CIKGU.. TOLONG JANGAN MENIPU!

2/03/2016 10:41:00 AM suria lekatlekit 15 Comments

CIKGU.. TOLONG JANGAN MENIPU!. Pejam celik dah sebulan anak aku ke sekolah tabika ... Alhamdulillah aku sentiasa pantau perkembangan dia kat sekolah. Cikgu cakap ok je. Dia boleh bergaul cuma masalah biasa dia cuma attention. Tu aku sedia maklum memang anak aku ada masalah. Anak aku ni.. Perkembangan dia delay. Dia ada SI problem yang memerlukan terapi untuk pulihkan. Therapist dia pun selalu mention, Insya Allah masalah SI ni boleh hilang cuma perlukan terapi. Aku just cuba yang terbaik je.. Selebihnya aku redha dengan anugerah Allah paling aku sayang ni. Sebolehnya aku tak nak bebankan anak aku di luar kemampuan dia.


Selepas sebulan kesekolah.. hari kedua di bulan kedua persekolah tetiba balik muka dia ada kesan luka. Muka bapak dia pun jadi muka orang terluka sangat. Almaklum la.. anak kesayangan. Dah tu.. itulah satu satunya anak dia setakat ni. Sebab bapak dia yang collect dia dari sekolah semalam.. (memang rutin pun bapak dia hantar & ambil dari sekolah kecuali ada hal aku la take over tugas tu). Kata bapak dia cikgu cakap dia garu tapi serius kesan luka tu memang bukan kesan garu. Lagipun selama 4 tahun aku jaga sendiri anak aku tak pernah pulak lala garu muka dia sampai luka macam tu. Kuku pun aku sentiasa potong pendek. Kesan dia macam tercucuk sesuatu. Bertitik2 macam tu kesan luka dia. Muka pun comot sikit.. sebab aku tau anak aku menangis. Yelah.. aku yang jaga dia selama 4 tahun 100%. Aku tahu macam mana kesan anak aku lepas menangis.

Aku syak cikgu tak bagitau perkara sebenar apa yang berlaku kat anak aku. Memang alasan.. "dia garu kot.. " tu mencurigakan sangat. Aku bukan nak salahkan cikgu tapi aku risau bila cikgu cuba sembunyikan sesuatu yang berlaku pada anak aku macam ni, aku rasa anak aku tak secure kat sekolah. Kalau dia jatuh ke, kawan yang buat ke atau apa2 je.. Just bagi tahu benda yang betul. Bila dia bagi alasan yang tak logik.. serius aku rasa tak puas hati sangat. Aku dah mention awal2 anak aku macam mana.. Dorang yang cakap takde masalah nak terima anak aku sekolah kat situ. Aku tak paksa pun. Tapi dorang yang bagi jaminan Insya Allah dorang akan bantu anak aku.

Ni kesan luka dah kering sikit aku snap pagi tadi. Memang tak nampak langsung macam bekas dia garu. Dekat sangat dengan mata..

Cikgu.. aku cuma harap jangan menipu. Aku takut bila cikgu menyembunyikan sesuatu dari pengetahuan aku benda ni akan mudaratkan anak aku nanti. Kalau dia tak sesuai sekolah kat situ, at least aku tahu & boleh fikirkan cara lain untuk sekolahkan anak aku. Jangan bila tanya semua ok.. tapi sebenarnya tak ok. Sekarang suami aku pun dah tak confident nak hantar ke sekolah.. cuma aku cakap takpe. Just tahun ni. Ikut suami aku dia tak bagi dah anak aku sekolah kat situ bukan sebab anak aku tak boleh calar sikit tapi sebab anak aku tak boleh berkomunikasi lagi. Dia speech delay. Dia macam budak baru belajar cakap je sekarang. Tak pandai cerita sangat so benda ni paling merisaukan kami bila berlaku perkara2 macam ni.

Moral of the story.. Pengajaran buat cikgu cikgu tadika benda macam ni bukan perkara remeh untuk di selindungkan bagi sesetengah mak bapak macam kami ni. Kami bukan nak salahkan cikgu. Kami tahu cikgu cuma mengajar bukan mengasuh tapi lumrah budak tadika yang baru kenal persekolahan memang tugas cikgu agak berat sebab kena pantau supaya tak berlaku kemalangan2 yang boleh mengakibatkan kecederaan. Yelah.. kita manusia kadang2 terlepas pandang tapi harap jujur dengan mak bapak pelajar tu apa yang berlaku. Menipu bukan penyelesaian tapi permulaan sebuah masalah yang mungkin jadi lebih besar. Aku taknak perkara macam ni di biarkan nanti sampai satu masa bagi kemudaratan pada anak aku. Tu benda paling aku risau. Serius.. aku tak salahkan cikgu cuma aku terkilan sebab aku rasa cikgu tak bagi tahu benda yang betul apa yang berlaku kat anak aku.

