JUS CALIPH BAGAIKAN SATU KEAJAIBAN DARI ALLAH

12.2.16 Suria Lekatlekit 9 Comments

JUS CALIPH BAGAIKAN SATU KEAJAIBAN DARI ALLAH. Benda baik harus kongsi. Tak kisah la perkongsian berbayar atau percuma tapi setiap perkongsian yang baik tu ganjarannya pasti ada walaupun kita tak dapat dalam bentuk material atau wang ringgit. Jadi sebab nak rebut ganjaran tak kisah la yang nampak atau tak nampak aku nak share la jugak satu supplement untuk kanak kanak yang berasaskan makanan sunnah ni.


Sebelum beli aku dah lama dok baca testimoni tentang produk ni. Selalu jugak nampak kat IG fynn Jamal dok bagi testimoni tentang perkembangan anak dia Juna yang ada autisme selepas mengambil makanan tambahan Caliph ni. Sebenarnya testimoni Fynn Jamal kadang2 tak berapa jelas.. Dia just bagitau macam kias kias macam tu. Di samping tu aku google jugak la. Tapi tak ada la terus beli. Sebab anak aku pun ada supplement lain dok ambil.

Sebenarnya aku malas sikit nak bagi supplement berbentuk cecair/syrup ni sebab susah nak bagi anak aku minum benda2 macam tu. Macam nak bagi minum racun gaya memberontak dia untuk elak minum supplement macam tu. yang senang bagi supplement berbentuk tablet tapi yang jenis ubat homepathy jer. Kalau ada perasa2 ni dia memang tak nak. Seperti aku dok habaq.. Anak aku ada SI problem. SI problem ni berkaitan sensory.. Sensory ni masalah macam deria yang sensitif. Deria sentuhan tu dah tak banyak masalah. Dulu aku suka terapi dia dengan pasir. hampir tiap2 minggu aku bawak main pasir tak kat sungai atau laut. Alhamdulillah dia tak geli lagi nak pegang apa2. Tapi sensory berkaitan rasa ni paling masalah. Sebab tu dia jadi picky eater.

Tu serba sedikit tentang masalah yang anak aku hadapi.. Selain dia ada delay development & speech. Banyak jugak kan masalah si lala ni. Alhamdulillah hanya insan terpilih je di anugerahkan anak anak seperti lala. So far lala takde la teruk sangat. Masih senang di bawa jenjalan & travel. Masih boleh hantar ke sekolah tadika biasa setakat ni. Sebab aku selalu jugak tanya cikgu.. Cikgu kata ok je dia boleh handle. Lala bukan hyperactive pun. Cuma attention kurang sikit. Therapist kata kalau attention dia ok.. maka perkembangan dia yang lain Insya Allah akan ok. So, usaha la je memulihkan fokus dia. Dia pun bukan budak yang ganas. Tak pandai langsung nak pukul2 orang. Tapi dia sangat suka la berkawan walau selama 4 tahun ni dia tak pernah ada kawan. Pergi sekolah tak ada masalah dia nak bergaul. Setakat ni nampak dia suka ke sekolah. Lala respond bila di panggil & masih alert dengan persekitaran berbanding dulu. Dengan orang tak kenal memang dia tak mesra alam sangat. Walaupun aktif dia pastikan mak bapak dia sentiasa ada temankan dia kemana mana. Dia takde la nak ikut kaki dia je macam dulu. Yang penting dia masih ada rasa takut bila aku marah. Hahaha.. So, senang nak kawal. Kalau dengan bapak dia agak mengada ngada. Dengan aku dia dengar cakap sikit. Sebab aku kan garang. Lebih senang kalau aku yang bagi arahan atau menegah dia buat sesuatu dari bapak dia. hahaha

Selepas ambil caliph sememangnya banyak perubahan. Antaranya komunikasi. Dulu memang banyak words je komunikasi tak ada sangat sekarang ada la sikit2. At least ada la ayat penyata dia walau sikit2 & kadang2 je dia nak cakap. Kedua.. minum pakai straw. Alhamdulillah..dia mula ada keinginan nak minum minuman lain selain susu formula dia. Dulu minum taknak langsung dalam cawan mesti botol susu. Kalau nak bagi dia milo atau horlick pun kena campur dengan susu formula dia. Sekarang ok dah.. Boleh minum pakai straw sebab dia ada keinginan nak mencuba minuman lain. Dulu tak ingin langsung sampai aku sendiri tak pasti anak aku ni pandai sedut pakai straw ke tidak. Sebab selalu terapi, Therapist dia bagitau salah satu cara nak merangsang anak bercakap selalu bagi minum pakai straw. Sekarang Dia boleh terima minuman lain yang tak perlu campur dengan susu formula dia lagi. Walau dia minum tu tak banyak at least dia boleh terima air berperisa lain selain susu.

