15GB DATA INTERNET MURAH NI DAPAT BUAT SEMUA NI 24/7, BIAR BETUL?

19.3.16 Suria Lekatlekit 1 Comments

15GB DATA INTERNET MURAH NI DAPAT BUAT SEMUA NI 24/7, BIAR BETUL?. Aku memang tak langgan mobile internet. Aku cuma guna streamyx kat rumah aku yang tak pernah habis kuota pun guna setiap bulan. Almaklum la sapa sangat nak guna melainkan aku sorang. Laki aku time dia ada kat rumah je guna. Paling2 malam. Hari cuti pun banyak masa habis kat luar. Jadi memang streamyx kat rumah ni aku yang punya walau laki aku yang bayar bill.


Apa aku buat dengan kuota internet aku kat rumah? Macam biasa la layan facebook, update blog, blogwalking kalau line tak semput & aku tak busy mengalahkan perdana menteri amerika, on wifi normally untuk whatsapp, instagram & anak aku layan education & cartoon video kat youtube.. Lagi apa aku buat dengan kuota internet aku setiap bulan? Lebih kurang tu la aku buat setiap hari selain google macam info termasuk resepi.

Aku memang nak layan movie apatah lagi korean drama ber episod secara online.. Dengar lagu pun jarang sangat walaupun internet aku jarang nak habis kuota. Tapi tak semua orang macam aku ye dak.. Ada orang 15gb Data internet dia habis dengan buat benda benda ni jer >> Ini Yang Anda Boleh Buat Dengan 15GB Data Internet.. Mesti ada yang tak percaya kan? << Tak tau la macam mana depa boleh hadap benda2 macam ni 24/7 tapi tu la.. lain padang lain belalang. Lain orang lain caranya memanafaatkan data internet. Tapi power jugak la boleh buat benda macam ni 24/7 dengan hanya 15gb data internet, kan? So, mesti kaki kaki online teruja dengan pakej 15gb ni. Dah la murah, berbaloi pulak tu.

Zaman sekarang ada orang memang tak boleh berenggang dengan dunia maya sebab tu lepak dengan kawan dia melekat dengan smartphone, berkumpul dengan family pun dia sibuk dengan smartphone sampai bersanding pun dia tetap kena online. Tu yang lepas akad nikah je terus update.. Alhamdulillah.. Aku isteri/suami dia bagai.. Selalunya perempuan la. Lelaki bukan tak ada macam tu.. cuma lebih ramai kaum perempuan. Entahlah.. perempuan ni memang dia jenis show off kot.. erkk.. aku pun perempuan jugak. Hahahahaha

Apapun korang nak buat dengan data internet korang pastikan benda tu tak memudaratkan diri sendiri. Jangan salah guna teknologi.

1 comment:

  1. saya cari masa free internet untuk blogwalking dan layan youtube..tapi tak dapat selalu kerana masa jarang mengizinkanmn

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!