CHACHA MAEMBONG BERSARAPAN DENGAN PRODUK YANG DI BOIKOT

23.2.16 Suria Lekatlekit 3 Comments

CHACHA MAEMBONG BERSARAPAN DENGAN PRODUK YANG DI BOIKOT. Bukan je chacha maembong yang masih beli produk ni malah ramai dulu yang konon boikot sekarang tidak lagi walaupun Musuh masih memerangi Islam tanpa noktah. Tapi Biasa la kita kan suka memboikot bermusim... Benda tu hak individu. Nak boikot memang di galakan, Kalau tak nak pun takpe tak jadi dosa.


Aku ada la certain benda yang masih boikot & ada produk2 yang macam tak jadi kontroversi sangat aku still guna. Konsep boikot bukan sampai menyusahkan diri tapi untuk menyusahkan pihak lawan. Jadi fahami konsep boikot sebelum nak cari gaduh dengan orang pasal isu boikot. Banyak produk Yahudi yang kita perlu guna untuk kepentingan dalam kehidupan kita seharian jadi benda tu kalau kita tak guna mungkin menyusahkan diri sendiri. Maka tak perlu nak boikot. Mana2 produk yang tak bagi kepentingan pada diri kita.. elok la boikot.

Tapi bila tengok retis mempromosikan sarapan pagi dari produk yang di boikot macam chacha maembong ni >> Ini Sarapan Pagi Pilihan Chacha Maembong Yang Mungkin Akan Di Kritik << Mungkin ada peminat akan bagi komen yang negatif sebab masih ramai yang memboikot produk ni. Tapi aku tengok memang produk ni gigih buat promosi untuk kembalikan kepercayaan pelanggan. Tu tanda boikot kita dulu memang memberi kesan pada mereka.

Apapun.. retis tu mungkin di bayar. Biasa la retis, asal bayar je boleh. Tapi bukan semua retis. Masih ada retis yang tak boleh di beli sebab mereka ada prinsip macam Afdlin Shauki, Heliza Helmi & ramai lagi.

3 comments:

  1. Berbalik pada niat dan pendirian juga kan...nak buat sesuatu mesti tahu visi dan misi...kalau ikut ikut perkara itu akan tidak bertahan lama...betul setakat ni Heliza Helmi berada dipaksi ketegasannya.

    ReplyDelete
  2. Ya, boikot produk-produk mereka yang sememangnya kita tidak perlu pun. Paling penting ialah boikot cara hidup mereka. Itulah yang paling utama.

    ReplyDelete
  3. Nak boikot pun jangan main suka-suka sebab ikut orang boikot. Tengoklah dulu, fikir masak-masak sebelum memboikot. Nanti dah beria-ia memboikot tetiba tak tahan, terus hilang ciri-ciri pemboikot tau :)

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!