REZEKI TERPIJAK DARI ZALORA

14.1.16 Suria Lekatlekit 12 Comments

REZEKI TERPIJAK DARI ZALORA. Dulu selalu dok dengar blogger2 lain cerita pasal dapat voucher shopping dari Zalora ni. tapi aku tak pernah pun dapat. Pernah jugak aku tanya macam mana nak dapat voucher shopping dari Zalora ni.. Depa kata buat post pasal Zalora nanti dapat la. Sebab aku rasa aku tak ada pengalaman membeli belah dengan Zalora so takde apa aku nak cerita pasal Zalora aku cuma tumpang gembira je kawan2 blogger lain yang selalu cerita dapat voucher membeli belah dari Zalora. Aku anggap tu rezeki depa.. Rezeki aku mungkin kearah lain dalam berblog.


Tup.. tup dah tutup pc, tutup lampu dah baring sebelah anak tetiba rajin pulak nak check email guna tab. Terpandang 1 email dari Zalora yang ajak berkerjasama. Almaklum la malam pertama bersama Zalora walau email tu di hantar 2 hari lepas. Aku pun tak faham kerjasama macam mana depa nak. So aku email balik minta penjelasan tentang kerjasama yang di tawarkan pada aku.. Sebab nama in charge tu melayu walau dia email dalam english aku bantai jawab dalam bahasa melayu jer. Ni Malaysia beb! Apa ada hal nak cakap bahasa melayu dengan sesama melayu. Kalau yang in charge tu nama bukan melayu maybe aku merangkak2 jugak speaking london. So, pada yang rasa tak expert nak jawab dalam english.. kau belasah je melayu kalau in charge tu melayu macam aku. Walaupun dia akan balas dalam English jugak. hahaha

Hari ni buka email.. Tengok dia dah reply bagitau pasal kerjasama tu.. Aku kena buat 1 post untuk bla.. bla.. & akan di beri ganjaran Voucher bernilai RM100. Dalam sambil2 dok reply email tu aku mula la taip entri kerjasama dengan Zalora ni. Jangan risau.. Insya Allah aku boleh buat entri review last minute ok! Dalam Masa setengah jam je siap. Yelah.. kena post sebelum esok jadi aku tak suka nak post last minute sangat. Bagi aku sehari sebelum due date pun dah last minute. Lepas aku dah post terus email balik link entri tu. dia puas hati terus dapat code voucher yang di janjikan. memang cepat dia bagi feedback kan? Post terus dapat. Terbaik la Zalora.

Ni betul2 rezeki yang terpijak. rezeki yang tak di jangka jangka. Rupanya nak dapat voucher shopping ni ikut nasib je. Kalau blog kita terpilih dorang akan email kita ajak collaborate.  Jadi teruskan menulis bagi mereka yang belum dapat peluang ni. Dengan kerajinan kita menghapdet blog Insya Allah akan datang rezeki2 yang tak di jangka.

Voucher RM100 ni dalam kepala hotak aku nak shopping baju jer.. Tapi nak fesyen2 yang jenis macam ni >> Rahsia Nampak Ringkas Tapi Stylo. Anda Mesti Cuba Bergaya Macam Ni << Bukan je selesa tapi nampak up to date katanya. hehehe..

Moral of the story.. Terima kasih Zalora. Kalau boleh next time offer lagi. RM100 tu pun bernilai bagi blogger picisian tepian longkang macam den ni. hehehe

12 comments:

  1. Yes. Pilih jgn x pilih. Memang best !

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.. murah rezeki Suria..
    Nanti kalau ada yg terpijak-pijak tu..
    Sedekah kat akak sikit ye hahaha..

    ReplyDelete
  3. alooooo...hari tu ada gak adik dari zalora suh email dia tapi hakak dah terlupa...mungkin kes camni gak....takpe la takde rejeki :') tahniah suria dan selamat shopping ye...rm100 tu kire banyak gak kan

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah rezeki. Cx suka kata2 smgt sis tu .. tulis je .. update blog .. kita tk tau rezeki kita kan. Tq sis

    ReplyDelete
  5. best best..haah..dulu pon ade gak dorg suh post..tp die bg voucher 50% discount..sy bg dekat kawan..sebb tatau nak beli ape.

    ReplyDelete
  6. PERNAH DAPAT ... KAN DIE BANTAI JAWAB OMPUTEH JG ...LAST2 AKU TERPAKSA TULIS OMPUTEH JUGA.....

    ReplyDelete
  7. waaa..best2..zalora x pilih kasih..blogger tak popular cam sy pun pernah dpt tau..best kan :)

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah, tahniah :) saya tahun lepas dapat, tahun ni x de rezeki lagi hihuhihu

    ReplyDelete
  9. Pernah dapat dah dulu.. mula dia bg voucher, pastu tak lama tu dapat offer duit pula... saya pun dapat lagi tahun ni.. tapi tak guna lagi voucher tuh..

    ReplyDelete
  10. Tahniah, Suria. Akak dah terlepas rezeki ni. Akak rasa akak taulah nama perempuan Melayu tu sebab memang dia pun yang in-charge. Akak pernah dapat email daripadanya tapi punyalah akak tak bagi feedback bertanya lebih lanjut! Akak lupa sebenarnya maklumlah kat office tak boleh buka personal email. Kat smartphone pun once in a blue moon omputih kata check email. Makanya kerjasama terkuburlah sebab akak jual mahal tanpa sebab munasabah. Lagi pun akak masa tu banyak lagi voucher Zalora. Itu yang eksyen sikit kot. Keh3x.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!