MENGIDAM MASA HAMIL CUMA MITOS

9.1.16 Suria Lekatlekit 3 Comments

MENGIDAM MASA HAMIL CUMA MITOS. Aku seorang perempuan yang pernah mengandungkan anak.. Anak manusia bukan anak cacing yer.. Kalau setakat anak cacing dari sebelum akil baligh lagi aku dah berjaya kandung & lahirkan dengan jayanya tanpa bantuan bidan kampung mahupun bidan terlatih hospital gomen.. Tu tak heran la.. Tak perlu ada persenyawaan.. aku boleh hamil anak cacing sorang2 jer. hahahaha...

Sumber Google

Bila Cakap pasal mengandung @ hamil ni auto ada kaitan dengan aktiviti mengidam. Topik ni mungkin ada ibu2 yang sedang hamil atau pernah hamil mesti marah atau tak setuju bila cakap mengidam tu cuma satu mitos. Tapi untuk pengalaman aku sendiri la memang aku setuju mengidam tu cuma satu mitos. Aku pun pernah ada rasa keinginan nak makan tu ni masa mengandung tapi jenis aku jarang nak layan perasaan sangat tak kira tengah mengandung ke tak mengandung ke. Aku layan diri aku kebanyakkan sama je macam tak mengandung. Keinginan tu kadang2 ada yang dapat & ada tak dapat atau ada aku lupakan saja. Boleh jer.. Takde la menganggu emosi sangat ke hapa. tetiba jadi cengeng ke tantrum macam budak2 ke tak dapat apa yang nak masa mengandung. Takde la sampai macam tu. Malah sampai ke hujung kehamilan pun aku still buat rutin rumahtangga macam biasa. Takde la asyik tidur je ke hapa.

Dari sudut perubatan pun tiada bukti wujudnya Mengidam.. Yang berlaku ada alasan dari sudut sains perubatan & takde kena mengena dengan janin atau bayi yang di kandung. Sebenarnya keinginan pada sesuatu tu tak mengandung pun kita akan rasa cuma entah la bila mengandung je tetiba cepat touching bila tak dapat. Mungkin kita yang pysko diri kita kot. Konon kita ni tengah mengandung bawa baby dalam perut. Makan pun untuk berdua.. So harap si suami tu berkorban sikit la layan kerenah kita sebab apa yang kita buat bukan pengorbanan kecil. Tu yang bila tak dapat dia punya muncung 4 x 100 meter lari berganti ganti. hehehehe. Tapi sebenarnya Kalau keinginan @ mengidam tu tak di penuhi pun tak bagi apa2 kesan pada bayi bila lahir. Cuma orang tua2 jer yang mewariskan kita dengan kepercayaan kalau tak dapat apa yang di idamkan masa mengandung nanti baby lahir air liur meleleh tak dapat ketagih.. ops.. tetiba teringat lirik lagu mak minah pulak. Maafkan saya... hehehehehe. Mitos tu Mungkin sebab nak si suami tu layan isteri masa mengandung baik baik. Sebab emosi pun bagi kesan jugak pada bayi yang di kandung.

Artikel Penuh boleh baca di SINI

So, ibu ibu mengandung walaupun time mengandung la katanya nak mengada ngada sikit dengan suami tapi jangan la psyko laki tu sampai dia pun jadi fobia. Asal dengar bini mengidam jer tetap cuba cari jugak walau terpaksa meredah hutan belantara semata mata takut anak lahir nanti air liur meleleh. Kita pun berpada pada la nak buat permintaan atas alasan mengidam ni jangan la sampai menyusahkan suami. Ada orang masa mengandung mengidam motor pink nasib baik la suami tu mampu adakan motor pink buatnya mengidam stadium bola pink jenuh nak minta Dato Vida taja pulak. Menangis bawah bantal laki dia. Mengidam motor pink tu kisah benar ok! Apa ke pelik keinginan dia tu kan... hehehe

Tapi kalau buat buat mengidam benda ni gamaknya dapat tak >> Barang Baik Yang Patut Tersenarai dalam List Mengidam Anda << Kalau zaman pun dah berubah, mengidam pun kena up to date jugak bersama teknologi kan? Apa barang mengidam asam boi lagi zaman2 hujung jari ni kan.. hahahaha

3 comments:

  1. Nasib baiklah masa akak mengandung kedua-dua anak mahu pun masa mengandungkan cacing kecil-kecil dulu (eh, ada ke kena bagi ubat cacing masa kecil dulu? Lupalah kena minta feedback kat emak ni...) tak pernah pulak mengidam. Okey aje. Mengidam nak pi Guardian pun takda, Suria. Kiranya akak ni memang pandai bawa dirilah, tak mahu menyusahkan suami keluar masuk hutan cari benda-benda yang kita idamkan! Setakat keluar masuk shopping mall tu cari handbag ke, kasut ke apalah salahnya. Itu time tak mengandung pun selalu aje mengidam!

    ReplyDelete
  2. oooo...mitos ke?

    sy dulu takde ngidam..cuma selera ke arah western je..huhu :p

    ReplyDelete
  3. tapi hakak terasa dgn husband. nak beli icecream rm1 pun dia x beri. pdhl waktu tu nk pkai duit akk. mgkin dia nk akk simpan duit beli yg perlu je. tp kite punyelah terasa. tp pndai pulak pujuk2 peluk. klu ikut hati mmg nk sepak2 je dia.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!