SERAM! PADAH MENGHIDUPKAN ORANG DAH MATI SELAMA 3 HARI

23.1.16 Suria Lekatlekit 1 Comments

SERAM! PADAH MENGHIDUPKAN ORANG DAH MATI SELAMA 3 HARI. Tengah mood menulis cerita seram ni elok la kita manafaatkan sebaik mungkin dalam segmen seram serik lekat lekit. Almaklum la tengah ada sumber seram lagi.. Nanti dah habis sumber inspirasi tulis cerita seram mungkin cerita seram kat blog lekatlekit.com ni berehat sekejab la macam selalu.

Sumber Google

hari ni.. Kisah seram terpilih adalah kisah di sebuah perkampungan yang ada sekumpulan penduduk ni yang boleh membuat ritual untuk menghidupkan orang yang dah mati selama 3 hari bagi memberi peluang kepada ahli keluarga mereka melepaskan rindu. Nak di jadikan kisah ni adalah sepasang suami isteri yang kematian anak akibat di gigit anjing. Hidup mereka jadi tak bahagia la selepas satu satunya anak depa ni mati. Sampai si isteri ni minta suami dia lepaskan sebab dia rasa macam tak boleh bersama lagi.

Bila kematian anak mereka menjadi punca kehidupan mereka jadi tak bahagia mereka berpindah ke sebuah daerah yang agak terpencil. Sebab mereka hidup dalam kesedihan seorang lelaki yang berasal dari tempat tersebut tawarkan satu upacara untuk menghidupkan kembali anak mereka yang dah mati tu selama 3 hari supaya mereka dapat melepaskan perasaan rindu. Bila dah bersetuju maka ritual tersebut di adakan. Maka bermula episod seram.. selepas 3 hari mula2 pasangan laki bini ni tak nak hantar balik anak mereka ke kubur & budak tu pun tak nak kembali ke alam kubur. Maka dia mula membunuh orang2 yang cuba mematikan dia semula.

Akibat dia jadi semakin ganas.. maka mak bapak dia pun rasa perlu kembalikan dia ke kubur. Setelah berusaha akhirnya berjaya juga ibu kepada budak tu berjaya bawa dia untuk di kuburkan semula. Selepas kanak kanak tersebut di tanam.. tiba2 tangannya menarik kaki si ibu lalu si ibu jugak ghaib ke dalam Tanah. Rupanya si ibu pun sebenarnya dah mati tapi di bangkitkan semula dengan ritual yang di jalankan oleh kumpulan penduduk kat situ atas permintaan suaminya. Tapi kerana terlalu sayang.. dia tak nak pulangkan isteri dia ke alam kubur sehinggalah anak mereka lahir & mati.

Cerita ni memang tak ada sangat la kelibat2 menyeramkan macam watak hantu.. Tapi jalan cerita dia sumpah aku suka. Ya Allah.. serius aku sampai menangis lepas tengok cerita ni sebab macam dapat feel perasaan seorang ibu tu rindu anak dia yang dah mati. Bila anak yang dah mati tu tiba2 dia dapat jumpa balik, memang la sapa2 pun akan rasa berat hati untuk lepaskan. Walaupun hanya cerita rekaan dalam filem.. Tapi sangat sampai ke hati la cerita ni pada aku. Cuma ada action2 yang ngeri sebab tu filem ni di klasifikasi 18.


Cerita ni yang aku google.. dia filem yang low budget. Tapi sebab kekuatan jalan cerita dia, filem ni jadi not bad untuk di tonton. Filem ni tahun 2011. Dah lama la.. Aku beli dvd dia pun sebab dah tak banyak dvd cerita seram yang best aku jumpa minggu lepas.

Jadi aku rasa tak menyesal membeli DVD filem Wake Wood walaupun cerita lama tapi sebab aku tak pernah tengok jadi cerita baru tengok bagi aku. Bukan nak kondem.. Kalau beli dvd filem melayu kebanyakkan jadi bahan mengumpat je kat blog aku berbanding filem luar ni. Bukan la aku taste western ke hapa.. Tapi dah memang filem luar lagi best nak buat macam mana, kan.

Moral of the story.. Seseram manapun sesebuah filem tapi tak mampu jadi seseram ni bila geng2 makcik berkumpul nak2 lagi hari perayaan.. Mereka ni ada satu watak yang menyeramkan anak anak buah nak2 lagi yang ada akil baligh sebab mereka ada perangai tipikal macam ni >> 19 Perangai Menakutkan Golongan Makcik Bila Berkumpul Di Hari Perayaan << Jadi.. kalau kata filem wake wood ni seram korang dah takut nak tonton rasanya makcik makcik macam ni mesti korang tak sanggup nak hadap. hahahaha

1 comment:

  1. akak macam penah je tengok cite ni...tapi di mana ya ?? bini dia gandungkan dik pastu lepas 9 bulan bini dia kene tarik dlm tanah dia hidupkan balik sebab nak amik baby dalam perut...gitu la kot...ke akak tengok cite lain ni...hahaha

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!