BLOG YANG ADA IKLAN TAK LAYAK BERKONGSI PERKARA BAIK

13.2.16 Suria Lekatlekit 3 Comments

BLOG YANG ADA IKLAN TAK LAYAK BERKONGSI PERKARA BAIK. Tu dia.. dah bagitau siap2 entri ni entri melahar sambil meluahkan perasaan. Bagi yang baru berkenalan dengan blog puaka lekatlekit ni harap maklum penulisan kat sini memang konsep outspoken. Yang hati tisu jamban pi baca blog2 cinta. Kat situ penulisan dia memang sweet like kencing manis. atau tak payah baca blog.. setiap pukul 7 malam.. duduk terpacak depan tv3. Tengok la drama fantasi cinta melayu.. Merewang la sampai ke langit ke tujuh.


Aku ni kalau cakap memang kadang2 direct to the point. ayat2 aku memang kurang belaian sangat. Senang sikit orang nak faham kan dari dok berkias kias alih2 orang salah faham. Kalau aku tak puas hati aku cakap terus. Tapi takde la sampai maki hamun atau mencarut cuma mungkin garang sikit la. Ni kes pasal entri review produk jus caliph semalam. Alkisahnya.. Aku share la entri tu kat satu group ni. Group tu berkaitan dengan anak2 autisme & masalah perkembangan. Sebab aku pun memang selalu join berkomen tapi tak pernah post apa2 kat situ. Kebetulan aku rasa testimoni aku ni memang sesuai kongsi dengan mak bapak kat situ sebab lala pun sebahagian dari mereka walau setakat ni dia hanya di klasifikasi sebagai SI problem oleh therapist dia. Menurut therapist benda tu boleh hilang bila dia makin besar nanti dengan syarat kena la terapi. Lala ni banyak jugak delay. Aku dah cerita kat entri review Jus Caliph tu. Rajin hangpa pi la baca noh..

Nak kata banyak sangat like & share dari group tu tak ada la sangat tak tau pakcik bersongkok ni dengki tang mana dengan post aku tu kan?

Ada pulak pakcik berprofile gambar bersongkok ni macam tak puas hati pulak aku share entri pengalaman bagi anak aku jus caliph tu. Dia nak kata aku saja ja nak meraih traffic kat situ. Sebab blog aku ni pun ada service iklan. Kat blog aku pun sedia ada iklan yang orang sewa. Ya Allah.. sampai macam tu mentaliti orang kalau dengki ni kan? Secara logiknya takkan sebab 1 entri tu aku nak share pada mak bapak yang mungkin perlukan produk yang boleh membantu perkembangan anak anak istimewa depa & nak tunjuk betapa ikhlasnya aku nak share kebaikkan dengan depa aku kena remove semua iklan kat blog? Logik ke dak.. keikhlasan seseorang di nilai dari situ.

Misleading hapanya. Kalau dah dengki dengki jugak la. Orang lain tak keliru pun. Orang yang suka keliru ni orang malas baca tapi nak judge orang tak tentu pasal

Cara blogger nak berkongsi info dengan orang lain adalah review. Ada je review yang tak berbayar. Depa tulis sebab nak share pengalaman lepas guna produk atau pergi ke sesuatu tempat. Sebab blog sekarang menjadi sumber rujukan kepada ramai orang sebab tu pengiklan pun mula buka mata pada blogger. tapi tu la mentaliti orang dengki ni... sebab blog dah boleh buat duit.. asal kita kongsi apa saja depa tuduh tu nak raih clik kat iklan. Nak raih traffic. Nama pun blog.. kita tulis untuk orang baca. Traffic tu adalah dari pembaca. Kalau tak ada pembaca macam mana nak sampaikan informasi. Fikir guna otak la beb bukan kepala lutut. Benda tu memang akan ada pada sesebuah blog. Kalau kau tulis perkara yang kau tak nak dapat traffic @ orang lain baca atau tahu baik tulis diari.