Gambar ni comot sikit sebab belum mandi. Suruh possing dengan vitagen pun senang dah sekarang. Next time boleh jadi duta produk hahaha

Dari segi education.. Sememangnya lala memang mempunyai kelebihan cepat belajar tapi cara dia belajar lain sikit la dari budak2 kat sekolah. Tak nampak macam belajar tapi dia belajar dengan dengar & rakam dalam otak dia. ABC, mengira dalam bahasa melayu & english tu dah lama dia expert walau lala lebih expert dalam english. Almaklum la budak delay.. sedia maklum bahasa melayu adalah bahasa yang agak susah bagi mereka walau mak bapak dalam rumah cakap melayu je. Lepas ambil caliph dah tambah 1 bahasa lagi.. Arab pulak. yelah.. dua tiga menjak aku selalu bagi dia tengok youtube video alif ba ta. Alhamdulillah alif ba ta dah boleh baca & kenal. Lala ni expert sikit bab nak cari video yang dia suka kat youtube. tetiba dia dok dengar video mengira dalam bahasa arab. Dua tiga kali dengar dia dah boleh kenal & sebut. tetiba je aku dengar dia dok sebut Wahid.. itnin... talata.. aku pun bukan pandai bahasa arab. Bapak dia reti la. Sebab bapak dia memang boleh cakap arab walau tak fluent sangat tapi nak bersembang dengan pak2 arab tu memang boleh. So, bapak dia la detect dia boleh kira dalam bahasa arab. Kita test iq dia tulis nombor2 dalam bahasa arab (bapak dia yang tulis) so memang dia kenal. Tapi ada satu dua nombor dia skip. Ya Allah.. happy Tuhan je tahu. Anak aku bercakap tak reti tapi mengenal huruf & number memang pandai. Bukan je kenal & boleh sebut nombor & huruf.dia jugak kenal banyak haiwan & benda2 sekeliling sejak ambil caliph. Warna pun dia dah kenal & boleh sebut. Bentuk pun sama. Cuma dia lemah nak berkomunikasi je. Kalau nampak benda2 yang dia tahu nak sebut dia akan sebut & tunjuk.

Memang sejak amalkan caliph walau tak sampai sebulan.. Perkembangan anak aku nampak banyak sangat. Sebab dah nampak ada komunikasi dah walau dia tak mampu lagi la nak bercerita macam budak2 normal seusia dia. At least.. boleh la cakap bila sakit.. dia cakap adoi.. sakitnya. sakit la.. Tu dady.. tu cicak.. tak nak.. tolong la.. buka.. sekejab.. Nak susu.. & banyak lagi. Sebenarnya banyak jugak la ayat pendek2 dia boleh cakap. Memory anak je kuat memory mak dia lembab. Rasanya aku pun kena ambil caliph jugak ni. hahahaha. Tu tak mampu nak ingat semua apa yang anak cakap hahaha.  Sebab selama ni bukan dia tak boleh sebut ayat panjang2.. banyak ayat panjang2 dia boleh sebut tapi cuma echolalia jer.. Senang faham dia just meniru je. Untuk gunakan ayat tu pada tempat yang sepatutnya dia tak pandai. Kalau menyanyi boleh je sebut lirik lagu panjang2. Tapi banyak english song je la. Yang penting dah pandai minta mak bapak dia beli skuter untuk dia Uolls.. Nampak minat sangat dia dengan skuter tu. Selain tu, dulu kalau bawa ke playground dia memang takut nak naik buaian atau nak main gelongsor. yelah.. berkaitan dengan masalah SI dia jugak. Sekarang tak lagi. Dia dah tak takut & tak perlu paksa.. dia sendiri akan cari mainan tu untuk main. Antara kesan selepas lala ambil caliph ni. Dan selera makan pun semakin bertambah walau dia masih lagi picky eater. At least dia mula makan banyak dari banyak minum susu.

Kali pertama dia tak menangis main gelongsor. Dulu kita paksa juga sebab nak atasi masalah sensory dia tu. Tapi sekarang dah tak payah. Lala budak berani hadapi gelongsor tanpa was was hahaha

Setiap hari aku boleh nampak perubahan lala.. Alhamdulillah aku anggap caliph satu keajaiban dari Allah. Subahanallah.. Kelebihan makanan sunnah banyak membantu perkembangan anak anak seperti anak aku. Aku anggap apa yang aku bagi kat anak aku cuma ikhtiar selebihnya yang menyembuhkan adalah Allah.. sebab tu aku kata ia keajaiban dari Allah yang memberi jalan pada aku untuk mencuba caliph. Harga.. mungkin bagi sesetengah orang agak mahal. Ye.. aku pun tak rasa murah sangat cuma bagi aku RM75 sebulan setakat ni Alhamdulillah masih ada rezeki untuk aku beli. Semoga Allah sentiasa melimpahkan rezeki buat kami sekeluarga.

