BOSAN BOLEH MENYEBABKAN BERLAKU TEKANAN PERASAAN

3/31/2016 01:35:00 PM suria lekatlekit 2 Comments

BOSAN BOLEH MENYEBABKAN BERLAKU TEKANAN PERASAAN. Ramai yang akan mengalami satu perasaan yang sangat bosan, sangat tak tau nak buat apa bila kali pertama memegang jawatan surirumah. termasuk la aku dulu.. Masa mula2 berhenti kerja duduk kat rumah. Time tu memang anak belum keluar tengok dunia. Ya Allah Tuhan je tau.. Rasa dunia aku ni macam kosong sangat la. Normally hari2 rasa macam tak cukup masa je nak buat tu ni.. bangun pagi dah kena rushing siap2 nak pergi kerja. Balik kerja dah lewat petang kadang2 melencong pergi kemana mana.. Balik tu memang totally energy dah turun keparas 0. So, tak terasa kekosongan sangat kat rumah. Malah rasanya masa kat rumah tu selalunya untuk tidur je.


Tapi semuanya berubah bila mula nak serasikan diri jadi manusia yang jobless ni. Kalau duduk kat kampung dengan mak bapak lain cerita.. ni duduk jauh di perantauan yang ada asben je. Tu pun malam baru nampak muka. Siang2 hari habis buat kerja rumah.. rumah pun time tu takde sapa nak sepahkan sangat. Almaklum la anak pun belum ada. Masih dalam proses kejadian katanya. Rasa macam nak gila jugak la sorang2. Tak sapa nak berbual.. Asyik online sampai kontot la jari jemari abang saleh.. erkk..

Apa yang aku rasa ni memang sesiapa sahaja akan rasa bila pertama kali berhenti kerja & ambil keputusan untuk jadi surirumah. Nak2 lagi yang belum beranak pinak la. Umpama satu suasana baru yang perlu masa untuk kita serasi. Sebab tu kadang2 ada yang baru kahwin & tak bekerja.. sebelum ni mungkin dia belajar atau tinggal dengan family yang ramai adik beradik so kesunyian tu tak terasa sangat. Bila terpaksa hidup sendiri bersama suami. Siang di tinggalkan.. Ada yang sampai stress & menangis jugak la. Bahaya sangat tau keadaan macam tu. Benda macam ni tak boleh di biarkan.. stress sebab terlampau bosan jugak boleh memudaratkan kesihatan mental & fizikal. Tak mustahil boleh menyebabkan terjadinya tekanan perasaan yang serius.

Sebab tu la.. sementara nak serasi dengan kehidupan baru kita.. kat rumah kita mesti ada aktiviti atau sesuatu yang boleh isi kelapangan masa & hati kita. Supaya benda2 jahat tak boleh memudaratkan diri kita. tak susah pun nak buat aktiviti best kat rumah. Korang boleh buat perkara perkara ni >> 5 Perkara Yang Boleh Anda Buat Tanpa Keluarkan Budget Yang Banyak Malah Membantu Anda Hilangkan Stress Akibat Terperap Dalam Rumah <<

Moral of the story.. selain aktiviti duniawi yang boleh di isi untuk mengurangkan bosan yang boleh menyebabkan stress.. aktiviti keagamaan sebenarnya lebih membantu kita tenang, lapang & gembira. So, menjadi surirumah tak sepatutnya menjadi perkara yang memberi kita tekanan. Sebab tak semua orang mampu jadi surirumah macam kita & ramai di luar sana mengimpikan untuk jadi surirumah cuma kadang2 tuntutan hidup membuatkan mereka tak mampu tinggalkan kerjaya.

2 comments:

  1. btl....sy phm cmne perasaan bosan yg blh smpi tekanan perasaan tu hehe..sbb sy pnh gk rasa bosan duk umah, tp xtahu nak buat apa..xtahu nak kelua pegi mn..rsa mcm nak menjerit gtu haha..tp blm tahap tekanan perasaan lg r

    ReplyDelete
  2. betul..akak dulu setahun pertama kawen belum mengandung..bosan tak tau nak cakap..kalau mengandung boleh jugak bersembang2 sambil urut perut..ni tak, memang bergolek je atas katil sementara tunggu laki balik.masa tu dengan gemuk nya , Ya Allah...sedih tau..hahahha..nak keluar rumah pun stress sebab gemuk..bosan juga punca gemuk..hehe

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com