Tak semua perkongsian tu bersifat materialistik semata mata. Macam aku.. Ada anak yang delay macam tu. Kau tak tahu macam mana perasaan seorang ibu yang ada anak masalah dengan perkembangan ni. Cuba macam2 cara, supplement, terapi bagai nak improve kekurangan anak tu. Syukur sangat la kalau ada orang kongsi sesuatu yang boleh bantu perkembangan anak kita. Aku fikir dari sudut diri aku seorang ibu yang ada anak macam tu. Aku yakin semua ibu2 yang ada anak masalah perkembangan tak kira la autisme ke, dyleksia ke, speech delay ke, slow leaner ke akan sentiasa cari sesuatu yang boleh merangsang perkembangan anak anak mereka. Atas sebab tu aku berkongsi kat group tu. Aku yakin ada yang masih tak tahu pasal produk tu. aku join group tu sebab aku suka baca perkongsian mereka yang boleh bantu anak aku jugak. Aku pun Selalu jugak aku google baca kat blog2 pasal anak anak yang macam anak aku.  Blog sekarang majoriti paling tak pun mesti ada iklan nuffnang. Susah nak jumpa blog yang memang semata2 entri je. Kalau ada pun aku rasa hanya 10%. Kalau nak menilai niat orang berkongsi dari iklan yang ada kat blog.. Kau memang ada kuasa mistik la beb! boleh baca niat orang. Gua respect lu dengan ibu jari kaki.


Pasal iklan pakcik bersongkok tu nak dengki. Kau tau tak pakcik Ooi.. Iklan tu sewa dia murah. Serendah RM10 - RM40 sebulan. Kau tau sapa yang dok iklan.. semua peniaga melayu beb! Peniaga kecil. review majoriti pengedar produk atau peniaga online kecil kecilan. Kau nak dengki sangat dengan orang melayu dah kenapa. Benda tu membantu jugak meningkatkan ekonomi orang melayu. jenis manusia yang memang suka tengok bangsa dia duduk bawah tapak kaki je memang apapun dia dengki. Aku ni surirumah je pakcik OOi.. Laki aku bukan menteri kaya raya. Duit iklan kat blog ni pun salah satu benda aku belanja buat beli supplement anak aku jugak. Tu pun kau nak dengki ke? Bukan puluh ribu pun sebulan aku dapat.

Aku tulis blog sambil cari rezeki bukan bermakna semua yang aku tulis hanya kerana duit walau ada iklan. Tu cuma kerja sambilan. Ada rezeki ada la.. Apa yang aku kongsi kalau baik sama2 rasa. Kalau buruk dosa tu kembali kat aku jugak. Jadi pengajaran kat sini.. yang baik jadikan panduan yang buruk jadikan sempadan. Simple. tak payah la dengki sangat kat kami blogger yang pacak iklan kiri kanan.. Kami juga ada hati yang nak menyumbang pada orang lain jadi jangan nilai semua post kami ni semua ber nawaitu 'duit' semata mata. Takkan sebab blog kami ada iklan kami tak layak nak share perkara kebaikkan. Renung renungkan.. selama beramal.

3 comments:

  1. memang ramai la yang pemikiran macam pakcik songkok ni...pernah dulu sampai ada yang pm akak rimas sebab banyak share entry blog akak kat facebook akak sendiri..dia rimas...last2 dalam dok rimas tu dia boleh kata , setiap kali orang klik entry akak , akak akan dapat duit...lawak la bunyi nya..dia ingat klik je kita dah dapat duit..nampak sangat tak paham..apa dia ingt semua yang kita share tu untuk duit je..hahahah...sebab tu ada yang sampai sekarang risau sangat nak klik apa yang akak sahre kat facebook tu..takut akak dapat duit..dengki sangat tu..heheh

    ReplyDelete
  2. erk...ada gak spesies begini ye. tak pe la abaikan aje la sbb hanya truth blogger je tau. hihi...

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!