SEMUA BERLAKU KERANA TERPENGARUH DENGAN CIK MAT GEBU

1/16/2016 08:04:00 PM suria lekatlekit 4 Comments

SEMUA BERLAKU KERANA TERPENGARUH DENGAN CIK MAT GEBU. Memang punca dia cik mat gebu hokay.. Kalau tak mesti aku tak jadi ketagih sampai macam ni sekali. Mana tahan beb asyik dok melintas depan mata jer.. Tok Imam pun boleh tergugat inikan aku yang iman tak kuat. Tapi pengaruh tu pengaruh macam mana? Buruk ke baik?

Ni Gambar Hak Milik Blog Dapur Tanpa Sempadan. Terliur kan tengok gambar masakan Cik Mat Gebu ni. Nak resepi sotong ni meh terjah kat sini >> SOTONG TUMIS SOS TIRAM <<

Dulu memula buka account Instagram aku sendiri tak tau nak share gambar apa sangat. buat instagram pun sebab dulu ada job review yang memerlukan review di Instagram jugak. Tapi Kalau dah buka account instagram tu memang untuk berkongsi gambar la kan.. Takkan nak berkongsi luahan hati pulak walau tetap ada yang jadikan semua account media sosial dia termasuk Instagram ni tempat nak luah segala apa yang dia rasa. Instagram aku memang untuk aku kongsi gambar. Nak2 sekarang aku gila ambil gambar masakan. Ni semua pengaruh cik mat gebu la.. Jeles tengok gambar2 masakan dia yang cecantik.

Ni gambar yang di ambil dari Samsung Galaxy S4 Zoom guna auto mode je bukan lagi dari DSLR macam dulu. Skill tu masih tahap amatur la.. Tapi takpe usaha tangga kejayaan. Laksa tu homemade air tangan melekat lekit.. Rasa dia memang sebungkus laksa aku je makan sorang2 selama 2 hari. Ni pun rasa next week nak masak lagi. hahaha

Setiap hari aku belajar untuk cari shoot menarik bila ambil gambar masakan aku. Nak kata berjaya ambil gambar macam cik mat gebu tu takde la.. Cuma aku rasa macam skill ambil gambar aku improve jugak la dari dulu. Mungkin sebab aku dah ada Galaxy S4 Zoom yang asben aku belikan untuk aku sebab kesian kat bini dia asyik merintih nak Cybershot camera. Tapi aku still kena banyak belajar lagi macam mana nak ambil gambar yang menarik untuk Instagram aku. Secantik gambar masakan yang cik mat gebu ambil tu.

Orang kata bagai mengantuk di sorong tilam,bantal & selimut.. Tengah dok cari tutorial nak ambil gambar cantik untuk instagram terjumpa pulak artikel ni >> Rahsia Ambil Gambar Cantik Untuk Instagram Terbongkar. Rugi Tak curi ilmu ni << Nak2 lagi yang suka travel & ambil gambar. Memang membantu sangat la artikel ni. Rugi korang tak rebut peluang belajar dari artikel ni tau.

Untuk pengetahuan semua kalau sekarang ni tengok aku suka upload gambar masakan aku ketahuilah.. aku cuma terminat ambil gambar masakan bukan semata mata nak tunjuk apa aku masak & makan. Selagi aku tak dapat skill macam cik mat gebu.. selagi tu aku akan terus ambil gambar masakan aku katanya. hahahaha

4 comments:

  1. perghhh sotong goreng mmg sedap makan dgn nasi panas pun jadi la... pandaninya suria buat laksa. nak minta la...

    ReplyDelete
  2. Sotong tu memikat selera..
    Laksa tu buat kita rasa nak tapau je.. ;)

    ReplyDelete
  3. sotong gitu memang feveret aida.
    biasa sgt masakan sotong kat umah aida ni.
    yes. sehari ke sehari kena upgrade skill. moga sukses ye :)
    aida ni pakai camera cabuk aje. janji ada gambo hi hi...

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com