BILA ORANG MELAYU DAH TAK RETI CAKAP BAHASA MELAYU

18.3.16 Suria Lekatlekit 3 Comments

BILA ORANG MELAYU DAH TAK RETI CAKAP BAHASA MELAYU. Bahasa melambangkan bangsa tapi zaman sekarang rasanya semakin hilang perumpamaan tu. Bahasa mungkin satu hari nanti tidak melambangkan bangsa lagi sebab zaman sekarang bukan setakat orang melayu tak pandai cakap melayu.. malah ada orang cina & india pun tak pandai cakap bahasa ibunda mereka. Masing2 berlumba lumba nak ajar anak bahasa Inggeris sampai terlupa nak kekalkan bahasa ibunda sendiri. Almaklum la.. English kan bahasa antarabangsa.


Kita patut respect orang jepun.. Mereka masih di antara negara paling maju di dunia walau majoriti rakyat mereka tidak pandai berbahasa Inggeris. Kemajuaan sesebuah bangsa & negara bukan pasal bahasa kalau jepun boleh buktikan mampu menjadi negara maju walau tidak menagungkan bahasa Inggeris. Kita je masih rasa urban, advance & konon trendy dengan bahasa Inggeris. Sesama melayu speaking berterabur.. Padahal dua2 besar dengan bahasa utama dalam rumah ada bahasa melayu. Tapi ada jugak yang bahasa rojak. Aku pun tergolong jugak dengan golongan suka guna bahasa rojak ni. Ada english ada melayu. Kadang2 benda ni sebab dah terbiasa bukan di sengajakan. Pun tak bagus jugak sebenarnya tapi tu la kita ni dalam kehidupan seharian mana ada guna bahasa baku atau formal pun. Jadi.. benda tu di lihat perkara normal je.

Yuna.. antara artis yang pernah di tegur peminat asyik guna bahasa Inggeris di media sosial. Alasan Yuna sebab nak bagi semua orang faham. Almaklum la Yuna kan International Artis dah sekarang. Cuma tu la.. kadang2 ada jugak peminat di kalangan orang melayu mungkin tak faham. Yelah bukan semua orang reti speaking london katanya.. walau sekarang ni nak belajar bahasa Inggeris memang senang. Tak payah pergi class pun dah boleh belajar. Caranya macam ni je >> Ini Cara Paling Mudah Belajar Bahasa Inggeris << Memang senang sangat nak belajar bahasa Inggeris sebab bahasa inggeris sebenarnya bukan susah sangat pun. Cuma kita tak pernah cuba belajar tu yang rasa susah, ye dak?? Malah kanak2 yang ada masalah speech delay atau autisme pun kebanyakkan lebih senang belajar bahasa Inggeris dari bahasa melayu. Bahasa Melayu sebenarnya lebih susah dari English sebab perkataan dia panjang panjang. Sesetengah kanak kanak yang ada masalah perkembangan macam anak aku memang kadang2 agak susah nak sebut perkataan dalam bahasa melayu berbanding bahasa Inggeris.

Belajar banyak bahasa tu tak salah.. cuma agak memalukan la kalau mak bapak orang melayu tetiba anak sepatah haram bahasa melayu pun dia tak faham atau reti cakap. Jangan kata tak ada.. aku dulu ada seorang kawan yang anak dia memang tak reti melayu langsung walau mak bapak orang melayu & membesar dengan bahasa melayu. Tapi bila mereka berkahwin & ada anak bahasa utama dalam rumah mereka adalah english maka anak anak dia memang tak reti bahasa melayu langsung. Pelik jugak la kan... hehehe. Bila berkumpul ramai2.. mungkin susah untuk mereka berkomunikasi dengan sepupu sepapat atuk nenek & sedara mara yang lain. Jadi walau kita nak anak kuasai bahasa Inggeris pun.. Tetap kena ajar bahasa ibunda kita.

Tahu banyak bahasa ni satu kelebihan tapi tetap kena tahu bahasa ibunda sendiri. Siapa lagi nak angkat bahasa ibunda sesuatu bangsa melainkan bangsa itu sendiri, kan?? Memang kat Malaysia ni nak cari kerja pun kebanyakkan mementingkan yang tahu bercakap & menulis dalam bahasa Inggeris tapi tu bukan alasan kita tak ajar langsung anak anak kita bahasa ibunda kita. Ingat Bahasa melambangkan bangsa..

3 comments:

  1. kitorang dekat sabah & sarawak ni lagi spesel...sbb byk sukukaum yg berbeza bahasa dan budaya...mcm sy sendiri org sabah, bapak dari suku Bisaya, mak dari suku Sungai...bahasa kedua-dua suku totally different...mak sy pandai berbahasa Bisaya tp bapak sy x berapa pandai berbahasa Sungai...tapiii bila mereka berdua berkomunikasi dgn kami, mereka guna bahasa melayu Sabah...so, kami adik-beradik tak berapa nak pandai berbahasa Bisaya mahupun Sungai...sedih

    ReplyDelete
  2. kat pulau pinang ni senang sangat nak jumpa orang malaysia yang langsung tak reti cakap melayu...tapi bukan orang melayu la..hehhe...kalau orang melayu memang reti cakap melayu..bukan tak reti tapi kadang2 keadaaaan tu memaksa kita cakap bahasa inggeris..

    ReplyDelete
  3. kadang tu kalau dah biasa berurusan dgn english, memang depa lebih selesa dgn english. btw suria, i ada tag u utk segmen ni http://vitamin-cerdik.com/2016/03/25-things-that-make-me-happy-25-perkara-gembira-buat-saya.html/

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!