Antara perkembangan sosial yang lain adalah dah senang nak ambil gambar. Dah pandai selfie dengan posse2 menggoda. Kalau dulu nampak je orang hala camera kat kat dia.. Terus paling muka kat tempat lain.

Cara aku bagi anak aku caliph.. memang nak bagi terus masuk mulut dia masih tak mampu buat dia terima dengan rela. Untuk tidak membazir, aku campur je dalam susu & kalau nak campur dalam susu aku kurangkan 1 scoop susu. Sebab benda tu rasa agak manis.. Rasa dia macam laici jer. Lala kau campur je la apapun dalam susu dia.. dia minum je janji susu. Tang tu senang pulak. Rasa pelik pun janji ada rasa susu dia.. Boleh je dia minum. hahaha.

Sedikit info.. Bahan2 yang di gunakan dalam caliph ni adalah,kurma,kismis,buah tin,Aprikot,madu,delima,DHA omega 3 & omega 6 & perisan buah buahan campuran. Cara pengambilan caliph adalah 2 kali sehari. pagi & malam. Untuk 1 - 3 tahun perlu ambil setengah sudu kecil atau 2.5ml. 4 - 6 tahun, 1 sudu besar (5ml), 6 tahun keatas satu setengah sudu besar (10-20ml). Satu botol caliph berisi 350ml.

Maaf la kalau kat rumah ni memang comot comotan sikit la. Sebab aktiviti bercomotan hanya boleh kat rumah je hahaha

Aku bukan suka sangat cerita pasal anak aku.. pasal masalah dia.. sebab aku tak suka orang yang tak tahu menilai bukan bukan. Benda berkaitan dengan anak memang aku sangat2 sensitif.. tapi sebab aku rasa ramai ibu bapa di luar sana yang mungkin mencari sesuatu yang boleh bantu perkembangan anak anak mereka.. Jadi tak salah aku berkongsi sesuatu yang baik aku dah cuba & dapat result dengan orang lain. Mungkin ada orang yang memerlukan. Apapun.. Vitamin paling mujarab adalah doa seorang ibu. Jangan berhenti usaha & doa.. Selebihnya Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita & anak anak kita.

Sekiranya korang berminat nak cuba produk ni untuk anak anak korang boleh contact

Fb: norhana marsom
Instagram : @bynorhanamarsom 
Hp: +60127350070

Insya Allah pengedar ni service dia cepat & gerenti original. So, boleh la berurusan dengan beliau tanpa was was

9 comments:

  1. Alhamdulillah perkembangan yg baik anak2 Suria ye..
    Kena cuba juga Caliph ni..
    Ramai blogger yg promo..

    ReplyDelete
  2. memang teringin nak belikan untuk anak nanti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus..ank sy pon ad byk prbhn lps amik clpih.,even kn pkse sb cecair kn..,if bmnt bole dptkn dr saya juga..,0129499244...

      Delete
  3. alhamdulillah..syukur....moga lala istiqhomah minum jus caliph ya sayang...

    ReplyDelete
  4. ai mmg dah lama bg anak2 ngan caliph ni ... so far sama je tak de plak nampak yg ketara ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. pelik jugak walau takde kesan awak masih terus bagi jus caliph.. kiranya awak bagi sesaja macam bagi makan jajan kot. Tapi untuk anak saya, Alhamdulillah dengan izin Allah dia nampak keberkesanannya. Kalau saya bagi apa2 supplement kat anak saya kalau tak nampak perubahan dalam masa 3 bulan saya memang tak teruskan dah. Dah tau tak berkesan buat apa nak teruskan ye dak.. tapi awak lain pulak ye. walau tak berkesan tetap consistent bagi. hehehe

      Delete
  5. baguslah...byk perkembangan positif ye

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah.. Terima kasih Suria sebab sudi rekemen saya..Syukur Alhamdulillah, Allah beri keajaiban pada lala melalui caliph..

    Jika ada yg berminat, boleh whatsapp sy +60127350070. InsyaAllah servis cepat dan terbaik sy berikan.

    ReplyDelete
  7. Nadt pun bagi anak makan jus caliph ni. Memula meronta x nak tp sekarg dia sendiri mintak nak makan caliph. So far banyak jugak perubahan kat anak. Selera makan bertambah baik, bangun awal pagi ceria je n komunikasi la yg ketara improve. Anak nadt sama mcm lala, bab abc number etc semua memang terer cuma komunikasi kureng. La ni da makin panjang ayat dia buat. Lagu2 pun banyak dia da hafal n boleh nyanyi dgn betul dr mula sampai habis. Eh terpanjang plak komennye. Hahahaa..

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!