KERANA VIRAL PARA ISTERI DRIVER LORI MULA RIAK

25.2.16 Suria Lekatlekit 1 Comments

KERANA VIRAL PARA ISTERI DRIVER LORI MULA RIAK. Rasanya ramai dah baca screenshot seorang driver lori yang jadi viral. Alkisahnya abang lori ni bercinta dengan seorang perempuan yang mata duitan jugak la. Sebab abang ni driver lori & ada pegawai kastam katanya nak pinang dia.. Maka dia pun terpaksa memutuskan hubungan abang lori ni dengan alasan abang lori tak mampu nak sara hidup dia nanti. Lelaki yang nak kahwin dengan dia sekurang kurangnya kena ada gaji RM2K++ baru layak katanya.


Sekali abang lori tunjuk payslip gaji dia yang RM4K tu terus tanya bila nak meminang. Bila dah jadi viral ni maka orang mula buka mata la kat orang2 yang kerja sebagai driver lori. Kononnya pekerja mungkin la dengar macam tak high class tapi gaji lebih high dari pegawai katanya. Ok la.. benda tu jadi viral aku ambil dari sudut positif. Sentiasa ingatkan diri jangan hina apa2 pekerjaan halal orang lain. Tak kira la dia driver lori atau pengayuh beca sekalipun. Pengayuh beca pun kadang2 income lebih dari orang kerja dalam opis, duduk dalam aircon & pakai tali leher tau. Nak2 lagi tempat pelancongan. Macam tu jugak dengan driver teksi.. Area KL ni driver teksi ramai yang dari golongan educated & profesional. So jangan sesekali pandang rendah pada orang yang kerja sebagai 'Driver'.


Tapi yang tak best ada jugak aku nampak para bini driver lori pulak tetiba jadi riak semacam bila benda tu jadi viral. Tetiba melebih2 pulak rasa bangga depa sampai macam nak menunjuk pendapatan suami depa tu sebenarnya lebih banyak dari golongan2 yang bertali leher tu. Alahai.. kakak2 sekalian. Sungguh la income driver lori ni banyak.. Sebab viral tu orang mula pandang tinggi pada driver lori tapi awak awak semua tak payah jadi macam kaduk naik junjung sangat. Dulu sampai nak mengaku laki awak bawa lori pun tidak.. tetiba je hangpa dok canang pasal kerja laki hangpa yang berpendapatan tinggi sampai tak layak nak terima bantuan apa2 sebab kategori orang kaya la kot. hehehe

Apapun nama pekerjaan & berapa pun gaji yang dapat.. yang penting keberkatan. Tanpa keberkatan rezeki yang banyak pun sentiasa jadi tak cukup apatah lagi yang sikit. Ada orang boleh hidup selesa dengan gaji RM1500 sebulan.. ada orang tetap tak cukup budget walau gaji RM4000 sebulan. Sebab manusia ni ada satu sifat yang tak pernah puas. Lagi banyak dia dapat lagi banyak keinginan & permintaan dia. Dah la tak pandai handle kewangan.. lepas tu tak tau pulak macam mana cara nak memastikan nasib tu sentiasa baik. Memang la gaji sejuta setahun pun tak cukup. Jadi kat sini ada tips sapa2 nak lebih berjaya & untung >> Rahsia Rakyat Malaysia Untuk Mengaktifkan Nasib Mereka Agar Lebih Baik <<

Moral of the story.. Banyak tak perlu riak.. sikit tak perlu mengeluh. Yang penting usaha, doa & tawakal, Insya Allah banyak atau sikit nikmat tu kita akan rasa.

1 comment:

  1. hahaha...macam2 kes la diorang ni...nak je akak jerit kat muka diorang..."mak kau hijau..mak kau hijau..." hahahaha

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!