ORANG BANDAR SUKA BERLAGAK JAKUN MACAM LAHIR & BESAR DALAM KLCC

22.2.16 Suria Lekatlekit 4 Comments

ORANG BANDAR SUKA BERLAGAK JAKUN MACAM LAHIR & BESAR DALAM KLCC. Confirm sentap orang bandar baca tajuk entri aku kan? tapi nak buat macam mana.. rata2 aku dok tengok orang yang rasa dia budak bandar sangat walau duduk kat Paya jaras je pun suka buat2 jakun benda2 yang kita rasa takde sebab dia nak rasa macam teruja sangat macam selama umur dia.. dia tak pernah jumpa. Bukan Tempat yang dekat dengan KL ni semua bandar je. Tak payah feeling macam orang datang dari planet sangat la bila jumpa kampung yang berada di kawasan luar bandar atau jauh dari bandar.

Ada orang walaupun tak berapa bandar mana pun tempat dia lahir & membesar tapi dia punya feeling macam budak bandar tu agak melampau lampau. Buat2 Jakun tengok sawah padi. Tu ok la.. Yang buat cempeqa jumpa sungai paling tak boleh blah. Macam la kat Key el tak pernah ada sungai. Dekat2 Kl ni melambak kot sungai. Punya nak tunjuk bandarnya dia macam dia lahir & membesar dalam KLCC jer... hahaha. Tak pernah pergi beriadah kat kawasan2 yang penuh dengan alam semulajadi. Padahal ulu yam.. sungai pisang.. apa nama sungai kat selayang baru2 ni aku pergi pun lokasi bukan jauh sangat dari bandar. Selama dia membesar mak dia bawak beridah dalam mall je ke? hahahaha


Aku mengaku terang terang aku lahir & membesar di kampung. Aktiviti aku buat masa kecik2 pun tak jauh beza dengan budak kampung lain. Sebab tu aku sentiasa ada idea update blog. hahahaha.. kreatif katanya (statement minta kena pijak dengan orang bandar ) yelah.. budak2 kampung ni main dengan pasir,lumpur, sungai,rumput,hutan bagai kan.. So, benda2 macam tu kan membantu merangsang perkembangan otak kanak kanak. Penting tau benda2 tu dalam perkembangan kanak kanak ok! Anak aku yang ada masalah sensory ni pun therapist suggest main benda2 macam tu. Biar comot tapi meransang otak.

Jadi budak bandar ni sebenarnya bukan best sangat pun.. Aku tengok rutin anak aku tak best langsung. Banyak masa habis kat dalam rumah.. Paling2 pun main kat playground. Terhad sangat aktiviti dia. Tak macam aku dulu.. segala bukit bukau kami daki. Sungai kami redah. tak payah swimming pool

Tapi yang perasan bandar walau tak berapa bandar sangat kalau nak tahu kau memang betul2 budak bandar atau tak meh test kat sini >> Nak tahu samada anda betul budak bandar atau kampung, test kat sini << Bandar ke tidak kau nanti kau dapat jawapan. Kalau jawapan kau tak berapa nak membandar sangat, sedarlah sebenarnya kau pun ada kampungnya. Hahahaha

Apa nak malu jadi budak kampung & apa nak bangga sangat jadi budak bandar. Dua2 pun ada keistimewaan & kekurangan masing masing. Tapi aku rasa bertuah sebab di lahirkan sebagai budak kampung kemudian dewasa kat bandar katanya.So, aku dapat rasa dua2 kehidupan. tapi sebagai anak kampung bila rasa terlampau lama kat bandar memang akan rindu suasana kampung. Memang di kampung sebenarnya lagi best.

4 comments:

  1. Budak skarang kalau lepas terus jadi budak raver *tetibe*... Aku lahir kat bandar gak kak... tengah2 KL... tapi main pasir, main tanah.... kutip daun, curi tupperware mak kekonon buat periuk... ada kes amik kuali mak... susuh batu bata... kumpul daun kering.. buat dapur kat luar....

    Zaman sekarang nak lepas anak luar rumah kejap pun takut... jenayah skarang teruk sangat ----

    ReplyDelete
  2. Saya pun budak kampung..
    Best apa jadi budak kampung...

    ReplyDelete
  3. Bila bawak anak-anak balik kampung, saya biarkan je dorang nak main apa.. sebab bukan selalu dorang dapat rasa tu semua.
    Baca entry ni buat saya senyum terkenangkan nostalgia kenakalan zaman budak2 masa kat kampung. ;)

    ReplyDelete
  4. Akak ni asal kampung tapi sekarang dah jadi 'urban'. Hahaha... Baik-baiklah sikit statement tu ya Suria, kalau tak kang kena 'seligi' ^_^

    Anak-anak akak memang confirmedlahkan budak bandar. Dah lahir pun di KL. Duduk pun tengah bandar makanya orang bandarlah tu. Mereka memang jakun kalau nampak sungai. Akak ni setakat sungai tu, pandang sebelah mata jerk. Itu pasallah jarang balik kampung!

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!