MISTERI HOSPITAL GHAIB DI SARAWAK

2.2.16 Suria Lekatlekit 7 Comments

MISTERI HOSPITAL GHAIB DI SARAWAK. Tu dia.. siang2 hari dia dok buka cerita misteri & mistik bagai. Tak dan tunggu malam dah katanya. Tak menyempat menyempat nak jadi orang pertama tulis pasal kisah Hospital Ghaib kat sarawak ni. Mesti la.. Tak guna jadi blogger kalau tak kejar traffic hahahaha.. Apa lagi seorang blogger harapkan selain ada ramai orang yang membaca blog dia. tak gitu, senah??

Gambar sekadar hiasan. Sumber Google

Alkisahnya.. Ada sebuah hospital paling misteri yang terletak di sebuah daerah Sri Aman, Sarawak ni. Masih menjadi misteri sehingga kini sebab katanya sampai 2016 ni tiada siapa nampak apa2 bangunan hospital tapi katanya ada hospital. Dari tahun 2011.. Pecah tanah dah di buat, signboard dah letak, bakal siap katanya dalam tahun 2013 tapi malangnya sampai sekarang tiada siapa nampak kelibat hospital tersebut.

Kawasan tersebut dah jadi hutan & di tumbuhi semak samun. Normally kawasan macam ni penghuni dia makhluk2 ghaib je. Mungkin tempat tu memang dah wujud pun hospital cuma tu la dalam alam ghaib gamaknya sebab manusia biasa sampai sekarang tak nampak dengan mata kasar. Hanya nampak cuma signboard ja kukuh berdiri.

Gambar lokasi hospital ghaib di sarawak.

Untung la makhluk2 ghaib kat sarawak kan.. Dah ada hospital kerajaan. Bayar singgit je dapat rawatan & ubat sekali. Ubat yang di berikan pun sangat berkualiti. hahahaha.. Moga hospital ghaib ni menjelma la untuk tahun 2016 ni. Mungkin pendduduk spesis manusia kat situ lebih memerlukan berbanding makhluk ghaib. Makhluk ghaib tak pa depa pakai ilmu mistik jer.

Apapun macam tu bila 'Janji tinggal Janji' Tunggu je la next PRU.. mungkin yang ghaib muncul kembali & akan ghaib semula bila keputusan pilihanraya di umumkan.

Moral of the story.. Semoga hidup rakyat Malaysia selepas next PRU tidak di selubungi misteri lagi. hahahaha

7 comments:

  1. Hihihi beriye akak baca sampai habis suria...
    Kat mana yg seram nya..
    Rupanya KO LUPA JANJI .. LEPAS TU GHAIB hahhaha :)

    ReplyDelete
  2. Huhuhu...terlalu banyak misteri kebelakangan ini...

    Sekejap ya, sekejap tidak. Sekejap ada, sekejap tak ada...

    ReplyDelete
  3. dah lama tak baca kisah hospital hantu macam ni.

    haha..rindu plak rasanya.

    ReplyDelete
  4. Aduh.. tipah tertipu bang.. hehehe.. bersungguh kathy bacaa tau? Ehehe.

    ReplyDelete
  5. ala biase la dik korup2 tu punye janji lagi mau di herankan....janji di capati katanye...tak lama lagi makin banyak la benda ghaib yg bakal terjadi...maklum la depa sume kan ada magic...kikiki

    ReplyDelete
  6. ni memang artikel kejar traffic.. hehe

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!