WANITA TERLALU BERDIKARI BUAT LELAKI JADI TAK BERTANGGUNGJAWAB

28.1.16 Suria Lekatlekit 6 Comments

WANITA TERLALU BERDIKARI BUAT LELAKI JADI TAK BERTANGGUNGJAWAB. Terbaca satu caption tengah viral sekarang. Tak tau la yang tulis tu lelaki ke perempuan. Dia komplen pasal perempuan yang berstatus bini ni nak pergi clinic untuk pregnancy check up kena laki teman. nak bawak anak pergi klinik sebab demam pun laki kena teman. Kalau perempuan soalan aku nak tanya.. Laki kau ke kena teman? Kalau belum kawen kau jeles ke sebab takde orang nak teman kau pergi klinik. Kalau dia lelaki.. Kau spesis tak berapa lelaki la persoalkan benda yang sememangnya tanggungjawab seorang lelaki bernama suami.


Aku dari pregnant sampai hari nak beranak.. Lepas beranak nak bawa anak pergi monthly checkup.. laki aku teman tanpa gagal. Yes.. Memang aku tak berdikari bab tu sebab aku ada laki. Kalau aku takde laki maybe aku boleh buat sendiri. sebab aku ada laki.. laki aku nak protect aku dari berlaku perkara2 tak di ingini sebab tu laki aku sentiasa temankan aku nak kemana mana pun. Sepanjang aku bergelar bini orang rasanya aku tak keluar rumah kalau bukan laki aku ada sekali. Salah ke? Sedangkan itulah yang terbaik.. Mengelak fitnah berbanding kita keluar sendiri atau dengan kawan kawan. Kalau tak ada pilihan sangat.. Macam laki aku tak sempat nak hantar & ambil anak aku dari tadika. So aku terpaksa pergi hantar & ambil.. baru la aku keluar sendirian.

Orang yang buat status ni aku syak dia rasa inilah status paling bijak dari dia

Takde istilah perempuan tak boleh berdikari bagai kalau semua yang menjadi tanggungjawab seorang lelaki tu suami yang buat. Dah memang tanggungjawab dia kot.. Kau nak pertikai apa. Yang pertikai tu aku syak dia masih tak jumpa jodoh atau baru kena cerai. Yelah.. nak pujuk hati sendiri yang tak ada orang temankan konon dia buat semua benda sendiri tu berdikari sangat la. Sebab kau dah tak ada pilihan beb! Cuba kau ada laki.. ntah2 kalau boleh transfer taik kat laki kau pun.. kau transfer sebab nak suruh laki kau tolong berak untuk kau.

Ni dari apa yang aku sendiri tengok la.. Kadang2 perempuan yang terlebih berdikari.. dari cari duit sampai uruskan anak2 & rumahtangga semua dia buat sendiri lelaki akan jadi malas & tak bertanggungjawab. Sebab semua tanggungjawab dia.. bini tolong settle. laki dia goyang loceng je la. Tak payah fikir apa2 sangat. Cukup bulan settle sikit2 bill yang ada.. makan pakai anak bini tak payah ambil kisah. Bini yang handle semua. Memang perempuan kena stanby sekiranya berlaku perkara tak di ingini tapi selagi ada ikatan suami isteri, tinggal sebumbung, tidur sebantal.. Jangan ajar laki selesa sangat. Biar dia pikul apa sepatutnya dia pikul supaya dia belajar untuk jadi orang yang lebih tahu tanggungjawab & reti nak bertanggungjawab. Kita tolong apa yang dia tak mampu sangat jer...

Pun macam tu kaum perempuan ni jenis tak berkira sangat dengan lelaki. Walaupun dalam agama tugasan macam ni bukan tanggungjawab seorang perempuan  Tapi seorang ibu tak kira dia bekerjaya atau tak tetap dia tolong suami dia buatkan semua ni. Sebab tu dia sanggup pratikkan benda2 macam ni>> Perempuan Bergelar Ibu Sanggup Buat Benda Ni Setiap Pagi Untuk Anak & Suami << supaya dia sempat settlekan semua benda sebelum anak2 kesekolah & suami pergi bekerja. Suami rilex je bangun siap2.. breakfast terus pergi kerja. Sedang seorang wanita,ibu & isteri kelam kabut nak pastikan semuanya siap dalam masa yang singkat.

Moral of the story... Orang bodoh je mempertikaikan perkara yang dah menjadi tanggungjawab seseorang. Lelaki @ Suami di cipta untuk seorang wanita adalah untuk melindungi &menyanyangi.. Jadi takde sebab kau nak kata perempuan tak boleh berdikari sebab asyik nak suami temankan. Ok la tu yang teman laki dia bukan laki orang. Kau sibuk sangat apahal???

6 comments:

  1. tak eloklah pertikaikan camni, tanggungjawab lelaki apa2 hal pun.

    ReplyDelete
  2. semoga kita dapat didik anak lelaki kita bertanggungjawab

    ReplyDelete
  3. Kalau tuan punya status tu lelaki, malang sungguh sapa yg jadi bini dia.Kesian. Jelas sangat sifat takdak tanggungjawab tu

    ReplyDelete
  4. saya memang setuju 1000% dengan apa yang akk katakan... jangan jadikan diri tu supermom atau superwomen kalau ada suami kat rumah ye...

    ReplyDelete
  5. memang tanggungjawab laki camtu kan..saya dulu kena g check up sorang sebab PJJ dengan husband..skang dah duk dkt, tp dia susah sikit nak dapat cuti kalau anak check up..kena saling memahami la..tp sy kalau boleh nak gak husband ikut..huhu

    ReplyDelete
  6. Hmmm Mmg betul, saya bermasalah juga sebab saya terlalu berdikari... Saya bekerja dan juga membuat biz online, dia tak kerja & minta tolong buat biz online pun tak nak (takda feel nak layan customers bagai)... Setiap hari dia hantar & ambil anak sekolah je... Masa lain dia habiskan tgk movie kat rumah & tidur je... Dah tido bangun perut lapar meroyan pulak tu... Saya mmg tak memasak weekdays balik kerja saya terus packing order biz online utk poslaju... Mmg makan beli bungkus je la... Tapi yg paling sakit hati dia nak makan pun suruh anak gi beli untuk dia tak kira la wpun dah malam! Dah 14 tahun saya bersabar anak pun dah ting.1... Kami kahwin pun atas rancangan keluarga, tak bercinta pun... Semoga ALLAH membuka hatinya & memberi saya kesabaran yg lebih lagi... Aminnn

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!