NAK GEBU PUNYA PASAL INILAH KESAN AMBIL GEEBOO PEARL CAPSULE

7.1.16 Suria Lekatlekit 4 Comments

NAK GEBU PUNYA PASAL INILAH KESAN AMBIL GEEBOO PEARL CAPSULE. Amboi nama produk pun dah tak menahan.. Geeboo katanya.. Gebu sangat ke? Ke Geeboo hanya pada nama tapi tak gebu mana pun. Kalau dah lahir2 pun ala2 kicap kau jangan la harap dengan pengambil Pearl Capsule Geeboo ni tetiba boleh bertukar jadi macam cik mat gebu. Cik Mat Gebu tu baka dia memang semua gebu gebu sejak azali. Dia pulak mix cina.. erkk.. macam aku pernah tengok cik mat gebu pulak. Yelah.. tengok jari pun tau orangnya segebu namanya. hehehe


Tapi Geeboo Pearl Capsule kalau nak mencerahkan kulit tu ternyata berkesan. Serius.. aku berani cakap berkesan sebab aku dah cuba. Aku dapat produk 30 Desember 2015 yang lepas. Sebelum tu memang aku dah detox kan badan aku ni. Sampai sakit tekak katanya minum air lemon detox tu sebab petua nak cepat nampak kesan.. sebelum ambil Geeboo Pearl capsule ni better detox dulu. Alah bukan susah pun nak minum air lemon tu.. Malam 30 disember tu jugak aku try. Almaklum spesis tak menyempat macam aku ni. Sebab katanya ambil sebelum tidur kalau dia kata boleh ambil bila2 masa je gamaknya lepas posmen bagi tu bukan terus telan la kot. heheheh

Dalam satu bekas Geeboo pearl capsule jangan terkejut pulak. Dia bukan macam suplement lain yang 1 botol ada 30 biji untuk stock sebulan.. Pearl capsule ni lain sikit. Dalam satu bekas cuma ada 5 capsule untuk sebulan. Yer.. 5 capsule je untuk sebulan sebab dia bukan di ambil hari hari. 4 - 5 hari sekali untuk memudahkan khasiatnya di serap. Pearl capsule ni yang best tiada campuran bahan lain hanya 100% mutiara laut dalam. So tak perlu risau bahan kimia ke, bahan terlarang ke hapa dalam produk ni.

Kelebihan pear capsule @ Serbuk mutiara ni adalah..

Melembut Dan mencerahkan kulit
Mempercepatkan pertumbuhan sel kulit baru 
Menggalakkan penghasilan collagen & Mengurangkan garis halus kedutan
Menyembuhkan jerawat & Mengecilkan liang roma
Memperbaiki kulit rosak akibat pancaran MATAHARI Dan parut 
Mengatasi masalah pigmentasi Dan Rona kulit tidak sekata 
Meningkatkan keanjalan kulit & Mencegah Penuaan Kulit

Patut la lepas 2 biji capsule aku ambil nampak pori muka yang ternganga ni mengecil je. Jerawat pun tak singgah. Kulit pun nampak lebih cerah. Kalau muka tak aci jugak nak kata sebab produk ni sebab aku banyak pakai skincare tapi kalau badan, kaki & tangan cerah tu sememangnya punca produk ni la. Sebab aku perasan lepas seminggu aku ambil.. kesan pencerahan tu dah nampak. Takde la umpama semut hitam di malam yang gelap gelita sangat aku ni. hahaha

Memang aku puas hati dengan kesan pencerahan yang aku alami selepas ambil Geeboo Pearl Capsule ni selain membantu masalah liang pori yang terbuka dah macam kawah gunung berapi,masalah jerawat & parut jerawat. Sumpah aku tak tipu memang ada perbezaan kat kulit aku. Yang mana spesis rentung macam aku ni kalau rasa nak bercahaya sikit boleh la try Geeboo Pearl Capsule ni. Nak ambil dia pun senang sebab tak banyak pantang larang.. cuma perlu berpantang kafien sahaja macam produk pencerahan kulit yang lain. harga pun mampu milik. Kalau minat boleh contact akak comel ni.. Sis Xarra Whatsapp 017 2002677 Dia akan bagi consultant percuma nanti. hehehe

Marilah kita sama2 doakan semoga aku jadi gebu gebas macam Maria Farida selepas habis 5 Pearl capsule geeboo ni. Boleh la aku buat iklan melentok liuk hahahaha.

4 comments:

  1. Geeboo ni mmg boleh gebu ke ??

    ReplyDelete
  2. Aduhai, janganlah diingatkan iklan si Maria Farida tu! Jealous sambil gelak-gelak kita nanti. Akak rasa akak dah cukup gebulah. Kalau ambil produk ni, bukan gebu gebas lagi, tak tahulah gebu tahap ke berapa jadinya!

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!