR JURURAWAT HOSPITAL SULTAN ABDUL HALIM

1/13/2016 10:34:00 AM suria lekatlekit 8 Comments

MALU BULU KEMALUAN DI CUKUR JURURAWAT HOSPITAL SULTAN ABDUL HALIM. Nak tergelak pun ada baca screen shoot yang mula di viralkan pasal seorang lelaki yang nak jalani pembedahan di bahagian peha cela kangkang yang terasa macam di aibkan bila jururawat wanita mencukur licin bulu kemaluan dia sebelum operasi pembedahan berlaku.


Dia katanya tak puas hati sebab pembedahan tu bukan di kemaluan tapi di bahagian peha. Dia terasa macam orang ambil kesempatan keatas dia. Nak tergelak aku baca.. Aduhai! Nurse pun tak kuasa la nak pegang orang punya apatah lagi sesaja nak tolong cukur bulu kat tempat tu. Sebab tu procedure sebelum lakukan pembedahan terpaksa la jugak depa buat. Mungkin depa gelak2 tu sebab cover malu kot... atau depa memang rasa kelakar kena cuku bulu orang punya.


Kita tak boleh la nak gelakkan pesakit @ mangsa tu.. Bukan semua orang awam faham procedure sebelum lakukan pembedahan kat tempat berdekatan dengan alat sulit. Benda tu perlu di terangkan oleh doktor atau orang yang sepatutnya supaya mereka tak pertikaikan kenapa & mengapa sehingga berlaku salah faham. Jangan la gelakkan pesakit akak nurse Ooi.. Manusia ni ada perasaan malu. Nak2 melibatkan kemaluan ni. Dah nama kemaluan confirm la tempat tu la menjadi tempat yang paling malu kalau orang tengok.

Kemaluan ni bukan tempat untuk di tunjukkan pada umum macam kita tunjuk fesyen yang nampak trendy macam ni >> Tips Nampak Simple tapi stylo & trendy << Jadi bila terpaksa kangkang untuk orang lain buat sesuatu memang la tahap ke'malu'an tu tak dapat di ceritakan. Kita bersalin pun walau doktor perempuan yang sambut pun malu tu ada.

Moral of the story.. aku nampak kesilapan ni pada kedua dua belah pihak. Pihak petugas hospital yang mungkin tak jelaskan secara terperinci kepada pesakit kenapa perlu buat macam tu & pesakit tu sendiri tak tanya sampai faham kenapa perlu buat macam tu. Hanya serah diri lepas tu up kat media sosial.

8 comments:

  1. mayb nurse tu mcm tak sengaja kot nk gelak..maybe tergelak...sepatutnya doc yg kena bg penerangan pasal hal ni kat pesakit awal2 so xde lah di terkejut bila nurse bt cmtu.. apa2 pn moga ad penyelesaian lah utk pihak yg terlibat

    ReplyDelete
  2. mungkin lelaki ni memang betol2 tak tau pasal benda ni...memang kalau satu2 pembedahan dia kawasan sekitar peha dan keatas bahagian tu mesti la di bersihkan....kikiki... yg beranak czer pon kene gak padahal nak belah di bahagian perut...dia tak tahu tu ^_^ part yg sampai nak report polis tu kelakalaka....hahahaha

    ReplyDelete
  3. hrmmmm kesian tapi rasa macam kelakar hahaah

    ReplyDelete
  4. Patutnya kenalah beritahu kat pesakit yang kena cukur dulu sebelum pembedahan. Ataupun kalau mampu, suruh ajelah pesakit cukur sendiri kalau dia mahu. Nurse pun satu, walaupun nak bergelak sakan yang takda kena mengena, tak payahlah gelak masa buat kerja tu. Tentulah member tu malu dok fikir nurse gelakkan dia sebab lebat benar alahai .... ^_^

    ReplyDelete
  5. pihak hospital wajar maklumkan awal pesakit itu perlu bersihkan apa yang perlu sebelum pembedahan dijalankan...dan nurse juga perlu lebih jaga tatasusila..kalau nurse itu lelaki mungkin tidak begitu menjadi masalah..mungkin berlainan jantinakan..rasanya dalam bab ni perlu diketengahkan juga..maksudnya selagi boleh minta nurse lelaki uruskan..kesian juga pada pesakit ini sebenarnya..

    ReplyDelete
  6. patient laki kan,mestilah malu perempuan cukurkan..nurse pun jgnlah gelak..kesian kat dia..huhu

    sis perdu cinta tu betul gak tu..setuju komen dia

    ReplyDelete
  7. nurse pun..yang pi gelak nak buat apa..bukan benda lawak pun..tapi memang kena cukur pun sebab takut masa nak jahit balik ada bendasing termasuk jadi masalah lain pulak nanti..sama macam kita nak cari cincin jatuh kat jalan mesti kita tebas2 sikit rumput tepi jalan tu..kan?/sabit tu la orang kata toksah dok biar la bulu panjang2..kan dah malu..

    ReplyDelete
  8. Walaupun aku lelaki , aku pahamlah kenapa perlu kene cukur bulu anu kau tu , nurse pun dah lali lah tengok anu , kau pun satu duk semangat sangat simpan hutan kau tu kenapa dah tau ada pembedahan kt tepi anu kau , adoii mmg patot lah nurse tu gelakkan kau

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com