KERJA RUMAH BUKAN TANGGUNGJAWAB SUAMI CUMA PROVOKASI

2/05/2016 08:11:00 PM suria lekatlekit 4 Comments

KERJA RUMAH BUKAN TANGGUNGJAWAB SUAMI CUMA PROVOKASI. Bila orang masih mood bulan madu budget berlagak pandai macam dia ada pengalaman berkahwin dah berpuluh tahun bagi pendapat maka yang kedengaran memang agak menyakitkan hati la bagi mereka2 yang dah berkahwin berpuluh tahun & beranak pinak berderet2 macam gerabak keretapi. Begitulah yang berlaku kepada seorang manusia berwajah cantik ni. Aku pun tak kenal tapi orang kata dia ada di kenali di media sosial. Menurut kengkawan online katanya baru kawen...


Muka cantik, akal cetek pun kadang2 nampak tak ada fungsi jugak. Yang aku tahu tanggungjawab membuat kerja2 rumah macam masak,cuci baju, kemas rumah asalnya menjadi tanggungjawab seorang suami. Sebab dalam Islam pun dah ajar menyediakan tempat tinggal, makan minum & pakaian adalah tugas & tanggungjawab seorang suami. Ia termasuk la.. memasak, mengemas rumah & cuci pakaian. Ada pulak setazah moden kata ia cuma provakasi.. Mungkin dia salah faham.. amalan turun temurun yang selama ni kita warisi tok nenek kita dulu kala cuma sekadar meringankan tugas suami. Bukan tanggungjawab hakiki seorang isteri. Kesian kan.. asalnya budak pandai tapi sebab confident terlebih terus nampak bodoh.


Katanya.. Rasa bersalah tengok laki pegang penyapu. Kau mood honeymoon lagi boleh la kau rasa semua benda kau boleh settle sendiri. Kau rasa setakat kerja menyapu tu small matter. Tunggu kau beranak pinak dulu dik Ooi.. Masa tu takut2 makan minum laki kau pun bibik yang buat kot. Yelah.. kau pun nampak macam orang kaya kan? Mesti dah ramai anak nanti kau pasang bibik. Masa tu baru kau tahu apa rasa bila sekali sekala laki kau pegang penyapu. Samada kau still rasa bersalah atau kau rasa bersyukur yang amat sangat.

Tunggu kau kat Fasa ni dulu cik atenn Ooi.. baru kau cakap rasa bersalah ke tidak tengok laki kau pegang penyapu.

Tak payah nak sebarkan fakta sesat sangat la dik.. Bukan soal ego ke hapa. Aku pun kat rumah kerja rumahtangga ni memang aku yang buat. Tak tunggu laki balik kerja nak buat semua sebab aku pun ada perikemanusiaan. Tapi takde la sampai nak cakap guna hukum akal sendiri. Dah memang itu termaktub sebagai tanggungjawab seorang suami.. kau nak labelkan dia provokasi dah kenapa. Betul la kita sebagai bini jangan jadi pemalas sangat. Kalau kau cakap jangan gunakan alasan kerja rumah tu tanggungjawab suami sebagai alasan 24 jam kau terkangkang online FB jer sampai rumah pun dah macam rumah tinggal aku accept la jugak. Ni macam kau nak cakap kalau suami pegang penyapu pun mengambarkan betapa berdosanya seorang isteri tu. memang pun suami kena tolong isteri meringankan kerja2 rumahtangga sebab sepatutnya tu tanggungjawab mereka tapi sebab belas ihsan & kasih sayang seorang isteri mereka rela ambil tugas tu. Tak pernah aku dengar satu dosa isteri tak buat kerja rumahtangga.. Yang berdosa kalau derhaka kat suami je.

Sumber e-fatwa (Portal Rasmi JAKIM) Sila baca yer Cik Atenn.. Maybe Cik Atenn tak tahu lagi sebelum ni
Kalau nak jadi supermom sangat tak payah nak buat status kurang bijak sebelum kau beranak pinak. Sekarang Tak payah nak cakap besar sangat rasa bersalah tengok laki pegang penyapu bagai. Kau lalui dulu rutin2 seorang isteri bergelar ibu.. Time tu baru kau cakap rasa bersalah ke tidak.

Apapun simpati aku kat minah ni.. Mula2 dia rasa macam seorang isteri muda yang paling bijak dah la masa tulis & post status ni alih2 penerimaan orang sangat menyedihkan sebab status kau ni memang macam minta kena tunjal dahi.

4 comments:

  1. Takpe.. Kita doakan yang baik-baik je untuk dia... Moga dia mengetahui suatu ketika nanti...

    ReplyDelete
  2. eemm.. dia masih mentah dalam alam perkahwinan. Mungkin bila usia makin meningkat, pemikiran pun akan lebih konsisten.. harapnya statement dia tu tak memamah diri dia balik..

    ReplyDelete
  3. Emm nape skrg nak bangkit isu tanggungjwb suami atau isteri? Aku suami anak 5 bahagi kerja dgn isteri tp bab dapur lebih baik bagi isteri..yg isteri moden skrg nak kami buat semua bagai tu apehal? Just pendapat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab itu tanggungjawab suami juga , suami pun kena memasak juga . Read the ifo very clearly please. Suami sekarang oun memasak untuk isteri, dapur bukan isteri sahaja sebenarnya suami juga

      Delete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com