BURUKAN ISTERI HANYA TAKTIK LELAKI NAK PIKAT PEREMPUAN

1.3.16 Suria Lekatlekit 6 Comments

BURUKAN ISTERI HANYA TAKTIK LELAKI NAK PIKAT PEREMPUAN. Ramai perempuan bujang & gadis2 muda yang terjebak dengan skandal laki orang ni masih tak sedar & tak tahu. Lelaki gatal ni memang otak dia sangat ligat bab2 nak memperdayakan perempuan. Kalau dia tak menipu bujang.. dia mula la buat cerita konon isteri dia macam ni.. macam tu.. padahal balik rumah atau bersama dengan dia.. bahagia je. Lelaki ni kadang2 ada perangai nakal yang susah nak buang sampai ke tua. Kot mana pun dia nak jugak mengusik perempuan tapi bila ada yang melayan tu yang bermula kisah skandal bagai...


Perempuan yang terjebak dengan suami orang kena tahu.. Kalau seorang lelaki dok cerita buruk bagai pasal isteri dia untuk di jadikan alasan kenapa mula survey pasangan baru bukan semua apa yang dia cerita tu betul. Kadang2 lelaki tu saja nak buat stok geli geli jer.. Tapi dia tak nak tipu pasal status dia supaya dia boleh cover bila dengan bini nanti. Bila skandal dia tahu yang boyfriend dia laki orang at least dia tahu ada masa2 tertentu depa tak boleh berhubung. Bukan semua perempuan boleh terima suami orang yang tak apa2 masalah dengan bini dia tetiba nak cari makwe lain belakang bini. Jadi untuk buat perempuan bersimpati & terima diri dia yang dah berstatus laki orang tu terpaksa la buat cerekarama sikit yang konon bini dia tak elok serba serbi. Gemuk la.. mandol la.. pemalas la.. queen control bagai. Padahal kat rumah elok je dia belai2 bini dia.

Berhati hati wahai gegadis di luar sana.. Jangan ingat kita hadir dalam hidup seorang lelaki bergelar suami orang sebagai pelengkap kekurangan yang konon dia tak dapat dengan isteri dia. Kebanyakkan lelaki yang berstatus suami orang ni yang suka menggatal bukan isteri dia tak bagi apa yang dia perlu tapi memang dia sendiri susah nak buang perangai miang dia tu. Jangan sampai anda hanya jadi tempat dia melempiaskan nafsu dia yang berlebihan tu.. lepas dah puas dia balik hidup bahagia dengan bini dia.. anda juga jadi hempedu yang terpaksa hadap penyesalan seumur hidup.

Jadi perempuan yang masih mencari pasangan hidup tak kira terlibat dengan skandal suami orang atau tak penting untuk kenali sikit sebanyak perangai bakal jodoh kita tu. Ada cara paling senang nak detect perangai sebenar seorang lelaki nak2 ketika dalam kereta. Time tu kadang2 depa susah nak cover perangai buruk. Nak tau perangai sebenar lelaki meh baca kat sini >> Terbongkar!! Anda Boleh kesan perangai sebenar lelaki ketika dalam kereta. Nak tahu macam mana sila baca <<

Moral of the story.. Islam memang menghalalkan poligami tapi tidak menghalalkan secara buta tuli. Nak buat perkara sunnah nabi pastikan cara dia juga ikut sunnah. Cara pun tak betul.. dok menipu bini bagai.. jangan cakap pasal sunnah kalau memang awal2 dah punah. Ada yang mati kena panah nanti. hahahaha

6 comments:

  1. x minat lelaki suka mngumpat / buruk kn org lain. mcm mak jemah je. kiki

    ReplyDelete
  2. penulisan yang beremosi dan bagus untuk peringatan suami-suami miang yang masih tak sedar diri tu...

    saya nak kutuk lelaki ke atau nak protect wanita nie..konfius pulak saya dah..

    ReplyDelete
  3. tak baik camtu kan, isteri tulah yang berkorban untuk suami.

    ReplyDelete
  4. haha...suka ayat last tu..sy pun baru je citer pasal husband kena tegur pmpn lain depan2 saya..berani betull..huhu

    ReplyDelete
  5. betul..mana2 lelaki yang suka buruk kan bini depan perempuan lain, itu lah laki yang tak guna namanya..jangan sesekali ambik laki gini buat suami..kalau bini yang basuh baju dia hari2, masak kat dia, puaskan nafsu dia pun dia sanggup buruk kan, ni kan pulak setakat perempuan simpanan..lagi teruk dia boleh buat..

    ReplyDelete
  6. biasanya cenggitu laah...kadg germ jgk..topic nyembg org laki ni xlari pasl pmpuan..mcm xde cite lain....huuhuh

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!