NAK BERSALIN WAJIB BAWA SMARTPHONE BERKAMERA LEPAS NI

8.1.16 Suria Lekatlekit 8 Comments

NAK BERSALIN WAJIB BAWA SMARTPHONE BERKAMERA LEPAS NI. Perkara biasa kat hospital dalam satu masa ramai orang bersalin sebab tu petugas yang menyambut bayi baru lahir kena buat kerja betul betul.. Jangan sambil dok bergurau senda sampai lupa nak pakaikan tag kat baby baru lahir. Kalau jadi kes macam pasangan suami isteri ni memang macam satu penganiayaan.


Nasib baik la baru 3 hari balik rumah pihak hospital call bagitau bayi mereka bawa balik tu tertukar dengan baby orang. Bayangkan kalau 3 tahun.. kalau aku walaupun anak orang nak bagi balik tu memang rasa macam langit duduk atas kepala. Tak tau la macam mana kejadian macam ni boleh berlaku. Memang la kita manusia yang tak lepas dari melakukan kesilapan tapi ada kesilapan kadang2 susah orang nak accept nak2 melibatkan zuriat yang bakal menyambung waris keturunan ni. Benda ni bukan perkara kecik ok! Boleh caca marba keturunan jadinya.

Selalu dok dengar komplen pasal hospital kerajaan tapi kejadian ni berlaku kat hospital swasta. Kau bayar mahal2 pun kalau sampai tertukar anak dengan orang lain memang tak guna jugak. Tu la hospital kerajaan ke private ke tak menjamin semua kakitangan dia mampu memberi perkhidmatan terbaik. Ia bergantung pada orang yang pikul amanah & tanggungjawab yang di berikan.

Berita penuh boleh baca kat SINI 

Lepas ni semua bakal2 ibu masuk dewan bersalin pastikan bawak smartphone yang ada camera jelas. Keluar je terus snap pic.. Manalah tau kan.. Tetiba discharge bawak balik baby orang pulak. Kita ambil langkah keselamatan awal katanya. Mewajibkan pada diri sendiri bawa smartphone masa nak bersalin. Sebab tu kalau ada rezeki lebih elok la korang beli smartphone ni sebab fungsi camera dia memang berkualiti & lebih jelas macam ni >> Inilah Smartphone Untuk Mereka Yang Suka Ambil Gambar << Senang kan ada smartphone macam ni masa dalam LR. Keluar je anak kalau tak mampu nak snap pic sendiri minta je nurse kat situ tolong ambil gambar. Kalau dia songeh cakap... Sekarang hospital pun tak boleh percaya. Baby pun boleh tertukar.

Moral of the story.. Hope kejadian macam ni tak berlaku lagi. Ni bukan soal tertukar baju ke hapa.. ni soal tertukar anak bukan tertukar anak patung. Dah tak pasal2 baby kena buat DNA..

8 comments:

  1. Tu la... Kelalaian manusia kan... Tu la... Rasa kena benarkan bawa masuk hp kat labor room...

    ReplyDelete
  2. camne bole sampai camtu sekali yek...melampau sungguh la diorang ni... :(

    ReplyDelete
  3. mcm xlogik pon ada...xkan mak nya pn x tgk tag yg ada kat bb tu...sblm blk hosp tu mmg xde check details eh..kalau kat hosp gov, sblm blk mmg nurse check 1 1 tagging then sblm keluar pintu pon, guard akan check plak betul ke x tagging tu..haish...x leh nak pikir cmne blh tertukar...

    ReplyDelete
  4. cuak jer rasa baca kes2 camni...pihak hospital kena lebih peka.

    ReplyDelete
  5. Allahu..
    Bahaya nya..
    Betul kata Suria..
    Melibatkan keturunan..
    Sudah pasti anak ibu sudah jadi ibu susuan kepada anak itu..
    Kalau tertukar kepada bukan muslim lagi lah parah..

    ReplyDelete
  6. Mak dia tak cam ker anak sendiri? Tapi memang scary. Memang kena amik gambar anak terus lepas bersalin macam ni ☺☺

    ReplyDelete
  7. Serius ke ni? Ya Allah, bikin aniaya orang aje! Nasib baik cepat beritahu. Betul juga kata Suria, kalau makan tahun kita tak tahu bayi tertukar atau mereka diamkan aje nak menutup kesilapan, tidak ke haru-biru jadinya!

    Lain kali lepas lega tengok baby keluar dan hilang dah meroyan sakit bersalin, teruslah snap gambar anak. Kalau boleh selfie siap-siap dengan emaknya supaya takda kes bayi tertukar dah bayi dan emak kandung dah berselfie bersamakan. Eh, kalau fikir balik, ada bagusnya juga berselfie ni yerk...

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!