15 comments:

  1. Ya allah suria! kesiannya lala
    memang teruk nampak tu! bukan macam garu
    kalau garu biasanya kesan scratch aje. tu sampai hidung tu kan?
    macam kena something...mungkin jatuh. tapi saya rasa benda panas
    cam saya penah kena dulu, terpercik...lebih kurang ginilah

    betullahkan. kita bukan marah ke apa
    at least bagitau benda betul. kita boleh terima.
    ni bagi alasan gitu. memang kalau saya pun hangin.
    berdolak dalih memang bukan penyelesaian
    bagitahu aje kebenaran walau ia mungkin menyakitkan
    tapi itulah kunci kepercayaan

    ReplyDelete
  2. akk tgk macam kesan kena cakar la sis...hmmm

    ReplyDelete
  3. sikit je lagi nak kene mata...nape la cikgu tu nak berdalih cakap jelah hal sebenar... cam sesuatu je nak sorok2 cengitu...:(

    ReplyDelete
  4. mcm dia jatuh nih..cikgu x tengok dia bebetul?

    ReplyDelete
  5. Lain macam jer kesan luka garu tu Suria..
    Akak rasa macam tercakar sesuatu tu..
    Ye lah nak tanya lala , dia pun tak reti nak cerita..
    Mujur tak kena mata tu..
    Cuba tengok sebulan ni dulu Suria..
    Kalau ada yg macam ni luka2.
    Baik berhentikan hantar di taska tu..

    ReplyDelete
  6. Kalau garu mesti calar je kan..ni mcm truk sgt plak gatalnye.

    ReplyDelete
  7. Pernah jadi pada Aqil dia jatuh dkt sekolah agama tahun lepas kepala benjol tp cikgu x call ibu atau ayah maybe diorg anggap biasa tp bila dia blk pengasuh dia amik tgk benjol kepala dia ada darah pn pengalir sikit dkt hidung dia pengasuh jmpa cikgu terus cikgu ckp dia jatuh waktu rehat pengasuh tanya kenapa x call ibu dia immediatly bgtau cikgu ckp x ada apa dia tak muntah2 darah sikit je.. Yg jd takut skrg buatnya tetiba dia muntah pening pengsan atau hidung berdarah teruk waktu dah dibawa blk rumah (pengasuh) siapa yg nak dipertanggungjawabkan?!!! Kepala kot tu yg terhantuk.. Ibu cuma terkilan kita dh bg phone number call APAPUN JADI CALL.. Kita dtg amik anak kita.. Kenapa amik mudah benda mcm tu kn.. Geram!! Mengamuk jgk lah pengasuh aqil marah guru besar dia waktu tu.. Huhuhuhu esoknya pulak ibu plak pegi sekolah alasan cikgu tu pula "no telefon tak ada dalam rekod".. Okeh noted!! Yg borang berhelai2 ibu isi tu apa kebenda kan?! Hahaha tahun ni masih pantau harap tak jadi benda2 tak elok.. Banyak2 berdoa.. Lala, cepat sihat syg ibu.. Mummy sabar lah mummy.. Hurmmmm!!

    ReplyDelete
  8. ni kesan cakar ni.. ada budak lain buli kot...

    ReplyDelete
  9. kesian lala..klo ank jd mcm ni, mmg hati ibu xkeruan la...risau..lg kesian bila anak x reti nak mengadu ape2 yg jd kat dia.

    ReplyDelete
  10. La..teruk tu..akak ingatkan luka atas tu je rupanya sampai bawah ada luka lagi..ni nampak macam kena cakar je.macam bercekau..kalau dia garu tak kan la lupa sampai macam tu..bukan nak cocok2 bagi panas ni tau....tapi jelas ada benda lain yang jadi.nak kan kepastiian bawak pi klinik dan tanya doktor betul ke ni kesan garu.?

    ReplyDelete
  11. kesiannye..byk tu kesan luka..
    kalau boleh bgtau je lah benda betul kan..at least kita tahu apa jadi sbnrnye..

    ReplyDelete
  12. Sian kat shahila. Mesti pedih tu. Hmmm... dlm hal begini cikgu perlu jujur. Dan perlu pantau anak² kecil ni lebih perhatian.

    ReplyDelete
  13. Kasihannya. Cuba tanya anak akak kot-kot dia boleh cerita apa yang berlaku. Tak pun cuba tanya kawan-kawan dia masa hantar anak ke sana.

    ReplyDelete
  14. Rasanya kesan kena cakar dgn kuku tajam. Sbb pipi ank akk selalu kena kesan gitu termasuk kat dada. Takda pun cikgu bg tau murid buat ke apa. Tp bila balik sek mmg cek bdn ank tgk luka sana sini

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com